Tuesday, August 19, 2014

RG2011... Fw: Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak Ketika Bertugas

 




----- Original Message -----
To: undisclosed-recipients
Sent: Tuesday, August 19, 2014 4:43 PM
Subject:  Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak Ketika Bertugas

  Ngeri! Tangan Pekerja TNB Hampir Putus Ditetak Ketika Bertugas
 
Tergamak seorang lelaki apabila sanggup bertindak menetak tangan seorang pekerja TNB sehingga hampir putus di kawasan kediamannya. Melayukini.net difahamkan kejadian ini berlaku apabila pekerja TNB ini sedang melakukan tugas untuk memotong bekalan elektrik di rumah terbabit. Faham-faham sahajalah, jika kena potong mungkin berlaku tungakkan sehingga berbulan-bulan lamanya. Namun cubaan pekerja TNB mahu memotong bekalan elektrik menyebabkan kemarahan lelaki tersebut. Akhirnya berlaku adegan ngeri. Boleh lihat gambar di bawah ini.

SEORANG pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam. Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.BERNAMA

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment