Sunday, July 13, 2014

RG2011... Fw: Akhirnya Majlis Professor Negara bersuara

 



Akhirnya Majlis Professor Negara bersuara…"UM tidak konsisten dalam kes….". Syabas!

telokbakong.blogspot
http://drdzul.com
 
Gesaan banyak pihak termasuk diri ini, tempuh hari ini atas isu pemecatan Prof Redzuan akhirnya mendapat respons dari Majlis Professor Negara. Meskipun tindakan untuk MPN itu menyatakan pendirian mereka pada awal ia dipandang sinis oleh pelbagai pihak, akhirnya ia membuahkan natijah yang baik.

Satu peringatan untuk MPN, seandainya badan dan wadah ini tidak dapat mempertahankan wibawa serta kebebasan intelektual dan 'academic freedom' universiti-universiti awam kita, maka yakinlah bahawa negara ini sudah sampai ke kemuncak 'kesempurnaan' kereputan dan kepincangannya.

Kelkalkan Intelektualisme dan Kembalikan Tata-Kelola yang Baik serta Banteras Segala Campurtangan Penguasa Politik Yang Sempit (Political Bigotry), bagi Meningkatkan Pencapaian Univerisiti Negara ini!

Sekali lagi, Syabas dan Tahniah MPN!

 

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGANALISIS DAN PENGARANG RENCANA (TMI)

Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari UKM berpendapat UM tidak patut memecat Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, tetapi membenarkan beliau bertugas sehingga bersara tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Julai, 2014.

Tindakan Universiti Malaya menamatkan khidmat Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) disifatkan sebagai tidak konsisten dengan amalannya sebelum ini.

Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari UKM berpendapat UM tidak patut memecat Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, tetapi membenarkan beliau bertugas sehingga bersara tahun depan.

Pada beliau, tindakan yang lebih terhormat dan berhemah di pihak berkewajipan adalah untuk beliau meneruskan tugasnya sehingga beliau bersara.

"Saya ada alasan dan bukti yang menjadi asas pandangan saya (pandangan berasaskan bukti)," kata Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada The Malaysian Insider.

Prof Shamsul Amri mengulas tindakan UM memecat Prof Redzuan dari jawatan Pengarah UMcedel pada 31 Mac 2014 lalu sedangkan tempoh lantikannya tamat hujung tahun ini, iaitu 31 Disember 2014, dan beliau akan bersara tahun depan apabila umurnya masuk 60 tahun.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan pemecatan ini akibat tekanan daripada Putrajaya terhadap UM ekoran kajian yang dibuat oleh UMcedel tidak disenangi mereka kerana memihak kepada pembangkang.

Bekas Naib Canselor UM, Profesor Tan Sri Ghauth Jasmon mengesahkan beliau turut dimarah oleh orang politik Putrajaya kerana UMcedel, namun beliau mempertahankannya atas alasan kebebasan akademik yang perlu dipertahankan oleh UM.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Saifuddin Abdullah juga membuat dakwaan yang sama, bahawa terdapat pihak-pihak dari Putrajaya menekan UM agar mengambil tindakan ke atas Redzuan.

Menurut Prof Shamsul Amri, beliau pernah sebagai calon Sarjana Sastera (1973-1976) di Fakulti Sastra dan Sains Sosial, Universiti Malaya, diselia oleh Profesor Syed Husin Ali (kini YB Senator) yang ditahan di bawah ISA selama enam tahun (1974-1980) di Kem Kemunting, Perak.

"Saya menyelesaikan tesis sarjana saya dan kemudian dianugerahkan ijazah Sarjana Sastera (1976) semasa beliau masih dalam tahanan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Apabila Syed Husin dibebaskan dan kembali bertugas di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM sebagai Ketua Jabatan.

Jawatan ini dipegangnya sehingga bersara, kata Prof Shamsul Amri.

Ketika itu, katanya, semua pihak tahu bahawa Syed Husin adalah pemegang kad keahlian Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

"Apakah Prof Redzuan jauh lebih besar dan lebih 'berbahaya' daripada Syed Husin kepada Universiti Malaya sehingga tidak dilanjutkan khidmatnya, setidak-tidaknya sehingga beliau pencen?

"Kontradiksi ini yang menimbulkan tanda tanya kepada saya," tegas Prof Shamsul Amri.

Bagi beliau, kes Prof Redzuan ini bukan soal kebebasan akademik tetapi lebih kepada tidak konsistennya kepimpinan UM dalam menangani isu berbau politik: "Dahulu ok, sekarang tidak ok? Kenapa?"

Bagi beliau, kalau mahu bincang soal 'kebebasan akademik' mesti ditimbulkan soal Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kerana pindaan Auku dilakukan hanya berkait dengan pelajar dalam politik.

"Soal tenaga akademik dalam politik tidak dipinda atau diubah, malah tidak disebut langsung. Ini pun akibat Auku juga," katanya. – 10 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/um-tidak-konsisten-dalam-kes-prof-redzuan-kata-rakan-profesor-dari-ukm#sthash.uiEET5jd.dpuf

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment