Wednesday, August 20, 2014

RG2011... Fw: Takziah!!! ADUN Pengkalan Kubor Meninggal Dunia

 



Takziah!!! ADUN Pengkalan Kubor Meninggal Dunia Di Guangzhou China.. Jom Terjah!!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Kelantan daripada Barisan Nasional Datuk Noor Zahidi Omar (gambar) meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi, lapor portal berita Sinar Harian Online.

Sementara itu, Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan Zahidi meninggal dunia di China pagi tadi.
"Menerima berita sedih pagi ini daripada anakanda YB Datuk Haji Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor merangkap Ketua Umno Bahagian Tumpat beliau sudah kembali ke Rahmatullah pukul 5.45 pagi ini di Guangzhou China," tulis Asyraf di akaun Facebooknya.
"Ya Allah, Engkau cucurilah rahmat ke atas rohnya, ampunkanlah segala dosanya, tempatkanlah beliau di di kalangan mereka yang yang beriman. Al-Fatihah," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zahidi menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon daripada PKR dan bebas dalam pertandingan tiga penjuru memperolehi 10, 174 undi di kawasan N1 itu.
Calon PKR Saharun Ibrahim memperolehi 8,438 undi manakala calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hilang deposit apabila hanya mendapat 65 undi.
Allahyarham, wakil rakyat tiga penggal yang juga timbalan pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dilaporkan menghidap penyakit barah hati dan meninggal dunia di Guangzhou, China ketika mendapatkan rawatan di negara berkenaan.
- themalaysianinsider

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment