Lepas Kantoi Akhirnya Malaysia Hantar Diplomat Ke NZ Semula Untuk Siasatan.
Kepala hotak Nurul Asyikin on Wednesday, July 2, 2014
Dah kantoi la katakan.
Malu dapat, maki pun dapat. Eh, sendiri yang cari kan?
PADAN LA MUKA.
Sapa suruh cover individu tersebut dari awal. Siap kelentong rakyat lagi. Sekarang kan dah mendapat. Lepas tue terhegeh2 nak hantar ke NZ semula untuk siasatan rapi. Lainkali. Biar aje siasatan dijalankan kat luar negara. Samada dia bersalah atau tidak, biar proses keadilan berjalan. Bukan sorokkan kes. Bukan buat surat minta lepaskan pertuduhan. Bukannya kelentong rakyat.
Tak malu ke bila media NZ kantoikan kenyataan menteri Malaysia? Tak pasal2 satu dunia tahu wooooooooooooooo.......
WAKAKAKA..
Putrajaya hari ini memutuskan untuk menghantar suspek penyerang seks pulang ke New Zealand (NZ) bagi membantu siasatan membabitkan kes rogol dan rompak di Wellington.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra mengatakan Muhammad Rizalman Ismail, 38, akan dihantar ke NZ dengan ditemani pegawai atasan Kementerian Pertahanan (Mindef).
"Kerajaan Malaysia memutuskan menghantar balik Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, bekas Pembantu Staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk membantu siasatan dalam pendakwaan rompakan dan rogol," kata kenyataan Putrajaya hari ini.
Keputusan menghantar tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar NZ, Murray McCully. Menurut kenyataan itu, tindakan menghantar ke NZ itu diharap dapat membantu siasatan ke atas tuduhan yang dihadapi beliau.
Kerajaan Malaysia juga akan menyediakan bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman. -TMI-
Posted by: "Newsforwarder" <3@pendekarblogger.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment