Sunday, July 13, 2014

RG2011... Berapa Ramai Polis Perlu Mati Utk Kerajaan Bertindak - Ada SPY Kata Najib.

 

Berapa Ramai Polis Perlu Mati Utk Kerajaan Bertindak - Ada SPY Kata Najib.

Sapa tengok TV3 tadi? Sapa yang tengok pasti tahu apa yang Najib ulas dalam berita berkenaan kejadian di Sabah pada semalam. Kejadian berlaku di Pulau Mabul. Kat mana? Semporna juga beb.

Tadi masa tv3 tunjuk keadaan pusat peranginan tu aku dapati memang tak aneh penceroboh boleh bolos dengan mudah kat kawasan macam tu. Terbuka. Lapang. Atas laut resort tu. Sesiapa saja boleh masuk ikut laluan air atau darat jika dia turun kat kawasan berhampiran andaikata kawalan keselamatan perairan kita lemah.Betul aku taknak salahkan pegawai2 polis marin yang berpangkat rendah dan biasa. Dorang neh sebenarnya mangsa keadaan orang atasan dan ahli politik. Sama je macam aku dan kau.

Kematian anggota marin semalam adalah satu tamparan kepada kita sebenarnya. KENAPA?1. Penceroboh ataupun kumpulan penculik itu sudah tidak takut lagi walaupun lawan mereka kali ini adalah polis sekalipun.

2. Demi mencapai tujuan mereka, tergamak mereka bunuh anggota keselamatan kita. Mereka dah tak pandang nyawa rakyat kita bernilai.

3. Berani pula tu mereka menculik salah seorang anggota keselamatan kita. Nampaknya mereka memperlecehkan pertahanan negara kita itu sebab mereka berani mencari pasal dengan anggota keselamatan negara kita. Bukan mereka tatau mana2 insiden yang membabitkan pasukan keselamatan sudah pasti menjadi focus kepada agensi keselamatan atas nama menjaga reputasi. Apa la erti agensi keselamatan kalau keselamatan anggota masing2 pun mereka gagal pertahankan ini kan pula keselamatan orang awam. Bagi membendung perselsi rakyat maka sudah tentu agensi keselamatan akan extra kerja bagi mengembalikan semula anggota yang hilang. Nampaknya kumpulan penculik tu sikit pun tak rasa takut. Betul tak?


4. Ingat tak dulu ada satu dokumen yang tersebar berkaitan rancangan penculikan berskala besar oleh kumpulan penculik Abu Sayyaf dan lain2? Aku ada tulis kat sini dulu. Tapi aku on mobile so susah sket nak paste link try korang google tapi jangan lupa masukkan perkataan amenoworld.net sebab url blog aku dah berubah akibat ubah domain haritu. Apa yang aku nak sampaikan ialah, jika dokumen dari agensi kerajaan itu benar maka memang terbuktilah dengan apa yang berlaku sekarang. Penculikkan demi penculikkan berlaku dalam beberapa bulan lepas hingga menyebabkan salah seorang anggota kita maut terkorban. Sepatutnya. Kita sudah rancangan mereka. Kita patut lebih bersedia untuk menghadapi mereka. Tapi kenapa kita gagal? Inila perkara yang perlu kita kaji bersama.Sebenarnya. Bercakap soal keselamatan di Sabah, rakyat Sabah sudah lali. Cuba kau berkawan dengan orang2 Sabah sendiri. Tanyala dorang apa jek yang dorang tak lalui.- Ancaman kebajiran PATI dan PADI. Kalau jenis yang baik2 dorang tak kisah. Ini sampai ada yang bergroup2 siap buat perangai otai kat negara orang. Cuba ko fikir. Bila report polis, sesetengah kes ada pula bekap besar dari pihak2 tertentu. So rakyat Sabah bagaimana? Kena telan kot walaupun rasa tak selamat.- Ancaman IC palsu. Ini masalah besar sebab kebanjiran warga asing dengan IC palsu memberikan saingan kepada orang Sabah dalam peluang pekerjaan. Cuba ko fikir. Dengan tipu kelayakan. Dan tipu warganegara. Warga asing ini mendapat kerja kerana di anggap warga tempatan sehingga warga tempatan sebenar dinafikan haknya. Yang mohon BRIM ada tak? Yang beli rumah? Yang buat account bank? Korang masih ingat ini hal kecik? Rakyat Sabah dah tak terkata dah.Dan menteri kita si Zahid neh taknak terima hakikat walaupun Najib sendiri dah sahkan anggapan kita. Apa yang Najib ulas di berita?Lebih kurang begini gambarannya ;

1. ESSCOM lemah. Keselamatan perairan kita mudah dibolosi. Maka kerajaan akan ambil alternatif untuk memperbaiki aspek2 yang lemah dan pertingkatkan lagi tahap kawalan keselamatan perairan di Sabah.

2. Kumpulan penculik sangat pakar dan berstrategik. Mereka mampu melepasi tahap keselamatan kita melalui jalan air dan darat dengan mudah.

3. Ini adalah kelemahan dari pihak kita kerana gagal kesan kehadiran mereka.

4. Segala rahsia pertahanan dan keselamatan kita pun dalam kawalan dan pengetahuan mereka. Ada yang menjadi pengintip bagi kumpulan itu.Nampak? Nampak?Aku sokong Najib kali ini. Macam tak percaya pula dia sanggup mengatakan yang benar berbanding sebelum2 ini asyik nak menafi aje. Bagus. Di satu sisi kita sedar dan terima hakikat kita lemah dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan pelancong di Sabah. Lebih cepat kita sedar diri maka lebih mudah kita cari solusi untuk perbaiki kelemahan2 yang ada.Aku rasa apa yang berlaku di Lahad Datu belum cukup mampu untuk mengajar pemimpin2 kita bahawa aspek keselamatan di Sabah perlu dipertingkatkan atas sebab itula kejadian ini berulang lagi di Semporna. Bila ada anggota yang mati baru la kelam kabut. Tak kesian langsung pada nyawa2 yang jadi taruhan. Pelancong pun takut nak datang Sabah.

Aku rasa rakyat tempatan lagi2 takut sebab di sini la mereka tinggal. Kurang2 pelancong boleh elakkan diri dari melawat Sabah. Rakyat tempatan pula bagaimana? Mana mereka nak lari inikan negara mereka?Aku mahu kerajaan bertindak pantas dan tegas bagi membendung perkara ini. Berapa ramai lagi yang perlu mati sehingga kerajaan benar2 sedar bahawa anggota2 kita bukan sahaja perlu menjalani latihan yang teliti bahkan perlu dilengkapi dengan peralatan yang canggih bagi membantu mereka menjalankan tugas2 keselamatan dalam negara? Semalam. Anak seseorang. Ayah seseorang. Suami seseorang. Rakan seseorang telah mati. Dan telah diculik. Adakah kita akan membiarkan perkara ini berterusan? Lakukan sesuatu. Atau mungkin penculik2 itu patut menculik menteri2 kita maka barula menteri2 kita nak sedar akan realiti yang berlaku di Sabah? Lue fikirlah sendiri.Kbai.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment