Sunday, July 13, 2014

RG2011... Keutamaan doa dan istighfar di bulan Ramadhan

 

 

Keutamaan doa dan istighfar di bulan Ramadhan

Post under , di Ahad, Julai 13, 2014 Dicatat oleh Naim Qlate




http://4.bp.blogspot.com/-TH3zenqU2-M/T6Zxl_RgFzI/AAAAAAAAAe8/lUolLMHje0g/s1600/292134_421488981208453_312629068761112_1465376_1214203027_n.jpg

DALAM al-Quran mengenai ibadat puasa di bulan Ramadan antaranya terkandung ayat yang secara khusus membicarakan mengenai perihal berdoa. Di dalamnya Allah SWT perintahkan orang beriman untuk berdoa kepada-Nya.

Allah SWT berjanji untuk mengabulkan doa asalkan memenuhi syarat-syaratnya iaitu; Memohon hanya kepada Allah SWT bukan selain-Nya, memenuhi segala perintah-Nya dan seterusnya, beriman kepada Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa mengabulkkan permohonan dan menetapkan takdir segalanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (al-Baqarah: 186)

Bulan Ramadan merupakan bulan di mana orang beriman mempunyai kesempatan begitu luas untuk berdoa kepada Allah SWT. Waktu-waktu mustajab (saat doa dimakbulkan Allah) terdapat dalam beberapa situasi, khusus sepanjang Ramadan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak. Pertama, orang yang berpuasa hingga ia berbuka. Kedua, imam yang adil dan ketiga, doa orang yang dizalimi." (riwayat Tirmizi)

Dalam hal berdoa orang berpuasa dibandingkan dengan pemimpin yang adil dan orang dizalimi. Doa orang berpuasa mustajab. Didengar, tidak ditolak Allah SWT, bahkan dimakbulkan, insya-Allah.

Setiap orang yang faham maksud hadis ini sangat gembira menyambut Ramadan. Justeru, ini bererti selama sebulan ia berpuasa peluang doanya dimakbulkan Allah SWT sangatlah luas.

Lebih-lebih lagi, saat menjelang berbuka puasa ketika menanti tibanya azan Maghrib. Kita seharusnya memanfaatkan waktu sebaiknya untuk berdoa.

Kesempatan terbaik menjelang berbuka dengan mengajukan berbagai-bagai permohonan kepada Allah SWT. Ini kerana, sebahagian daripada masyarakat kita, lebih suka menghabiskan waktu dengan berbual dan melakukan perkara yang remeh-temeh menjelang Maghrib di bulan Ramadan al-Mubarak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka." (riwayat Ibnu Majah)

Berbuka

Rasulullah SAW membaca doa ketika berbuka yang bermaksud : Jika Nabi Muhammad SAW berbuka, ia berdoa : Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan semoga ganjaran didapatkan, insya-Allah." (riwayat Abu Daud)

Mengapa di dalam doa berbuka Nabi SAW mengatakan : ....dan semoga ganjaran didapatkan, insya-Allah?"

Ini kerana, sesungguhnya yang sangat diharapkan bukan semata-mata kegembiraan pertama sewaktu berbuka di dunia, melainkan yang lebih diharapkan orang beriman ialah kegembiraan kedua iaitu saat bertemu Allah SWT di akhirat kelak. Orang beriman ketika itu bergembira berjumpa Allah SWT kerana ibadat puasanya sewaktu di dunia diterima Allah Yang Esa.

Demikianlah Nabi SAW bersabda yang bermaksud : Bagi orang yang berpuasa terdapat dua kegembiraan. Kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan saat ketika perjumpaannya dengan Allah SWT kerana ibadat puasanya. (riwayat Bukhari)

Hidup manusia di dunia adalah perggantian antara susah dan senang. Maka selama sebulan Ramadan, hendaklah kita membaca yang Nabi SAW biasa membaca ketika menghadapi keadaan susah mahupun menerima kurniaan.

Nabi SAW melazimkan kalimah istighfar sebagaimana maksud hadis berikut : Barang siapa yang tetap melakukan istighfar, maka Allah SWT akan membebaskannya daripada segala kesusahan dan melapangkannya daripada setiap kesempitan serta akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diduganya." (riwayat Abu Daud)

Sedangkan ketika menerima kurniaan atau nikmat, Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca sebagaimana maksud hadis berikut, Setiap orang yang diberi kurnia Allah SWT lalu ia membaca Alhamdulillah maka Allah SWT akan memberikan yang lebih utama daripada apa yang telah ia terima." (riwayat Ibnu Majah)

Mohon ampun

Allah SWT telah memuji para hamba-Nya yang gemar beristighfar, terutama pada waktu-waktu mulia dan istimewa. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Orang-orang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) dan yang memohon ampun di waktu sahur. (Ali-Imran: 17)

Imam Ibnu Kathir berkata tentang kalimah, memohon ampun di waktu sahur menunjukkan keutamaan istighfar di waktu sahur (penghujung malam). Ada pendapat mengatakan, saat Nabi Yaakub a.s berkata kepada anak-anaknya : Pasti aku akan memohon keampunan kepada Tuhanku untuk kamu. (Yusuf : 89). Beliau mengakhiri pelaksanaannya sampai waktu sahur.

Waktu sahur adalah waktu di penghujung malam menjelang Subuh. Keutamaannya tidak didapatkan pada waktu-waktu selainnya.

Kesempurnaan istighfar di waktu ini diawali dengan kegiatan solat malam sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata air-mata air sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). (Az-Zariyaat: 15-18)

PENULIS ialah mantan Pegawai Agama Seranta, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu.

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Jom fikir sebentar …..

Sudahkah anda membuat Upah Haji / Badal Haji untuk ibubapa, datuk nenek, adik beradik, rakan, jiran, kenalan yang telah meninggal dunia atau sedang uzur ?

Tahukah kita? Pada setiap tahun beberapa ramai jemaah yang SEDANG menunggu panggilan Haji TELAH MENINGGAL DUNIA belum sempat menunaikannya?

Jika masih belum tunai rukun islam ke 5. Bagaimana pula amalan mereka di akhirat nanti?

Selama ini mereka sudah berkorban segalanya untuk kita, maka kita sebagai PEWARIS, marilah menolong mereka. Bagaimana?

Buatkanlah UPAH HAJI untuk mereka. Semoga roh mereka terasa ketenangan abadi serta ditempatkan di kalangan orang orang yang telah menyempurnakan ke semua rukun islam, Amin!

Maka kami menawarkan pakej harga yang tidak membebankan pewaris, yang penting urusan ibadah Badal Haji dapat disempurnakan sebaiknya.

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.

Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :


Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
Whatsapp : +6012-777 7190
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___

Posted by: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment