Thursday, March 20, 2014

RG2011... FW: Suami berdakwah abai keluarga

 

 

Fikrah Dr Salam

Suami berdakwah abai keluarga

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

Suami saya anggota jemaah tabligh dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Segala keperluan keluarga ditanggung saya sepenuhnya.

Dia sudah bertahun-tahun tidak memberikan saya nafkah seperti keperluan keluarga. Malah, sampai sekarang kami masih menumpang rumah mentua. 

Selain itu, dia sering meminjam wang daripada saya dan berjanji akan membayarnya. Namun, janji tinggal janji. 

Malah, setiap kali dia keluar untuk menyertai jemaah, dia tidak pernah meninggalkan keperluan yang cukup dan apabila saya meminta, dia memberikan pelbagai alasan.


Apabila saya kerja siang malam, dia cakap saya mengabaikan dirinya dan mengejar dunia sedangkan saya bekerja mencari rezeki untuk keluarga.


Bagaimanakah caranya untuk menyuruh suami memberi nafkah kerana saya sudah tidak mampu hendak menanggung semuanya? 

Adakah menyertai jemaah tabligh lebih utama daripada melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga? 


Isteri keliru 
Kuala Lumpur
 

Perkara berkenaan tidak wajar berlaku. Islam sudah menetapkan kewajipan suami menyediakan nafkah kepada isteri dan anak dalam bentuk makanan, minuman, tempat kediaman, pakaian dan perubatan. 

Dalam Islam suami yang bertanggungjawab untuk bekerja menanggung isteri ketika tempoh perkahwinan dan bukan sebaliknya. 

Isteri pula tidak wajib bekerja. Seorang isteri hanya bertanggungjawab menguruskan keluarga, mendidik anak dan melayan suami. 

Namun, dalam kes puan perkara sebaliknya berlaku iaitu isteri yang menanggung segala perbelanjaan dan menguruskan rumah tangga. 

Suami pula hanya goyang kaki dan menumpukan kepada dakwah semata-mata. Itu pun sekadar mengikut jemaah untuk keluar ke tempat yang sudah ditetapkan jemaah. Sepatutnya berdakwah bermula di rumah dan kawasan sekeliling dahulu. 

Bagaimanapun, apabila perkara ini sudah lama berlaku dalam keluarga puan, proses perubahan mungkin mengambil masa lama juga. 

Puan dan suami perlu berusaha mengubah keadaan yang ada. Dengan kata lain, puan dan suami mesti berusaha mengubah keadaan yang ada kepada lebih baik iaitu apa yang sudah ditetapkan Islam. 

Ambillah waktu dengan berbincang sesama sendiri bagi mengorak langkah baru dalam kehidupan berkeluarga menurut Islam. 

Jika puan dapat menerima keadaan itu dengan hati terbuka dan bersabar dengan segala keadaan dalam keluarga termasuk sikap suami, puan tidak perlu mengambil langkah lain untuk menghancurkan rumah tangga dibina. 

Bagaimanapun, perlu diingat Islam juga menetapkan seorang isteri yang tidak berpuas hati berikutan kegagalan suami menunaikan tanggungjawabnya boleh mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut hak malah sehingga kepada perceraian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21

 0  0 Google +0  0  0

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment