MAS sedia bawa waris ke Australia
2 0 0
Malaysia Airlines (MAS) bersedia membawa keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 ke Australia jika dua objek yang dikesan imej satelit di selatan Lautan Hindi disahkan sebagai milik pesawat yang hilang itu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata kepentingan keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu sentiasa menjadi keutamaan syarikat penerbangan nasional itu.
"Kami memang menjaga waris (para penumpang pesawat ini) dan seandainya pesawat dikesan berada berdekatan Australia, sudah pasti kami akan menguruskan usaha membawa waris ke sana," kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam taklimat media harian mengenai perkembangan terkini berhubung operasi mencari dan menyelamat pesawat itu di Sepang, yang turut dihadiri Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata di Canberra pada Khamis bahawa imej satelit menunjukkan dua objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat Malaysia itu yang hilang pada 8 Mac.
Ahmad Jauhari berkata MAS komited untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, sehingga dua hingga tiga kali sehari, kepada semua keluarga penumpang.
Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa semua keluarga adalah yang pertama akan dimaklumkan sekiranya ada pengesahan mengenai imej-imej satelit atau sebarang perkembangan terkini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu, yang masuk hari ke-13 hari ini.
"Saya rasa berita tergempar yang boleh dipercayai berhubung imej satelit itu hari ini pasti berlegar dalam pemikiran keluarga.
"Saya rasa itulah yang akan menjadi perkara pertama yang akan kami sampaikan kepada keluarga apabila maklumat itu diterima," katanya sambil mezahirkan rasa simpatinya yang mendalam kepada keluarga berkenaan.
Beliau menyatakan bukan mudah untuk mengendalikan keluarga-keluarga yang dalam keadaan amat sedih, dan pihak berkuasa negara kini mempelajari cara menangani situasi itu daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Perancis (BEA).
Ini sangat sukar (untuk berurusan dengan pihak keluarga). Saya telah berbincang dengan pasukan Perancis yang perlu berurusan dengan keluarga para penumpang Air France 447 selama dua tahun selepas nahas itu (pada 2009)," kata beliau.
Pasukan BEA tiba pada Isnin untuk membantu pasukan penyiasatan antarabangsa yang diketuai Malaysia mencari pesawat itu, dengan tumpuan carian di dasar laut.
Pada 2009, pasukan BEA terlibat dalam usaha mengesan Air France 447 yang terhempas dan mengorbankan kesemua 228 orang yang menaiki pesawat itu, dan kotak hitam pesawat itu hanya ditemui dua tahun selepas tragedi itu.
Hishammuddin berkata penyampaian maklumat yang tepat dan terkini kepada keluarga berkenaan juga menjadi keutamaan mereka, hingga mendorong kerajaan menghantar pasukan peringkat tinggi ke Beijing, China petang tadi.
"Wakil-wakil kerajaan Malaysia sudah pun menemui keluarga berkenaan yang diketuai utusan khas Perdana Menteri ke China (Tan Sri Ong Ka Ting).
"Pegawai Kedutaan China juga membantu dengan mengetuai taklimat untuk keluarga-keluarga dari China yang berada di Kuala Lumpur," kata beliau.
Pesawat 777-200ER itu, yang menuju ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Pesawat itu dicari di Laut China Selatan namun kawasan pencarian diperluaskan dengan merangkumi sebahagian besar kawasan barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila pesawat itu dipercayai melencong daripada laluan asal penerbangannya setelah seseorang secara sengaja mematikan sistem komunikasi pesawat, dan pesawat itu terbang untuk beberapa jam selepas itu.
Pencarian kini ditumpukan ke dua koridor - koridor utara yang merangkumi Kazakhstan, Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.
Jika imej itu memang serpihan MH370...
1580 0 0
Kerajaan Malaysia menyatakan bahawa aset baru diperlukan untuk mendapatkan alat perakam penerbangan MH370 sekiranya objek yang dikesan satelit Australia itu sememangnya serpihan pesawat berkenaan.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, usaha pelbagai negara diperlukan untuk mendapatkan semula alat dikenali sebagai 'kotak hitam' itu.
"Kita melihat kemungkinan menggunakan sonar seperti disebut terdahulu. Teknologi dan aset ini hanya diperolehi oleh beberapa (negara).
"Kita bercakap mengenai usaha menunda 'pengesan ping' (dengan kapal). Tidak banyak negara yang mempunyai kapal tersebut atau kemampuan untuk menunda alat seperti itu," katanya.
Dr M: Bukan kronisme, kita perlu orang kaya
448 2 1
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, Malaysia memerlukan golongan kaya yang mampu membayar cukai dan ia bukan kronisme walaupun sebahagiannya berstatus kawan.
Katanya, sejak British meninggalkan Malaysia pada 1957, Malaysia banyak menggunakan pendekatan ekonomi 'pragmatik' – bukan pasaran bebas atau sosialis – dan beliau menolak kritikan hanya mengayakan kelas elit sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Mahathir berkata, kerajaan meminjam idea sosialis – menyokong langkah afirmatif untuk Melayu, penubuhan syarikat milik negara dan memberikan tanah – ia juga memberikan kebebasan kepada perniagaan.
Beliau memberikan ceramah kepada pusat kajian pembangunan dan kemiskinan di kampus induk Universiti Malaya di Kuala Lumpur.
Selepas ucapan bertajuk "Isu-isu kemiskinan dalam pembangunan ekonomi Malaysia" itu, peguam dan aktivis Haris Ibrahim bangun menyelar Mahathir.
Jawapan menteri tumpu petunjuk baru
708 0 0
Taklimat oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini tidak memberi banyak maklumat baru berhubung kehilangan pesawat MH370, selain petunjuk dari imej satelit Australia.
Sesi taklimat itu juga semakin singkat sewaktu operasi pencarian masuk hari ke-13 hari ini dan tumpuan media juga berpusat pada perkembangan yangdiumumkan Australia pagi ini.
Ditanya jika satu bencara mungkin berlaku dalam penerbangan tersebut, Hishammuddin berulang kali menegaskan keutamaan untuk menemui alat perakam penerbangan atau kotak hitam bagi mengesahkan perkara itu.
Beliau turut menggariskan cabaran yang mungkin timbul dalam usaha tersebut, seperti yang dihadapi dalam operasi dalam kes Air France yang terhempas pada 2009.
"Dalam kes kotak hitam Air France, ia mengambil masa dua tahun untuk ditemui," katanya.
Tambahnya, pelbagai negara akan mengambil bahagian dalam usaha untuk mengesan kotak hitam tersebut, sekiranya objek yang dikesan di Lautan Hindi itu benar-benar serpihan dari MH370.
Ditanya mengenai jawapannya yang mengaitkan tragedi Air France itu, Hishammuddin berkata ia disebabkan tempoh masa yang diambil untuk mengesan pesawat berkenaan.
Objek dikesan di Australia, Najib jumpa panglima ATM
1 0 0
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perbincangan dengan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengenai pengesanan objek di selatan Lautan Hindi yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang.
Najib dalam catatan terbaharu Twitternya berkata beliau mengadakan perjumpaan itu selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott menelefon beliau untuk menyampaikan berita pengesanan imej objek di satelit.
"Berjumpa dengan Panglima Angkatan Tentera. Selepas panggilan daripada @TonyAbbottMHR, menunggu pengesahan dari Australia mengenai objek yang ditemui," katanya dalam tweet beliau di @NajibRazak.
Abbot menelefon Najib pada pukul 10 pagi hari ini untuk memberitahu beliau tentang kemungkinan objek yang berkaitan dengan pesawat MAS MH370 yang hilang dikesan di selatan Lautan Hindi.
Perdana menteri Australia itu memberitahu Parlimen di Canberra awal hari ini bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat MAS Boeing 777-200ER yang hilang pada 8 Mac.
Agensi berita Reuters memetik Abbot sebagai berkata "Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berasaskan imej satelit mengenai objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian itu."
Pesawat Malaysia Airlines MH370, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Pesawat itu dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Pengumuman hari ini di Australia bersamaan hari ke-13 misi mencari pesawat itu, menggabungkan kerjasama pelbagai negara, yang berpandukan data satelit telah mengalih operasi dari kawasan pencarian asal di Laut China Selatan ke Lautan Hindi.
Kawasan pencarian telah diperbesar meliputi bahagian luas di sebelah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang selama tujuh jam selepas hilang dari radar.
Operasi mencari itu kemudian memberi tumpuan kepada dua koridor, menjangkaui dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Bayaran fasa ke-2 BR1M sebelum 1 Apr
490 0 0
Setengah juta lagi Rakyat Malaysia bakal menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebelum bulan depan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (kiri) berkata penerima tersebut bakal dimaklumkan dan wang BR1M akan disalurkan sama ada melalui akaun bank masing-masing ataupun baucar.
"Ini fasa BR1M kedua selepas fasa pertama selesai bulan lalu," kata beliau kepada beliau di Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kajang hari ini.
Ahmad juga berkata mereka yang ditolak permohonan boleh memuat turun borang di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermula sekarang dan menghantar borang berkenaan berserta maklumat lengkap termasuk slip gaji suami isteri.
"Sesiapa rasa diri mereka apabila terima penolakan BR1M, tetapi percaya mereka layak terima, hendaklah buat rayuan untuk BR1M yang ditolak sudah dibuka," kata beliau.
Beliau berkata pihak beliau akan mempertimbangkan.
"Tahun lepas, seorang ditolak BR1M kerana beli kereta Proton Perdana tetapi kita lepaskan sebab beliau buktikan kereta itu dibayar dan dimiliki anaknya," jelas beliau.
10 juta tak namakan waris KWSP
Sementara itu Ahmad turut mengumumkan kebimbangan beliau kerana 75 peratus dari lebih 13 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih belum menamakan waris simpanan mereka.
Ahmad menyeru orang ramai untuk segera hadir dan mengemaskini data mereka kerana akan menimbulkan masalah sekiranya berlaku kematian.
"Sikap tak ambil berat punca utama perkara ini terjadi. Pencarum tak ambil berat untuk namakan waris di KWSP.
"Ada juga tak buat keputusan muktamad (kerana lebih satu isteri)," seloroh beliau disambut gelak ketawa hadirin.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment