Sunday, July 13, 2014

RG2011... Ramadhan : Nikmat di sebalik cabaran

 

 

Ramadhan : Nikmat di sebalik cabaran

Post under , di Ahad, Julai 13, 2014 Dicatat oleh Naim Qlate




Ramadan datang lagi dan bulan yang mulia ini hanya datang sekali setahun. Setiap individu Muslim mukmin menyambut ketibaannya dengan penuh ghairah dan teruja. Pada bulan ini Allah SWT menawarkan dengan limpah keberkatan dan gandaan pahala bagi setiap kebajikan yang dilakukan oleh sesiapa yang berpuasa dengan sempurna.

Maka untuk menyambut bulan ini pelbagai program telah diatur setiap tahun seperti melantik para hafiz al-Quran untuk membimbing solat tarawih, mengadakan tadarus al-Quran berkelompok, berbuka puasa beramai-ramai, ceramah fadilat Ramadan, qiamullail dan sebagainya.

Segala macam program ini menarik minat jemaah untuk memenuhi ruang masjid dan surau. Mereka yang jarang datang ke masjid dan surau turut hadir menunjukkan komitmen sepanjang sebulan Ramadan. Mungkin itu yang dikatakan tarikan bulan penuh keberkatan dan melembutkan hati sesiapa sahaja yang ikhlas mencari kebajikan dan pahala.

Dengan atur cara yang padat ini,boleh katakan sebagai madrasah terbuka kepada sesiapa yang bersedia untuk mengambil peluang keemasan itu.

Sebenarnya, segala macam program yang diatur ialah sebagai pelengkap untuk mengisi keberkatan dan kemeriahan Ramadan.

Namun secara khususnya, difardukan berpuasa bagi sesiapa mencukupi syarat seperti umur baligh, sihat tubuh badan dan sebagainya. Perkara utama yang dituntut kepada orang berpuasa hendaklah meninggalkan makan minum dan tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Ini bermakna diharamkan kepada kita makan minum di siang hari walaupun ia halal.

Terapi baharu

Secara umumnya, kesan positif puasa seringkali menjadi tumpuan kajian. Para doktor perubatan menjadikannya sebagai amalan kesihatan atau sebagai jalan penyelesaian bagi penyakit-penyakit moden yang sukar diatasi oleh rawatan-rawatan canggih hari ini tanpa memberi kesan sampingan.

Dalam kalangan pengamal perubatan moden menganggap ia merupakan penemuan terapi baharu. Keajaiban puasa ini memaksa Mark Twain seorang doktor yang terkenal mencadangkan supaya rakan pesakitnya agar berpuasa sepanjang 48 jam. Hal ini dijelaskan oleh Henry G. Bieler dalam bukunya, Food Is Your Best Medicine. Namun demikian, sungguhpun puasa itu hebat fungsinya, Islam tidak memberatkan kita seperti cadangan melampau itu.

Dalam Islam, puasa Ramadan setiap tahun melatih penganutnya supaya kesihatan sentiasa terkawal. Perkara ini pernah dibahaskan dalam Kongres Antarabangsa di Casablanca Maghribi pada 1996 bertemakan Kesihatan dan Ramadan. Penemuan kongres ini bersepakat merumuskan bahawa puasa adalah satu mekanisme penuh berpotensi mencegah dan menyembuh pelbagai penyakit.

Nafsu perut

Sebenarnya Imam Al-Ghazali lebih awal menjelaskan hal ini menerusi karya agungnya Ihya 'Ulummiddin. Tegasnya bencana yang paling besar dalam kehidupan manusia ialah nafsu perut. Beliau menyatakan pengambilan berlebihan akan menghilangkan kecergasan serta akan hilang kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya mengundang sikap malas dan melesukan fizikal.

Perspektif al-Ghazali menjawab kesalahan tanggapan umum dengan mengambil makanan banyak ketika lapar akan menambahkan tenaga, terutamanya ketika berbuka. Hal yang sama diingatkan oleh al-Quran supaya pengambilan makanan dan minuman hendaklah tidak melampau. (rujuk al-Araf: 31)

Secara amalinya, Nabi SAW memberi panduan umum ketika menjamu selera iaitu, satu pertiga diisi dengan makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan. Tetapi di bawah tekanan rasa lapar, ramai orang gagal mengatasinya kerana dorongan ingin balas dendam" disebabkan berlapar sepanjang hari.

Ditambah pula, bazar Ramadan menawarkan beraneka juadah makanan, kadang-kala membuatkan hilang pertimbangan kerana desakan perut kosong dan dahaga. Begitu juga hotel dan restoran berlumba-lumba mempromosikan bufet Ramadan.

Ketika berbuka kita disunatkan memakan buah kurma agar memulih kehilangan tenaga melalui gula tulen dan serat buah. Di kala ini, kita hendaklah pastikan juadahnya adalah halal serta selamat, dan tiada pengambilan yang makruh seperti merokok. Malah kebanyakan ulama memfatwakan merokok adalah haram. Kesilapan atau kealpaan kita mengambil makanan atau minuman yang tidak menepati syariah akan merosakkan ibadah puasa sepanjang hari.

Selain itu, Ramadan turut menekankan ketepatan pengurusan masa, termasuklah melewatkan waktu sahur dan berbuka pada awal waktunya. Manakala pada malam hari disunatkan menunaikan sembahyang solat tarawih berjemaah dan membanyakkan membaca al-Quran.

Nikmat cabaran

Sebenarnya kesemua ini adalah nikmat cabaran kepada sesiapa mencari keredaan Allah dan pahala yang berlipat ganda. Mencari limpahan rahmat Lailatulqadar kemuncak cabaran kerana ia berada di penghujung Ramadan disebabkan sudah "keletihan" dan masing-masing sibuk dengan pelbagai persediaan menyambut hari raya.

Budaya berlebihan menyambut hari raya berbanding pengisian Ramadan harus diperbetulkan. Kemeriahan Syawal hanyalah bagi mereka yang berjaya menghidupkan sepenuhnya Ramadan dengan menunaikan segala tawaran daripada Allah SWT. Bukannya mengejar Syawal sehingga terpinggir Ramadan disebabkan segala macam tawaran istimewa dari gedung-gedung perniagaan.
Sekiranya, cabaran puasa hanya menahan lapar dan dahaga, namun generasi awal Islam menghadapinya dalam suasana genting tetapi tetap cemerlang.

Hakikat kecemerlangan ini terbukti dengan kemenangan tentera pimpinan Nabi SAW dalam perang Badar di bulan Ramadan. Kehebatan ini diteruskan di bulan Syawal iaitu dalam perang Ahzab dan Hunain. Sudah tentulah kemenangan mereka disempurnakan dengan kekuatan inteligensia, informasi, mental dan strategi yang cekap.

Amalan berpuasa terutamanya di bulan Ramadan adalah latihan amali yang paling mujarab untuk mengikis penyakit rohani, krisis mental dan penyakit fizikal manusia akibat mengejar nilai kebendaan yang tiada kesudahan. Penyakit moden hari ini boleh dikesan daripada kegagalan mengawal krisis mental dan rohani kerana terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan tersepit di celah-celah krisis kehidupan.

Akibatnya fizikal manusia juga menjadi mangsa melalui pelbagai penyakit yang menimpa. Bagi yang menemui keberkatan bulan Ramadan, puasa akan menjadi modul tetap kehidupan bagi bulan-bulan seterusnya kerana kemampuannya memberi kekuatan, kesihatan pada rohani dan jasmani manusia.

PENULIS ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim.

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Jom fikir sebentar …..

Sudahkah anda membuat Upah Haji / Badal Haji untuk ibubapa, datuk nenek, adik beradik, rakan, jiran, kenalan yang telah meninggal dunia atau sedang uzur ?

Tahukah kita? Pada setiap tahun beberapa ramai jemaah yang SEDANG menunggu panggilan Haji TELAH MENINGGAL DUNIA belum sempat menunaikannya?

Jika masih belum tunai rukun islam ke 5. Bagaimana pula amalan mereka di akhirat nanti?

Selama ini mereka sudah berkorban segalanya untuk kita, maka kita sebagai PEWARIS, marilah menolong mereka. Bagaimana?

Buatkanlah UPAH HAJI untuk mereka. Semoga roh mereka terasa ketenangan abadi serta ditempatkan di kalangan orang orang yang telah menyempurnakan ke semua rukun islam, Amin!

Maka kami menawarkan pakej harga yang tidak membebankan pewaris, yang penting urusan ibadah Badal Haji dapat disempurnakan sebaiknya.

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.

Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :



Mohammad Nakhaie
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES
No. 41, Jalan Siantan 3, Taman Seri Paroi
70400 Seremban. Negeri Sembilan
Whatsapp : +6012-777 7190
No. HP   : +6013-212 7799
Faks      : +606-762 0817
Website :
http://raudhah2u.my/
Weblog  :
http://badalhaji1.blogspot.com/ dan http://badalhaji2u.blogspot.com/
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com


()"" ' ) Naim Qlate : http://www.naimqlate.blogspot.com
( ,'o' )")
(,,)(")(")

Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

__._,_.___

Posted by: Naim Qlate <mohd_naim82@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment