Hati Ekstra Bestari Agro IT@Metro Santai Nuansa Dekotaman Gen Y Selebriti Majalah M
CARI
Nuansa
Hipotesis kehilangan MH370
0 0 Google +0 0 0
Susunan Intan Mas Ayu Shahimi
Kapten Bill Palmer yang pernah menerbangkan pesawat Airbus A330 di beberapa syarikat penerbangan terkemuka dunia mendapat perhatian media apabila cuba menimbulkan beberapa keraguan terhadap siasatan kehilangan MH370.
Beliau yang juga pengarang 'Understanding Air France 447' mahu semua pihak membuat kesimpulan berdasarkan maklumat diperoleh daripada siasatan kehilangan pesawat itu dengan lebih teliti.
Beliau bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pesawat itu terbang selama beberapa jam selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara adalah tindakan yang disengajakan.
Namun, ia bukan satu-satunya penjelasan logik untuk menerangkan laluan penerbangan tersasar dari arah sebenar.
ANGGOTA Tentera Laut Diraja Malaysia membuat panggilan ketika menghampiri kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan.
SEORANG pegawai tentera Vietnam menghadap tingkap pesawat ketika operasi mencari.
KELUARGA penumpang pesawat MAS menonton siaran berita untuk mengetahui perkembangan MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu
PEMANGKU Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menunjukkan peta kawasan carian ketika sidang media.
PASUKAN Tentera Udara Diraja Malaysia mencari serpihan pada 13 Mac 2014, berhampiran Kuala Lumpur.
REPLIKA pesawat tercatat mesej peribadi untuk penumpang MH370 boleh dilihat di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sebagai contoh, kenyataan bahawa besar kemungkinan Sistem Penghantaran Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) sengaja dimatikan meninggalkan fakta bahawa ACARS diperlukan untuk menghantar isyarat kepada satelit.
Palmer berkata, pesawat itu mempunyai pelbagai fungsi dan saluran yang bersambung dengan ACARS dan sekurang-kurangnya salah satu daripada sambungan masih boleh digunakan.
"Sebagai contoh, satu bahagian sistem komunikasi ini digunakan untuk menghubungkan pesawat dengan pusat kawalan trafik udara.
"Satu lagi digunakan untuk berkomunikasi menerusi mesej teks, antara pesawat dengan syarikat penerbangan. Mesej juga boleh dihantar secara automatik untuk tujuan penyelenggaraan seperti melaporkan kerosakan dan menghantar data enjin rutin.
"Jadi, tindakan mematikan semua fungsi ini dengan sengaja masih belum jelas," katanya.
Beliau berkata, sekurang-kurangnya satu laporan berita menerangkan ketinggian pesawat diterbangkan antara 45,000 dan 23,000 kaki.
Tindakan itu mungkin dilakukan dengan sengaja untuk memastikan penumpang tidak sedarkan diri.
"Namun, saya berpendapat fakta itu mungkin konsisten dengan keadaan pesawat yang terbang sepenuhnya tanpa pengawasan dan pengaktifan sistem autopilot.
"Malah, ia boleh jadi benar jika sistem 'auto throttles' pesawat dimatikan atas sebab-sebab tertentu," katanya.
Katanya, kenyataan yang menyebut tindakan menukar laluan hanya boleh dilakukan juruterbang mahir memang tepat tetapi mengapa seorang juruterbang mahir tidak mampu menangani situasi pada ketinggian 20,000 kaki?
"Mungkin berlaku sesuatu yang menghalang anak kapal mengawal pesawat itu termasuk kebakaran, perlanggaran atau letupan.
"Semua itu boleh berlaku tanpa sebarang insiden pelanggaran kokpit," katanya.
Kapal terbang dilaporkan membuat pusingan mencurigakan. Perkara ini boleh merungkai persoalan sama ada perubahan arah itu dikawal seseorang atau sebaliknya.
"Jika sistem autopilot tidak diaktifkan dan pesawat terbang dengan sendiri, saya jangka akan ada banyak perubahan arah.
"Bagaimanapun, jika hala tuju pesawat dikawal dengan tetapan lokasi atau menerusi program komputer, laluan penerbangan akan menjadi sangat lurus," katanya.
Ketika analisis dilakukan untuk mengenal pasti laluan pesawat itu, katanya nampak jelas pihak berkuasa gagal memastikan sama ada ia terbang ke arah barat laut menghala Pakistan atau ke barat daya menghala ke Lautan Hindi.
"Dari segi teknikal, Boeing 777-200ER adalah pesawat yang diterbangkan dengan kawalan digital sepenuhnya.
"Dengan tetapan autopilot off, pesawat akan melaraskan pergerakan ke atas atau bawah hidung kapal terbang bagi mengekalkan kelajuan," katanya.
Menurutnya, satu sistem perlindungan turut dibina untuk memastikan pesawat terlalu laju atau perlahan.
Input sementara pada roda kawalan atau perubahan berat kapal terbang, suhu mahupun lain-lain perubahan atmosfera sepanjang perjalanan boleh mendorong pesawat terbang lebih tinggi.
"Kerana itu, saya juga mahu melihat perubahan hala tuju pesawat yang boleh dijangka dalam keadaan autopilot dimatikan,
"Apa yang pasti, pergerakan Boeing 777 biasanya tertakluk kepada gangguan atmosfera di hujung sayap.
"Walaupun pesawat konvensional cenderung melingkar ke bawah dalam keadaan itu (membuat pusingan), 777 mampu berada stabil dalam ketinggian tertentu.
"Malah, dengan sistem kawalan digital itu, 777 menjadi pesawat yang stabil, mampu terbang berjam-jam dengan sistem autopilot dimatikan," katanya.
Katanya, maklumat konsisten dalam misteri kehilangan pesawat itu hanyalah sedikit dan keadaan sebenarnya masih kabur dan boleh berubah-ubah.
"Apa saja senario boleh menyumbang kepada punca kehilangan pesawat. Ia mungkin tindakan sengaja anak kapal, kehilangan transponder atau terputus komunikasi.
"Kerana itu, saya menyeru supaya semua pihak tidak terus membuat kesimpulan berdasarkan bukti tidak meyakinkan. Bukti yang ada mungkin 'konsisten dengan perbuatan sengaja', tapi ia juga perlu bersesuaian dengan penjelasan yang lain," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21
0 0 Google +0 0
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment