Monday, March 3, 2014

RG2011... Re : Anti Hadith - Tun Menulis

 

Tun menulis :



Anti Hadis
Tun menulis :
1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
Jawapan :
Tun MUNGKIN bukan anti-hadith.. tetapi Tun buta hadith dan al-Quran...
Tun menulis :
2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
Jawapan :
Keberanian BUKAN terletak kepada kebenaran.. Yang benar itu HANYA dari Allah SWT... Yang berani itu, bergantung kepada sejauhmana kita sanggup memperjuangkan sesuatu ideologi/pegangan...
Tun menulis :
3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
Jawapan :
Yang tidak sanggup berhujjah adalah diri Tun sendiri.. Jika Tun mahu.. dipersilakan.. kita berhujjah disini..

Tun menulis :
4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
Jawapan :
Apakah Tun berpegang pada hadith dibawah ini??
Dari An-Nu'man bin Basyir radhiallahu anhu dari Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam beliau bersabda:
"Perumpamaan orang yang tegak melaksanakan aturan-aturan Allah dan orang yang melanggarnya seperti sebuah kaum yang mengadakan undian di atas sebuah perahu ; (maka) sebagian mereka mendapatkan bagian atasnya dan sebagian yang lain bagian bawahnya. Adapun orang yang berada di bawah jika mereka mau mengambil air, mereka melalui orang-orang yang berada di atas mereka, maka merekapun berkata, "Seandainya kami membuat sebuah lobang pada bagian kami sehingga kami tidak mengganggu orang yang berada di atas kami". Jika mereka (orang-orang yang di atas) membiarkan mereka (orang-orang yang di bawah) dan apa yang mereka inginkan maka mereka akan binasa (tenggelam) seluruhnya dan jika mereka (orang-orang yang di atas) mengambil tangan-tangan mereka (orang-orang yang di bawah) maka mereka akan selamat seluruhnya". (HR. Al-Bukhari no. 2361)

Mahukah Tun beriman pada hadith dibawah ini??
HR Imam Tirmizi:
Dari Abdullah bin Umar r.a berkata:
Rasulullah SAW datang kepada kami dan berkata:
--- Wahai kalangan Muhajirin, 5 perkara (golongan),
--- kamu akan binasa jika kamu dibalakan dengannya
--- dan aku berlindung daripada ianya berlaku ke atas kamu ;
1- Tidaklah zahirnya perkara keji dalam sesuatu kaum itu sehinggakan mereka terang-terang melakukannya melainkan mereka akan ditimpa penyakit taun dan penyakit yang tidak pernah berlaku sebelum mereka.
2- Tidaklah mereka mengurangkan timbangan dan ukuran melainkan mereka akan dibalakan dengan tahun-tahun kebuluran dan kepayahan serta kezaliman pemerintahan ke atas mereka.
3- Tidaklah juga mereka menahan dari membayar zakat harta mereka melainkan mereka akan ditahan dari menerima hujan dari langit yang mana kalaulah tidak kerana binatang-binatang ternakan, nescaya akan terus tidak diturunkan hujan.
4- Tidaklah mereka membatalkan perjanjian (amanah) dengan Allah taala dan RasulNya melainkan Allah akan menjadikan musuh mereka berkuasa ke atas mereka lalu mereka akan merampas apa yang sebelumnya berada dalam tangan mereka.
5- Dan juga tidaklah pemimpin mereka menghukum dengan bukan kitab Allah (al-Quran) dan memilih-milih apa yang diturunkan Allah melainkan Allah akan menjadikan berlakunya penindasan antara sesama mereka sendiri".
Tun menulis :
5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
Jawapan :
Hmmm.. Yang saya tahu.. orang yang jahil yang tidak berhak membuat keputusan keagamaan...
Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a.
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda :
--- Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.
--- Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama.
--- Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, ( digam.. ditangkap,, difitnah.. dibunuh )
--- orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. ( Pilihan Raya )
--- Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.
--- Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
H.R. Muslim
Mahukah Tun beriman dengan hadith diatas???
Tun menulis :
6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.
Yang berpecah itu, adalah orang yang apabila diajak kembali kepada al-Quran dan Hadith Nabi SAW, lalu mereka ingkar dan memusuhnya...
Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya:
--- Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?
Jawab Baginda s.a.w.:
--- Tidak, tetapi ashobiyyah ialah
--- apabila seorang itu MENOLONG bangsanya kepada KEZALIMAN..
(hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
"Iaitu membantu kezaliman…" (rujuk Aun Al-Ma'bud)

Tun menulis :
7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
Jawapan :
Terpaksa menerima??? Tiada sesiapa yang dapat memaksa seseorang kepada Islam..
Islam itu bukan pada bahasa.. Kalau Islam itu pada bahasa.. Maka telah Islamlah semua penduduk Mekkah.. Kerana mereka memahami bahasa Arab.. dan mereka mengenali keperibadian Rasulullah SAW..

Iman bukan terletak pada bahasa.. Tetapi terletak kepada sejauh mana kita mentaati Allah SWT dan RasulNya SAW..
Abu Lahab itu amat fasih berbahasa Arab.. Tetapi ia ingkar kepada Nabi SAW...
Tun menulis :
8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
Jawapan :
Berimankan Tun kepada dua ayat dibawah ini :
[17.38] Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
[4:61] Apabila dikatakan kepada mereka:
Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah Telah turunkan dan kepada hukum Rasul",
Nescaya kamu lihat orang-orang MUNAFIK MENGHALANGI (manusia) dengan SEKUAT-KUATNYA dari (mendekati) kamu.
Tun menulis :
9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
Jawapan :
Bekerja sama dengan kafir terbahagi kepada 2 :
1 - Yang TIDAK memudharatkan Islam.. ( cth : menyokong orang kafir dalam mengukuhkan ekonomi negara dan menghapuskan rasuah )
2 - Yang BOLEH memudharatkan Islam.. ( cth : menyokong orang kafir dalam menghalang orang dari mendengar kebenaran Islam )
Tun menulis :
10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
Jawapan :
Kalau kerja sama yang sebegini, sememangnya memudaharatkan Islam...
UMNO Musuh Islam - MCA - Say No To Hudud
Majlis makan malam Makan Malam Mega yang dianjurkan oleh parti MCA Pusat dan Badan Perhubungan MCA Negeri di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yg bertemakan UBAH - Say No To Hudud dirasmikan telah dirasmikan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Tun menulis :
11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
Bekerjasama dengan syaitan?? Yang saya dengar, "Jangan kata DAP, kalau syaitan nak bantu pun kita terima"
Nik Aziz terima bantuan Syaitan
http://search.yahoo.com/search?p=nik+aziz+sanggup+berkawan+dengan+syaitan&ei=UTF-8&fr=moz35

Dan bukankan Tun sendiri telah mengaku sebagai syaitan tersebut??
[58.19] Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka,
sehingga mereka lupa mengingati (AJARAN dan AMARAN) Allah;
mereka ITULAH puak SYAITHAN..
Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
Tun Dr Mahathir : UMNO = Syaitan yang dikenali...
"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.

Tun menulis :
12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
Manusia itu diciptakan Allah SWT berpuak-puak, berqabilah-qabilah agar kita saling berkenalan..
[49:13] Wahai manusia! Kami jadikan kamu daripada leaki dan wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling kenal mengenal, sesungguhnya yang paling mulia daripada kamu ialah yang orang paling bertakwa dari kalangan kamu."
Dan mereka yang berpecah itu ADALAH ingkar kepada perintah Allah SWT dan bermusuhan kerananya..
[4:61] Apabila dikatakan kepada mereka:
Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah Telah turunkan dan kepada hukum Rasul",
Nescaya kamu lihat orang-orang MUNAFIK MENGHALANGI (manusia) dengan SEKUAT-KUATNYA dari (mendekati) kamu.

Tun menulis :
13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
Sila rujuk jawapannya di sini :
Atau bacalah ulasan Nik Aziz sendiri :
Tun menulis :
14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
Hudud itu wajib diusahakan agar tertegak.. Bukan dihina, diburukkan, ditentang seperti ini :
(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.
(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.
(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.
(Ucapan Mahathit pada 3 Mac 1994) Hukum rejam kepada penzina adalah primitif.

Tun menulis :
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
Antara hadith yang wajib adalah hukum rejam dalam kes rogol
Dalil Hudud Untuk Isu Rogol :

'Al-Qamah bin Wail al-Khindi meriwayatkan daripada bapanya :
Seorang wanita pada zaman Rasulullah SAW telah keluar bersolat ke masjid.
Ia di temui oleh seorang lelaki, lalu lelaki itu telah menyelimutinya dengan kain, kemudian menunaikan hajatnya ( merogolnya ).
Wanita itu menjerit.
Lelaki itu melarikan diri.
Seorang lelaki lain telah melalui wanita itu, lalu wanita itu menuduh lelaki tersebut melakukan kepadanya begini dan begini ( merogolnya )
Maka lelaki itu telah di tangkap oleh sekumpulan mujahirin, lalu ditanyakan kepada wanita tersebut apakah lelaki tersebut yang merogolnya.
Jawab wanita tersebut : Ya, dialah orangnya.
Mereka telah membawa lelaki tersebut kepada Rasul SAW, lalu Rasul SAW telah memerintahkan lelaki itu direjam.
Maka bangunlah seorang lelaki yang lain mengakui perbuatannya :
Ya Rasulullah, saya lah yang telah merogol perempuan tersebut.
Rasul SAW telah berkata kepada perempuan tersebut :
Pergilah engkau, sesungguhnya Allah SWT telah mengampunkanmu.
Kemudian Rasul SAW berkata kepada lelaki yang dituduh dengan perkataan yang bagus.
Dan Rasul SAW berkata kepada lelaki yang merogol itu :
Hendaklah kamu di rejam.
Kemudian Rasul SAW berkata :
Sesungguhnya lelaki yang merogol itu telah bertaubat.
Sekiranya penduduk Madinah bertaubat sepertinya, nescaya taubatnya dimaqbulkan Allah SWT.
( HR At-Termizi Abu Daud )
Rujukan : Himpunan Hadith Sahih mengenai Hukum Hudud. ( ms 40 ) :

Tun Anti-Hadith - Apakah Tun sudi beriman dengan hadith ini??
Hadits shahih riwayat Muslim
Daripada Barra' bin 'Azib ia berkata:
Pada suatu ketika, lewat (melalui) di hadapan Nabi saw seorang yahudi yang dihitamkan mukanya dengan arang dan disebat (selaku hukuman zina baginya).
Maka Rasulullah saw memanggil mereka dan berkata:
Beginikah yang kamu dapati dalam kitab kamu (Taurat) tentang hukuman ke atas penzina?

Mereka menjawab:
Ya.
Maka Rasulullah saw memanggil seorang lelaki yang tergolong pendeta mereka dan beliau bersabda:
Kuharap engkau mau bersumpah dengan Allah yang telah menurunkan Taurat kepada Musa,
Beginikah yang kamu dapati dalam kitab kamu (Taurat) bagi hukuman orang yang berzina?

Pendeta itu menjawab:
Tidak! Seandainya engkau tidak menyuruhku bersumpah dengan nama Allah, aku tidak akan mengatakan yang sebenarnya kepada engkau.
Kami dapati hukuman rejam (dalam Taurat bagi orang yang berzina) tetapi zina itu banyak berlaku di kalangan pembesar-pembesar kami.
Maka jika yang tertangkap itu pembesar-pembesar kami maka kami biarkan saja tetapi bila yang tertangkap itu orang yang lemah (rakyat biasa), kami tegakkan hukum sesuai dengan Taurat. Akhirnya kami bermusyawarah membicarakan hukum yang dapat kami tegakkan bagi pembesar dan rakyat biasa (yang hina) maka kami putuskan untuk menghitamkan mereka dengan arang dan menyebat mereka sebagai ganti hukuman rejam.
Bersabda Rasulullah saw:
Ya Allah, sesungguhnya akulah orang yang pertama-tama menghidupkan kembali perintahMu setelah mereka mematikannya..
Lalu Rasulullah saw perintahkan supaya yahudi yang melakukan zina itu dihukum dengan hukuman rejam …..

Tun menulis :
16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
Jawapan :
HR Termizi :
Umar ra berkata :
Rasul SAW merejam, Abu Bakar merejam, aku pun merejam.
Kalau tidak kerana tidak mahu menambah kitab Allah, tentulah aku sudah menulisnya dalam mushaf.
Sesungguhnya, aku takut kaum selepasku akan menjadi KAFIR kerana tidak mendapatinya dalam kitab Allah.
(Himpunan Hadith Hukum Hudud - ms 85)
Tun menulis :
17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan BERPULUH kali bahawa "apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
Jawapan :
Berikut adalah rujukan al-Quran atas pekataan "ADIL"...
Sila berikan rujukan yang BERPULUH kali "apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil" itu
[39:69]Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
[40:12](Lalu dikatakan kepada mereka): "Azab yang kamu berada padanya itu adalah kerana keadaan kamu apabila Allah Yang Maha Esa sahaja diseru dan disembah, kamu kufur (dan menolak cara bertauhid itu); dan apabila dipersekutukan sesuatu dengan Allah, kamu percaya (dan menerima bawaan syirik itu). Maka kuasa menjalankan keadilan adalah hak Allah, Yang Maha Tinggi (dari apa yang dipersekutukan), lagi Yang Maha Besar (pemerintahanNya)".
[40:17]"Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
[40:20]Dan Allah memutuskan hukum dengan adil, sedang yang mereka sembah yang lain dari Allah – tidak dapat memberikan sebarang keputusan. Sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

[42:15]Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka – wahai Muhammad – kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".
[42:17]Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).
[48:78]Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.
[49:9]Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[52:39]Adilkah (kamu sediakan) bagi Allah – anak-anak perempuan (yang kamu benci), dan untuk kamu – anak-anak lelaki (yang kamu sukai)?
[53:21]Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?
[53:22]Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.
[55:7]Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[55:8]Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
[55:9]Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[57:25]Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
[60:8]Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[60:10]Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman) mereka: Allah lebih mengetahui akan iman mereka: dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir. Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami (yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka (perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada akad perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal dalam keadaan) kafir, dan mintalah balik maskahwin yang kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah belanjakan. Demikianlah hukum Allah; Ia hukumkan di antara kamu (dengan adil). Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[65:2]Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
[68:28]Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
[68:35]Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?
[70:33]Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
[91:15] Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).
[95:8] Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
Tun menulis :
18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
Jawapan :
Hmm.. Apakah Tun pernah mempelawa Nik Aziz atau Abdul Hadi untuk bermuzakarah secara adil di saluran TV secara langsung???
Tun menulis :
19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
Jawapan :
Umar al-Khattab - "kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan islam. Maka sekalipun kita mcari kemuliaan selain dengan apa yang Allah muliakan pada kita, maka Allah akan mghina kita"
Dr Danial Zainal Abidin - Bangsa Melayu Atau Islam - 2
Tun menulis :
20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.
Jawapan :
[18:29] Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.
Tun menulis :
21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
Jawapan :
Hmm.. Beginikah cara Tun menyelamatkan diri dari api neraka Allah SWT??
"Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." - Mahathir 14 Julai 1992
"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994
"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994

Tun menulis :
22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
Jawapan :
Hadith yang lemah BUKAN sahaja tidak layak dijadikan sumber hukum, MALAH kebanyakan ulama melarang mengamalkannya...
Hadith Daif Yang Tidak Boleh Dijadikan Hujah Di dalam Hukum-hakam

Tun menulis :
23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
Jawapan :
Jika bertendangan dengan Islam, ianya wajib ditinggalkan.. tak kiralah dari sesiapa sahaja.. termasuklah dari Tun sendiri...

Tun menulis :
24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
Jawapan :
Ulama yang jahat, pemimpin yang jahil, bahayanya sama, keduanya menyesatkan pengikut mereka sendiri.. dan orang ramai..
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".- H.R al-Baihaqi
Tun menulis :
25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
Jawapan :
Memali.. Siapakah yang membunuh orang Islam di Malaysia..
Tun menulis :
26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
Jawapan :
Tun telah sesat.. dan Tun menyesatkan orang lain pula..
Tun menulis :
27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.
Jawapan :
[42:10]Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).
7 Tipu Daya Syaitan

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment