Sunday, March 2, 2014

RG2011... Fw: Semoga Akan Membantu Kita Di Padang Mahsyar.

 



 
Demi Masa : Semoga Segala Sumbangan Dan Pengorbanan Akan Membantu Kita Di Padang Mahsyar.
 
telokbakong.blogspot
ruzanah.blogspot.

 إِنَّمَا ٱلصَّدَقَـٰتُ لِلۡفُقَرَآءِ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡعَـٰمِلِينَ عَلَيۡہَا وَٱلۡمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُہُمۡ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلۡغَـٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ‌ۖ فَرِيضَةً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَڪِيمٌ۬ (٦٠)

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".

  

1. Fakir (al-Fuqara) adalah orang yang tiada harta pendapatan yang yang mencukupi untuk dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.

Miskin (al-Masakin) mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperolehi RM8.

Amil - orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.

Muallaf - seseorang yang baru memeluk agama Islam. 

Riqab - seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri. 

Gharimin - penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawad yang wajib ke atasnya.

Fisabillillah - orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.  

Ibnus Sabil - musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada pembekalan di jalanan.  

 

Oleh itu saya menyeru kepada umat Islam agar membantu Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah di Ipoh yang terbina atas sumbangan orang ramai untuk menyiapkan pembinaan bangunan tambahan yang akan menempatkan kelas-kelas kerana kelas-kelas yang ada tidak lagi mampu menampung para pelajar yang semakin meningkat.

 

Sebarang sumbangan / zakat Fisabillillah boleh melalui akaun - SRAR Tarbiyyah Islamiyyah - BIMB- 08013010015477 atau anda boleh berhubung terus dengan Mudir Srati, Tn.Haji Zainul Kamal bin Haji Abd Raof di talian pej. 05-5334705 Fax 05-5335385 atau hp.013-5301399. Segala sumbangan anda adalah saham anda di Padang Mahsyar nanti dan beruntunglah anda kerana anda sendiri boleh melihat ke mana perginya sumbangan/ zakat anda. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman Srati Ipoh.

 

Demi melihat generasi akan datang lebih beragama maka marilah kita sama-sama menjayakannya. Semoga apa yang kita lakukan mendekatkan kita kepada Rahmat Allah S.W.T walau pun anak-anak kita tidak menimba ilmu di sini. Sekurang-kurangnya zakat harta yang kita keluarkan pergi ke tempat yang kita sendiri melihatnya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment