Wednesday, July 16, 2014

RG2011... Kenaikan Kadar Baru Lesen Kenderaan Ditangguhkan.

 


Baru2 neh kan kecoh isu kenaikan kadar baru pengambilan lesen kenderaan. Kenaikan itu bagi aku memang tak masuk akal. Dan aku punya la fikir fikir dan fikir. Takan la kerajaan tak sedar kenaikan ini bukan setakat rm10 ke 20 ke. Tapi mencecah hingga ratusan ringgit. Ia sesuatu yang tak masuk akal sama sekali.

Bukan kenaikan kecil tapi banyak. Dan kenaikan itu aku sifatkan sebagai bangang. Sapa saja yang bersetuju dengan kenaikan itu dia juga bangang.

Namun. Pada semalam. Menteri pengangkutan baru, DS Liow mengumumkan di twitter yang kadar baru itu telah pun ditangguhkan serta merta. Kalau kita tengok kat berita, mereka lapor kementerian dipetik telah berkata bahawa kadar baru akan berkuatkuasa pada 1 Ogos. Tapi pada dokumen yang tersebar, kadar baru mula berkuatkuasa segera. 

Kenapa macam tue?

SYARIKAT LESEN MEMANDU CUBA BERMAIN GILA BABIK KAT SINI?
Laporan oleh Awani ini merujuk kepada penyebaran dokumen2 tersebut di laman maya ; 



Semalam, orang ramai dikejutkan dengan dakwaan bahawa kadar untuk mendapatkan lesen kenderaan dan motor telah dinaikkan kepada RM2,000 bagi lesen kereta kelas D dan RM1,050 bagi lesen motosikal kelas B2 berkuatkuasa 14 Julai lepas.

Untuk gambar2 dokumen tersebut boleh klik sini. Pilih previous untuk lihat 4 dokumen penuh.

Baikla. Sekarang kadar baru ditangguhkan. Bukan dibatalkan. Maksudnya kenaikan mungkin berlaku tapi tak sebanyak seperti sekarang. Perubahan dari segi modul pembelajaran tetap ada. Cuma mungkin akan disesuaikan dengan kemampuan rakyat Malaysia. Bagi aku, takde masalah untuk kerajaan MENAIKTARAFKAN modul agar sesuai dengan perkembangan semasa.

Namun. Kenapa perlu melibatkan banyak wang? Jangan la macam tue. Jangan jadikan wang penanda aras kepada tahap keselamatan. Apa yang penting ialah ilmu. Dan kefahaman. Jangan jual beli modul keselamatan jalanraya atas nama untuk mendapatkan keuntungan melampaui batas.

Dan lihat ini ;



 Nampak? Nampak?

Oooo.. rupa2nya yang tetapkan kadar baru itu adalah pihak ketiga. Kerajaan  sekadar meluluskan kadar baru sahaja. Yang kerajaan pun satu bangangnya. Yang p main luluskan sapa suruh? Dia bagi cadangan ko wajib ikut ke? Tak kan. Jadi tetapla kesalahan berpunca dari ko yang main ikut setuju melulu.

Kerajaan, ko memang bangang.

Terbukti.


Ko tahu. Pusat latihan memandu dah banyak kalu menjadikan lesen sebagai sumber untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. Masalah kecil ini pun ko tak boleh nak selesaikan selama bertahun2 dan kini ko bagi syarikat2 tamak haloba itu mengambil kesempatan untuk membuli rakyat Malaysia?

Kenapa tidak. Ko aje yang operate pusat latihan memandu secara bersistematik. Semua duit dibayar kepada kerajaan dan kerajaan akan bayar kepada syarikat memandu secara bulanan. Kadar yang ditetapkan pula pada tahap yang munasabah maka pusat latihan memandu nak main tipu pun tak boleh sebab pihak yang control duit orang lain, pihak yang manage latihan orang lain. Maka, padan la muka mereka kan? Aku malas nak kupas lanjut apa yang ada dalam kepala hotak aku neh. Cuma aku berminat nak bagi cadangan berkenaan modul baru yang mahu diperkenalkan oleh JPJ.

Bagi aku.

1. Jangan naikkan kadar lesen bahkan turunkan kadar lagi bagus.


2. Setiap yang terlibat dalam kemalangan jalanraya dan dia punca kemalangan maka dia kena jalani latihan keselamatan semula. Dia kena keluar duit untuk menjalani latihan tersebut.

3. Ko rasa rakyat Malaysia nak jalani latihan semula semata2? Mesti taknak. Maka tarik la lesen orang2 yang engkar.

4. Kurang2 kat sini ko berjaya buat orang rasa nak berhati2 di jalanraya sebab malas nak menjalani latihan keselamatan semula.

5. Memang ada pemandu2 yang engkar yang buat jalanraya neh macam mak bapak dia yang punya terutamanya pemandu2 kenderaan berat. Bagi penunggang motorsikal, lori dan bas adalah musuh kami sebab kami neh macam berperang nyawa pula bila berada atas jalanraya dengan mereka. Kalau nak di ikutkan, banyak lori2 dan bas2 yang membahayakan nyawa pemandu lain berada di atas jalanan.

6. Ada baiknya JPJ dan kementerian selesaikan masalah ini dulu dan masalah sistem jalanraya yang teruk seperti jalanraya yang kecik tapi jalan tue jalan2 utama yang selalu digunakan, tapi tak selamat bahkan sempit.

7. Jangan focus nak naikkan kadar pengambilan lesen aje setannnnnnnnnnn....

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment