Tuesday, March 4, 2014

RG2011... Fw: Siapa Yang Tidak Bertamadun ?

 



Siapa Yang Tidak Bertamadun, Ultras Malaya Atau Penjilat?

telokbakong.blogspot
mountdweller.blogspot.
 
Tidak bertamadun: FAM atau Ultras Malaya?
 | March 4, 2014
Ultras Malaya adalah sebuah gabungan anak muda yang mencintai sukan bola sepak tanahair.
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) berasa bangga dengan keterampilan dan keberanian Ultras Malaya yang memperjuangkan nasib bola sepak negara.
Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan berkata bahawa mereka akan menyokong sebarang usaha Ultras Malaya untuk menukar ganti Presiden FAM kepada sosok yang lebih berkaliber demi sukan bola sepak tanahair.
"Cukuplah 30 tahun berada di takhta," kata Noor Reduan.
Menurut SAMM, Ultras Malaya adalah sebuah gabungan anak muda yang mencintai sukan bola sepak tanahair.
Tindakan kumpulan Ultras Malaya yang membakar suar dan membaling bom asap ketika aksi persahabatan antara pasukan Harimau Malaya menentang Filipina di Stadium Selayang dikecam kuat oleh FAM.
Antara yang mencuri tumpuan ialah kenyataan pengurus pasukan kebangsaan sendiri, Datuk Seri Subahan Kamal yang menyifatkan perbuatan Ultras Malaya sebagai samseng dan tidak bertamadun.
"Sebagai kumpulan anak muda yang mencintai sukan bola sepak tanahair, SAMM menganggap Subahan tidak peka dengan metafora kejadian yang berlaku," katanya.
"Apakah FAM cukup bertamadun sehingga mengekalkan Presiden FAM selama 30 tahun yang menyaksikan pretasi bola sepak kebangsaan menjunam sejak itu?" tanya beliau.
"Setia hadir dalam setiap perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kumpulan Ultras Malaya untuk menarik perhatian betapa sesuatu perlu diperbetulkan. Perkara paling jelas dituntut ialah presiden FAM harus melepaskan jawatan," tambah Noor Reduan.
Presiden FAM adalah Sultan Ahmad Shah yang memegang jawatan tersebut sejak 1984 dan anaknya Tengku Abdullah yang disebut-sebut bakal akan ganti bapanya.
Menurutnya lagi, mengambil pasukan Filipina sebagai contoh di mana, pasukan tersebut merupakan sebuah pasukan berguru dengan Malaysia suatu ketika dulu.
"Malaysia pernah menewaskan Filipina 15-1 di Sukan Asia pada 1962, d imana pada kejohanan yang sama, Malaysia(Malaya ketika itu) meraih tempat ketiga.
"Tetapi, pasukan Filipina kini di tangga 127 jauh meninggalkan kita dimana pasukan Harimau Malaya masih terkial-kial untuk mencapai kedudukan 150 terbaik ranking FIFA," katanya.
"Di atas fakta ini, apakah tindakan Ultras Malaya itu keterlaluan?
Noor Reduan juga berkata SAMM yakin bahawa tindakan Ultras Malaya bukan ditujukan kepada pasukan kebangsaan mahupun jurulatih Ong Kim Swee. Malah, ia lebih manifestasi dari 'kesamsengan' FAM yang tidak berganjak dari kepimpinan sedia ada khususnya jawatan utama.
"SAMM juga menasihatkan  Subahan agar lebih berpandangan terbuka dan mengkaji secara menyeluruh di atas kejadian yang telah berlaku," tambah beliau.
"Percayalah bahawa tiada lagi suar dan bom asap yang akan dilontarkan oleh Ultras Malaya ke dalam padang sekiranya presiden FAM benar-benar meletakkan jawatan."

Selagi FAM tidak berubah menghambat keperluan zaman

telokbakong.blogspot
idahsalam.blogspot
Harakahdaily
 
KUALA LUMPUR: Selama mana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berubah menghambat keperluan zaman, maka selagi itulah insiden peminat sukan itu akan terus berlaku, kata AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

"Sungguhpun saya tidak bersetuju dengan tindakan melemparkan bom asap dan membakar suar lalu melemparkannya ke padang kerana bimbangkan keselamatan penonton dan pemain, saya kira ada suatu yang lebih besar daripada itu ialah perubahan yang perlu dilakukan oleh FAM," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Beliau sendiri telah membangkitkan perkara itu beberapa kali di Parlimen agar FAM melakukan sesuatu untuk mengembalikan maruah bolasepak tanah air, terutama perkara yang melibatkan kepimpinan FAM itu sendiri.

"Saya kira itulah asas tragedi di Stadium Selayang tempoh hari," katanya lagi.

Menurutnya, selama mana FAM tidak berubah menghambat keperluan zaman dan tuntutan bola sepak semasa negara, maka selagi itulah insiden seperti itu dijangka akan terus berlaku dan mungkin keadaan semakin sulit dan getir untk ditangani.

Justeru, ujarnya FAM tidak boleh memekakkan telinga dan membutakan mata dari mendengar dan menyaksikan keluhan dan getusan rasa penyokong bola sepak tanah air seperti Ultras Malaya.

Tambahnya, tanpa penonton dan penyokong yang menyerikan sukan bola sepak tanahair maka hilanglah erti bola dan sepak dalam sukan bolasepak negara.

Katanya lagi, FAM mesti segera sedar perkara ini.

"Bukan hanya mereka mengurus pemain dan pertanding tetapi juga mereka mesti peka dengan kemahuan penonton," katanya.

Mereka, ujarnya mahu kualiti sukan bola sepak, menang kalah bukan persoalan asas kerana ia adat sesebuah pertandingan.

Namun, kata beliau kualiti yang didambakan.

"Kualiti ini bermula dari pengurusan dan pentadbiran sukan bolasepak negara dan FAM adalah yang bertanggungjawab langsung selain kementerian Belia dan Sukan. Bertindaklah sebelum parah," ujarnya.

 

ULTRAS MALAY WAJAR DISIASAT DIBAWAH AKTA HASUTAN KERANA SENGAJA NAK AIBKAN FAM?????

omakkau.blogspot
 

"Kami memang sengaja buat," demikian reaksi wakil Ultras Malaya mengenai kejadian bakar suar dan balingan bom asap ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang, malam kelmarin.

Wakil kumpulan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lekir berkata, tindakan itu sebagai bukti suara penyokong bola sepak tempatan yang mula muak terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang didakwa sudah gagal.

"Memang tindakan itu dibuat dengan sengaja dan mahu malukan FAM. Ultras Malaya sebagai landasan kepada suara peminat di negara ini, malah pada perlawanan semalam (kelmarin) seluruh stadium turut bersama kami.


Subahan selar gelagat kumpulan Ultras Malaya yang cemari perlawanan Malaysia, Filipina

Kuala Lumpur: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal menyelar tindakan kumpulan Ultras Malaya membakar suar dan membaling bom asap ketika aksi persahabatan antara pasukan negara menentang Filipina di Stadium Selayang, malam kelmarin.

Sambil marah dan kecewa dengan insiden yang memalukan imej bola sepak negara itu, Subahan yang juga pengurus pasukan Harimau Malaya menyifatkan perbuatan yang dilakukan kumpulan penyokong berkenaan sebagai samseng dan tidak bertamadun.

"Ini bukan penyokong tapi samseng. Jika mereka benar-benar penyokong sejati, mereka tidak akan berbuat demikian (bakar suar dan baling bom asap), mengeluarkan kata-kata lucah dan memaki hamun," katanya selepas perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu.

Lancar serangan

Perlawanan pertama Harimau Malaya di bawah bimbingan pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee tercemar pada minit ke-30 apabila kumpulan Ultras Malaya yang merancang mengadakan protes terhadap 30 tahun kepimpinan Presiden FAM bertindak di luar jangkaan dengan membakar suar dan membaling bom asap.

Akibatnya, perlawanan itu terhenti lapan minit dan ia jelas mengganggu rentak anak buah Kim Swee selepas aksi disambung semula kerana sebelum itu mereka melancarkan serangan bertali arus menyerang kubu The Azkals.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment