Thursday, March 20, 2014

RG2011... FW: Resah keluarga terlalu ikut adat

 

 

 

 

Fikrah Dr Salam

Resah keluarga terlalu ikut adat

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

Saya bakal melangsungkan perkahwinan, tetapi keluarga terlalu mengikut adat sehinggakan saya berasakan ia satu pembaziran.

Malah, saya ada menyatakan hasrat untuk mengadakan majlis ringkas sahaja tanpa perlu ada pelamin. Namun, mereka membantah hasrat saya itu. 

Jadi, perlukah saya ikutkan sahaja apa yang mereka inginkan dan bagaimana cara untuk meyakinkan keluarga untuk mengadakan majlis mengikut syariat Islam? 

Gadis buntu 
Terengganu


Perkahwinan dalam Islam boleh diadakan tanpa adanya istiadat tertentu. Perkara yang penting ialah memenuhi rukun perkahwinan. 

Menurut mazhab Syafie, rukun perkahwinan ialah: 

(1) Lelaki yang bakal menjadi suami. 
(2) Perempuan yang bakal menjadi isteri. 
(3) Wali yang adil. 
(4) Dua saksi yang adil. 
(5) Ijab dan qabul (tawaran dan penerimaan). 


Antara perkara sunat sewaktu perkahwinan dan selepasnya ialah: 

• Membaca khutbah nikah sebelum akad dan ia sekurang-kurangnya dengan kata-kata 'alhamdulillah' serta selawat atas Rasulullah. 

• Membaca doa selepas akad iaitu dengan kata-kata: "Baaraka Allah laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair." 

• Pemberitahuan atau pengumuman mengenai perkahwinan kepada keluarga dan masyarakat terdekat. 

Ia disunatkan supaya perkahwinan tidak menjadi suatu rahsia dan bagi mezahirkan perasaan gembira. 

Malah, ia boleh dilakukan berdasarkan adat setempat yang tidak bertentangan dengan Islam sama ada pengumuman di masjid atau dengan paluan kompang (gendang, rebana) dan seumpamanya. 

• Berpesan-pesan dengan nasihat yang sama sesama pengantin dengan kedua-dua ibu bapa berpesan supaya pengantin perempuan menjalankan tanggungjawab dan adat kehidupan berumah tangga. Begitu juga pengantin lelaki berpesan kepada isterinya. 

• Mengadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus. Menurut ulama, hukumnya sunat muakkad (yang dituntut). Ia berdasarkan kemampuan dan sudah cukup walaupun seekor kambing sahaja. 

Waktu kenduri boleh dipilih sama ada sewaktu akad, selepasnya ataupun waktu tertentu mengikut adat setempat. 

Antara perkara harus sewaktu perkahwinan pula ialah nyanyian yang menenangkan jiwa dan mencergaskan badan dengan lagu dan nasyid yang baik. Islam membenarkan nyanyian sewaktu majlis perkahwian dan ia perlu sesuai dengan adat setempat. 


Manakala adat lain seperti bersanding dan pelamin, duit dan barang hantaran, merenjis air mawar, menabur gula-gula, coklat dan bunga, bersolek berlebihan dan memakai wangian bagi pengantin wanita dan sebagainya perlu dinilai kembali kerana tidak dianjurkan Islam. 

Dengan kata lain, perkara yang membazir, meniru adat bukan Islam, perbuatan yang menjurus kepada maksiat dan dosa, percampuran lelaki dan perempuan, pendedahan aurat yang boleh menaikkan nafsu syahwat dan sebagainya perlu dihindari dalam majlis perkahwinan. 

Hasrat anda supaya majlis perkahwinan selaras dengan syariat amat dihargai dan ia boleh dibincangkan bersama keluarga. 

Mereka tentu memahami hasrat anda dan sedia menerimanya apabila faham kedudukan perkahwinan dari sudut Islam. 


Sebarang kemusykilan sila e-mel kepada: fikrah@mediaprima.com.my

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21

 0  0 Google +0  0  0

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment