(info dr grp whatsapp)
Assalam. Saja nak maklumkn perkembangan tentang budak hafiz yg dlm penjara tu...
Assallamualaikum, saudara-saudaraku sekelian, status budak rohinya (hufaz). Pada 14/07/2014, jam 8.30 pagi saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, bahagian lokap, berjumpa dengan Sarjan Mejar Ariffin dan Kopral Sharifah. Mereka memberitahu bahawa memang budak tersebut ditangkap oleh polis dan masukkan di lokap IPD ini. Kes tersebut telah dibawa ke mahkamah pada minggu lepas dan mahkamah menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara. Pihak polis kata, mereka tiada maklumat budak itu di penjaran dimana. Jam 9.00pagi saya terus ke Penjara Pengkalan Chepa. Pihak penjara tersebut menyatakan budak tersebut tidak ditahan disitu. Mereka suruh rujuk dengan pihak imigresen, kerana kesalahan budak itu berkaitan berada di Malaysia melebihi tempoh. Jam 10.00 pagi saya terus ke pajabat Imigresen Telipot, Kota Bharu, Bahagian Pendakwaan dan Penguatkuasaan. Saya berjumpa dengan Ketua Bahagian Penguatkuasaan tersebut iaitu En.Amran. Beliau mengesahkan bahawa budak tersebut di penjarakan di Penjara Machang, Kelantan untuk tempoh 6 bulan (tetapi setelah ditolak hari-hari tertentu tempoh penjaranya menjadi 4 bulan). Saya menceritakan kepada pegawai tersebut hasrat untuk ambil budak itu sebagai anak angkat, dan menanyakan bagaimana prosedur untuk mengeluarkan budak itu dari penjara dengan hanya membayar denda. Pengawai itu menjelaskan kepada saya , sebenarnya budak itu telah mendapat perhatian menteri dalam negeri, KSU dan Ketua Pengarah Imigresen, ekoran rakaman video budak tersebut membaca al Quran. Semalam 13/7/2014, Ketua Pengarah Imigresen Dan KSU telah datang ke penjara tersebut dan telah berjumpa budak tersebut dan mengabil maklumat berkaitan untuk dilaporkan kepada menteri untuk tindakan lanjut. Dilaporkan bahawa waktu anggota polis merakamkan budak tersebut membaca al Quran, katanya mereka sedang memilih imam solat. Didalam penjara tersebut budak itu menjadi imam solat termasuk solat tarawih untuk penghuni penjara. Ramai yang teruja dengan bacaannya sehingga ramai warga penjara hendak menolongnya. Kata pegawai tersebut, beradanya budak tersebut didalam penjara, beliau telah berjaya menarik minat penghuni penjara kepada al Quran dan Islam. Beliau meletakkan situasi beliau seperti kisah Nabi Yusof a.s. Kata pegawai itu lagi, budak itu hanya berusia lingkungan 16 tahun, anak kacukkan Thailand + Burma. Semasa beliau ditangkap polis bilamana gbdicuri orang semasa mengikuti dakwah Jemaah Tabligh di Kota Bharu, semasa beliau keluar bersama rombongan, kawan-kawannya dapati beliau tidak muncul, dan didapati beliau ditangkap polis dan semua dokumennya dicuri. Beliau terlebih tinggal di Malaysia hanya 5 hari sahaja. Kata pegawai imigresen tersebut sepatutnya beliau didenda RM 30.00 sehari sahaja, beliau tidak tahu kenapa di penjarakan sampai bulan. Kita sama-sama doakan agar budak tersebut segera diambil tindakan sewajar oleh menteri dalam masa terdekat. InsyaaAllah. Ust. Haji Hassan.
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
Sent: Wednesday, 16 July, 2014 7:14 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Spam Re: RG2011... Bantulah dia yg berada di jail..... [1 Attachment]
Walaikumusalam...
ya Cik Hariza saya setuju dengan pandangan ini, ada apa cara boleh kita semua bantu (by bailing him?).
Pls update jika ada apa yg bolih kami contribute.
Terima Kasih.
On Wednesday, July 9, 2014 8:58 PM, "hazriza hazriza@soem.sharp-world.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
Posted by: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (5) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment