----- Original Message -----From: -:eSpAcE9808:-Sent: Tuesday, July 09, 2013 12:10 AMSubject: Fw: Makanan berkhasiat untuk sahur
Begitu pantas masa berlalu dan bulan Ramadan bakal menjelang kurang daripada sebulan lagi.
Berpuasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
Oleh itu, pemilihan makanan berkhasiat ketika bersahur amat penting kerana ia mampu memberi tenaga kepada anda untuk melakukan aktiviti seharian.
Anda disarankan mengambil sayur-sayuran ketika bersahur kerana ia dapat melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan dan juga baik untuk kesihatan perut.
Pengambilan makanan berkarbohidrat seperti roti daripada bijirin juga akan membuatkan anda lambat lapar. Kurangkan makan nasi sebaliknya lebihkan pengambilan lauk berasaskan daging dan ikan kerana sumber protein akan memberi tenaga ketika anda bekerja.
Selain daripada itu, anda juga boleh variasikan menu sahur anda dengan memakan kekacang seperti kacang dal atau minum air barli.
Sebelum waktu sahur berakhir, anda digalakkan mengambil buah tamar atau kurma kerana ia merupakan makanan penuh khasiat dan vitamin yang baik untuk kesihatan anda, malah ia merupakan sunnah Nabi ketika berpuasa.comments
- i'm cute •
sy dah try last puasa. ambil 5 biji kurma campur dgn oat. SIYES tak rs lapar smpi pukul 4 petang...tapi sebelum mkn tu diiringi dgn selawat 7 kali. Nur •Ramadan nak dekat, tpi puase xhabis ganti lagi..sehari je lagi...kuatkan semangat aku Ya Allah.. Mhi Otai •Wahai para sahabat dan muslimin semua... hati2 dengan kurma yang disira dengan gula ye.. Kandungan gulanya amat tinggi dan dikuartiri akan mendatangkan mudarat kepada pesakit2 yang mengidap diebetes ( kencing manis ). Apa2pun kurma yang asli adalah sumber makanan dan buah yang baik spt amalan Rasulullah saw.... Judika •Memang tak sabar nak tunggu Ramadhan tahun ni, thanks for this useful tips. Harap tuhan panjangkan umurku utk menemui Ramadhan ini tahun. Toni •Kurma - Sunnah Nabi SAW. Ikut sahaja perkara baik. Sains dah buktikan. Diri sendiri boleh rasakan. Jangan terlalu fikirkan pasal makanan dalam bulan Ramadhan. Cuba lupakan kebiasaan kita tu. Selamat berpuasa. Selamat datang Ramadhan
Posted by: hussain Jusoh <chehussain@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (4) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment