Saturday, May 3, 2014

RG2011... Fw: Bengang Terperangkap Dalam Bilik ATM,

 



Bengang Terperangkap Dalam Bilik ATM, Pemuda Ini Pecahkan Pintu Kaca!

bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
 
 

Georgetown – Seorang lelaki yang panik selepas terperangkap dalam bilik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) melepaskan geram dengan menendang dan memecahkan pintu kaca bilik berkenaan dalam kejadian di sebuah bank di Tanjung Bungah di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, lelaki berkenaan masuk ke bilik ATM terbabit untuk mengeluarkan wang namun tidak menyedari pintu kaca permis itu mengalami masalah teknikal.

Dia kemudian cuba mengeluarkan wang namun mesin ATM tidak berfungsi.

Lelaki itu kemudian cuba keluar dari bilik ATM itu bagaimanapun pintu terbabit tertutup secara automatik.

Akhirnya pintu bilik ATM berjaya dibuka selepas beberapa kali ditolak.

Dia yang berang mengambil tindakan menendang dan menolak pintu kaca berkenaan hingga pecah sebelum beredar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan terperangkap dalam bilik ATM itu kira-kira 10 minit.

Menurutnya, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan lelaki terbabit memecahkan pintu kaca premis itu kerana mahu keluar selepas terperangkap.  Harian Metro

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Now you can search Photos & Files in your Group !
You can now search for photos and files in your Yahoo Group, in addition to searching for messages in your Group archive

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment