Tuesday, August 19, 2014

RG2011... Fw: Lagi Kes Kereta Kebal Terbalik, 2 Maut

 



Lagi Kes Kereta Kebal Terbalik, 2 Maut

greenboc.blogspot

Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.

Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.

Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.


BERITA SEBELUM INI



2 maut, 2 parah kereta perisai terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan


Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar hari ini

Sarjan Bayong Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.

Ketua
Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu, yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit. Kesemua mangsa dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama," katanya ketika dihubungi di Ipoh.

Ismail berkata kereta perisai itu dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi lebuh
raya sebelum terbalik.

"Apabila kita lihat kesemua mangsa dikeluarkan, kita segera membuat kawalan dan memastikan tumpahan minyak yang berlaku tidak mencetuskan kejadian lebih buruk.

"Apabila mangsa dibawa ke hospital, kita terus lakukan pembersihan kawasan kejadian," katanya.

Beliau juga berkata kereta perisai itu sedang berkonvoi dari Sungai Petani, Kedah ke Gemas,
Negeri Sembilan bersama-sama kenderaan lain pasukan tentera.

"Kereta perisai yang terlibat dalam kemalangan itu diuruskan pihak tentera sendiri," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-Bernama, 3 Julai, 2014
comments:

BaDiN said...

bagaiman boleh berlaku,Kalau kenderaan awam sudah biasa kita dengar,Ini pelik bin ajaib Kereta Kebal pulak nak masuk rekod.tamat tempoh agaknya.Alfatihah ..

Anonymous said...

Al fatihah buat simati.. apa yg saya x fhm macamana kereta kebal langar pembahagi jln lalu terbalik.. sepatutnya pembahagi jln yg sepatutnya terbalik...

shidine didine rahman said...

'apa yg saya x fhm macamana kereta kebal langar pembahagi jln lalu terbalik.. sepatutnya pembahagi jln yg sepatutnya terbalik...'

geli hati saya baca komen ni...

Anonymous said...

innalillahi wainna ilaihi raji'un.

Berapa speed limit kereta kebal ni, 60 km/j???

kemungkinan besar gear mulfunction.

Anonymous said...

Leaps ni Lebih baik pakai cancil ataupun viva ..sbb x pernah dengar pun kereta tu terbalik...

Anonymous said...

Makin byk bencana & bala dtg menteri2 buat pekak buta je.. Tok sah kata nak letak jawatan lg kemaruk kuasa mcm Malaysia ni mak bapak tok nenek diorg!

Putra IJ80 said...

hujan x der Angin x der ttiba ribut...Ini yg pelik...

Alfatihah ...

Anonymous said...

tak kebal lah kete tu

Anonymous said...

Dulu helikopter Nuri.ashik terhempas.....skrng kereta kebal pulak terbalik.....menteri pertahanan malaysia boleh

Anonymous said...

Kereta kebal terbaik zionis pun hancur dengan B.A-Q, Manakala di sini terbalik musnah dengan korban jiwa tanpa perang, mungkin kena semak kos dan spesifikasi...

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment