Dia Nak Rogol Saya..
bloglist-malaysia.blogspotPosted by Jeebond BLMKeadaan mangsa selepas dihentak dan dibelasah suspek sebelum ditemui orang awam di tepi jambatan berdekatan Taman Mas.
PUCHONG - "Kak tolong saya...saya hampir nak dirogol...laki tu nak bunuh saya...tolong saya kak."
Rayu seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah, di tepi jambatan Taman Mas menghubungkan Kampung Seri Aman, Puchong dengan Bandar Saujana Putra di sini, petang semalam.
Wanita Indonesia berusia 32 tahun itu memberitahu kejadian berlaku ketika dia menunggu bas di hentian Taman Putra Perdana untuk pulang ke rumah setelah tamat waktu bekerja jam 3 petang.
Selepas beberapa minit menunggu bas, mangsa yang mahu dikenali sebagai Yusma berkata, tiba-tiba dia didatangi seorang penunggang motosikal yang mempelawa untuk menghantarnya pulang ke rumah.
Mulanya mangsa enggan menerima pelawaan tersebut namun berubah fikiran selepas melihat wajah lelaki itu yang kelihatan baik dan seperti berniat ikhlas.
Yusma berkata, dia bagaimanapun mula rasa risau apabila motosikal dibonceng bukan menghala ke rumahnya sebaliknya ke laluan tak pernah dilaluinya.
"Masa itu saya cuba untuk turun dari motosikal tapi lelaki itu menunggang dengan laju dan hanya berhenti di tepi jambatan yang sunyi. Saya cakap kat dia kalau nak ambil rantai leher ambillah tapi dia bukan saja menyentap barang kemas dipakai tetapi turut menghentak muka dan tangan saya beberapa kali menggunakan topi keledar," katanya.
Menurut Yusma, lelaki itu tidak terus melepaskannya sebaliknya meluru ke arahnya dan beberapa kali mengatakan hendak merogol dan membunuhnya.
Akibat terlalu takut Yusma berlari untuk menyelamatkan diri namun lelaki itu terus mengejarnya.
"Lelaki itu memukul saya lagi beberapa kali dan cuba untuk merogol saya, ketika itu saya gagahkan diri untuk bangun, menendang kemaluannya menyebabkan dia terjatuh sebelum terus bersembunyi di sebalik kawasan semak.
"Dari celah-celah rimbunan rumput, saya nampak lelaki itu cuba mencari saya namun beredar beberapa minit kemudian," katanya.
Dia yang mengalami kecederaan serius di muka dan tangan kemudian diselamatkan orang awam yang melalui jalan itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
----- Original Message -----To: undisclosed-recipientsSent: Tuesday, August 19, 2014 2:54 PMSubject: Diacu Parang Depan RumahDiacu Parang Depan Rumah, Noryn Aziz & Eja Kerugian Berpuluh Ribu Kena Rompak!
Nampaknya, makin menjadi-jadi kes jenayah di Malaysia. Perompak sekarang ni bukan tahu menilai erti nyawa seseorang. Aih! Takut pula bila baca pengalaman Noryn Aziz ni.
Menurut Noryn, kejadian yang berlaku di hadapan rumahnya di Damansara Heights malam kelmarin melibatkan tiga orang rakannya termasuk pelakon Eja Saifuddin.
Menerusi laporan myMetro lagi, insiden rompakan didalangi beberapa orang lelaki itu telah membabitkan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM30,000.
Eja turut menjadi mangsa rompakan
"Saya sudah masuk ke dalam (rumah) apabila tiba-tiba dengar jeritan Allahuakbar. Saya sangkakan kemalangan di depan rumah. Saya keluar rumah dan tengok kawan-kawan dikepung beberapa lelaki sedang mengacukan parang kepada mereka.
Bayangkan ketika kita buat majlis, mereka (perompak) berani buat perangai. Sebaik saya masuk rumah, tiba-tiba dengar jeritan dan bila jenguk luar, beg tangan dan barang-barang kawan-kawan saya sudah dirampas.
Memang panik dan huru-hara jadinya. Mereka (kawan-kawan) semua meluru masuk semula ke dalam dan kami kunci pintu. Rupa-rupanya perompak itu sempat ikut dan gegar pintu rumah. Bila dah makin kecoh, mereka semua sempat lari."
Noryn turut memberitahu insiden tersebut berlaku sekitar jam 9.30 malam semasa tiga orang sahabatnya itu sedang berbual di depan pagar rumahnya sebelum berangkat pulang.
Jadi selepas ini, kita semua kenalah ambil langkah lebih berhati-hati. Harus sentiasa alert dengan persekitaran kerana perompak-perompak ini hanya tunggu peluang sahaja untuk memulakan kegiatan mereka. Ingat ya!
P/S: Elakkan juga bawa barangan berharga terlalu banyak dalam beg tangan.
Posted by: Rosli Daud <roslid@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (2) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment