Tuesday, August 19, 2014

RG2011... Fw: Ketua Eksekutif MRT letak jawatan

 



CEO MRT letak jawatan bila 3 mati... tapi CEO MAS...?

kedahlanie.info

CEO MRT Corp letak jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang media di Sungai Buloh hari ini.

"Sebagai peneraju MRT Corp, saya ambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ia (letak jawatan) tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp Tan Sri Ali Hamsa.

Sedih dengan kemalangan itu, Azhar berharap selepas ini punca kemalangan yang dikenal pasti akan dapat diperbetulkan.

"Saya harap semua kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki," katanya.

Azhar dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif MRT Corp pada 1 September 2011.

 

Ketua Eksekutif MRT letak jawatan

telokbakong.blogspot
kerabubersuara.blogspot
 
SUNGAI BULOH: Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid mengumumkan meletak jawatan serta merta kerana mengambil tanggungjawab kejadian konkrit runtuh di projek MRT di Kota Damansara yang mengorbankan tiga pekerja Bangladesh.

Beliau mengumumkan peletakan jawatan itu di pejabat pembinaan Mass Rapit Transit (MRT), di sini, hari ini.

Pekerja Bangladesh berkenaan maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) jam 8.30 malam tadi.

Setakat ini, mayat dua pekerja Bangladesh yang maut dihempap blok konkrit landasan Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara malam tadi berjaya ditemui dan dibawa keluar dari runtuhan itu pada jam 1.35 tengah hari tadi.

Mangsa ialah Muhamad Faruki Khan, 38, dan Mohammad Alauddin Mollik, 34.

Sebelum itu, mayat seorang lag pekerja Bangladesh, Mohamad Elagi Hossain, 26, berjaya dikeluarkan pada jam 2.34 pagi tadi dan dibawa ke
Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Ketika kejadian empat pekerja Bangladesh sedang bertugas di atas segmen landasan itu. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.
 
 

LANDASAN KONKRIT MRT JATUH, 3 PEKERJA DIKHUATIRI MAUT

telokbakong.blogspot
biaqpila.blogspot
 
Sebahagian landasan MRT terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Ogos, 2014.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 300 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara semalam.
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam satu kenyataan berkata pekerja terbabit adalah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.

"Usaha menyelamat masih berjalan dan pasukan tindakan kecemasan sedang bersedia di tempat kejadian, kata kenyataan itu.

Sebahagian landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan.
Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak yang 38 meter panjang dan seberat 300 tan, kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar
Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian melahirkan kekesalan atas kejadian itu.

"Walaupun siasatan sedang dijalankan, MRT Corp akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden itu. Sebaik sahaja siasatan selesai, tindakan akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, katanya dalam satu kenyataan.
Bernama, 19 Ogos, 2014.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/08/landasan-konkrit-mrt-jatuh-3-pekerja.html#ixzz3ApZrTesT

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment