Tuesday, July 15, 2014

RG2011... Fw: PATUT LA LANUN TAK TAKUT KAT TENTERA LAUT KITA

 



 

PATUT LA LANUN KAT SABAH TAK TAKUT KAT TENTERA LAUT KITA

telokbakong.blogspot
biaqpila.blogspot

Kalau permohonan TLDM ini tidak diluluskan kerajaan.. Hantarlah seluruh Armada TLDM ke Sabah.. lanun-lanun yang ada tu dijamin tak akan gentar langsung..

Ianya umpama singa yang tak ada gigi.. sekadar boleh mengaum untuk menakutkan tapi tak mampu nak mengigit untuk mencederakan..

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan bagi membenarkan angkatan itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab termasuk TLDM yang menjaga perairan negeri itu tidak dibenar melepaskan tembakan terhadap 'penceroboh' menyebabkan kumpulan tersebut sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan.

"Mereka (penceroboh) tidak lagi takut dengan pihak berkuasa kerana tahu kami tidak akan melepaskan tembakan, hanya amaran mengarahkan supaya berhenti sahaja.

"Perkara ini tidak boleh berterusan, takkan mahu tunggu mereka berhenti, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian.

Jadi, kami akan memohon kepada kerajaan supaya 'peraturan' itu ditukar dan pihak berkuasa termasuk TLDM dibenar melepaskan tembakan sekiranya penceroboh enggan mengikut arahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada antara Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid dengan Laksamana Madya Datuk mohamad Roslan Mohamad Ramli lapor RakyatNews

darisungaiderhaka
  1. Tanpa Nama

    Semua keputusan orang politik yang tentukan turunkan kuasa kat jeneral ATM mereka ada kepakaran dan kemampuan

  2. Tanpa Nama

    baru aku tahu patutle lanun bermaharajalella......apa punya undang2 le malayasia ni ikut bodoh kau campak aje kau punya senjata tu ke laut lagi baik buat tukun....bangan punya arahan

  3. Tanpa Nama

    Aku ingatkan perdana menteri pandai, rupanye bodoh dan bongok

  4. Tanpa Nama

    Kerajaan kartun, tentera pun jadi kartun... ada senapang ada peluru, nak tembak kena minta kebenaran.... kartun jenis apa ini.

    Aku ingatkan dakwat kekal sahaja kena tipu, kehebatan pertahanan negara pun tipu juga ... lain kali jangan beli kapal perang mahal-mahal kalau tak boleh tembak, cukup semua anggota TLDM lipat kapal kertas banyak-banyak untuk pertahankan perairan Malaysia. TUDM bolehlah lipat kapal terbang kertas, tentera darat pun samalah. Kalau tak reti lipat beli je dekat kedai barang sembahyang orang cina, macam-macam bentuk dia boleh tolong buatkan.

  5. Tanpa Nama

    Kan bagus kuasa ni bagi kat yg dipertuan Agong... Bia baginda yg putuskan...

  6. Tanpa Nama

    HELAH BELA DIRI JEW...

  7. Tanpa Nama

    seorang dah meninggal seorang masih diculik....jd fikir2 kan lah...

  8. Tanpa Nama

    Tak boleh nak guna senjata apa guna ada kapal perang...kelakar punya arahan..

 
 

Ibrahim Ali sarankan TLDM guna kayu untuk pertahan negara..

bloglist-malaysia.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata sekiranya pasukan keselamatan negara tidak boleh menggunakan senjata untuk menembak penceroboh, maka lebih baik mereka membawa kayu bagi mempertahankan negara, rakyat dan pasukan keselamatan.

Dengan nada menyindir, pemimpin politik veteran dan NGO pendesak Melayu itu menegaskan kerajaan tidak perlu lagi menghabiskan duit rakyat untuk membeli jika tidak boleh digunakan dengan sewajarnya.

"Logik akal, kalau pihak keselamatan bawa senjata, tapi tidak boleh guna bila jumpa musuh, maka lebih baik bawa 'kayu' sajalah.

"Tak payah habis duit rakyat beli apa jua senjata kalau tidak boleh guna. Ia seolah-olah membiarkan pasukan keselamatan dibunuh dulu oleh penceroboh.

"Apa-apa pun peraturan, apatah lagi menjaga kedaulatan negara, pentingkan dulu keselamatan pasukan keselamatan," katanya.

Ibrahim menyokong hasrat Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang memohon kebenaran kerajaan supaya pasukan keselamatan menembak individu atau penceroboh yang memasuki perairan Sabah demi keselamatan negara, rakyat dan anggota keselamatan.

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan hasrat Tentera Laut Diraja Malaysia itu demi maruah, keselamatan dan kedaulatan negara.

"PERKASA menggesa kerajaan dan perdana menteri benarkan hasrat TLDM (itu) untuk (pasukan keselamatan) tembak penceroboh," kata Ibrahim lapor
Malaysiakini

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment