Monday, August 18, 2014

Re: RG2011... Fw: Asus Zenfone dan ZenUI

 

Saya pakai zen4. Kamera depan tak elok, gelap. Tak boleh main game baru. Grafik 3D sangkut. Tak sesuai untuk hardcore gamer. Ingat nak uog4ade ke zen6. Zen4 tu bagi kat bini.

On Aug 19, 2014 7:54 AM, "tok_busu azidusop@gmail.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:
 

Apa komen pengguna yg dah guna hp Asus ni. Menarik dgn harga yg murah. Buatan Taiwan ni.

>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<


Pada 17 Ogos 2014 1:19 PTG, '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com> menulis:
 



 
Asus yang telah mengadakan pelancaran Asus Zenfone khas untuk pasaran Asia Tenggara dilihat berjaya menarik perhatian ramai pengguna serta media yang hadir. Dengan tiga variasi telefon pintar yang menggunakan dua kad sim serta pengenalan teknologi lain seperti PixelMaster, Splendid, ZenUI, Asus dilihat ingin memfokuskan kepada dunia mudah alih. Terdapat sedikit perubahan dari segi spesifikasi dalaman sekiranya dibandingkan dengan model yang kami cuba pada Mobile World Congress yang lepas mungkin untuk menyesuaikannya untuk pasaran Asia Tenggara.

Rekabentuk dan Spesifikasi

Tiga variasi dalam keluarga Zenfone dipanggil Zenfone 4, Zenfone 5, dan Zenfone 6. Selain setiap peranti tersebut mempunyai sedikit kelainan pada spesifikasi, jika dilihat dari segi rekabentuk, nombor tersebut juga memberikan indikasi keatas saiz paparan skrin setiap peranti Zenfone. Selain perbezaan saiz antara setiap peranti, terdapat juga perbezaan cip pemprosesan yang mempengaruhi kesediaan sesetengah fungsi pada telefon tersebut seperti contoh kebolehan kamera PixelMaster dan Glove Touch tidak terdapat pada Zenfone 4.

Secara amnya, kesemua telefon tersebut dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom dengan Hyper-Threading yang dikatakan laju dan tidak menggunakan banyak kuasa bateri, mempunyai dua slot kad sim untuk digunakan serta beroperasi menggunakan Android Jelly Bean dengan paparan antaramuka Zen UI. Asus juga menyatakan sistem operasinya juga boleh dinaiktaraf kepada Android KitKat. Semasa sesi teknikalnya, pihak Asus mengatakan setiap Zenfone juga dilengkapi dengan dua antena dan mempunyai paparan Corning Gorilla Glass 3.

Asus Zenfone 4
Pemproses Intel Atom Z2520 1.2GHz dual-core
RAM 1GB
Storan Dalaman 8GB (+ 5GB Storan Awan Asus Webstorage)
Kamera 5-MP Belakang, Juga terdapat kamera hadapan
Skrin 4 inci 480 x 800 pixel (233 ppi)
Bateri 1200 mAh
Berat 115g

Zenfone 4 sebagai peranti terkecil dan mempunyai spesifikasi terendah dalam keluarga Zenfone merupakan satu peranti mampu milik. Ini berikutan harganya (RM299) yang rendah namun mempunyai pelbagai fungsi yang turut wujud pada telefon kelas pertengahan. Ia juga turut mampu untuk merakam video 30FPS pada resolusi 1080p dan dari percubaan kami menggunakannya, ia agak responsif. Apapun kamera pada Zenfone 4 tidak mempunyai kebolehan PixelMaster oleh kerana kapasiti bateri yang rendah dan juga cip pemprosesan yang cukup untuk tujuan asas penggunaan telefon pintar. Ia didatangkan dalam 5 pilihan warna dengan warna khas Sky Blue dan Solar Yellow.

Asus Zenfone 5
Pemproses Intel Atom Multicore Z2560 1.6GHz Hyper-Threading
RAM 1GB
Storan Dalaman 8GB (+ 5GB Storan Awan Asus Webstorage)
Kamera 8-MP Belakang PixelMaster + LED Flash, 2MP Depan
Skrin 5 inci 1280 x 720 pixel IPS HD (294 ppi)
Bateri 2050 mAh
Berat 145g

Zenfone 5 sebagai peranti pertengahan dalam keluarga Zenfone membawakan spesifikasi yang menghampiri telefon premium. Dengan cip Intel Atom Multicore 1.6Ghz, ia membawakan pemprosesan yang lebih laju dan turut mempunyai fungsi kamera 8MP PixelMaster. Ia hadir dengan 5 pilihan warna dan turut menyertakan warna khas Champagne Gold dan Mystic Purple.

Asus Zenfone 6
Pemproses Intel Atom Multicore Z2580 2.0GHz Hyper-Threading
RAM 1GB / 2GB
Storan Dalaman 8/16 GB
Kamera 13-MP Belakang + LED Flash, 2MP Depan
Skrin 6 inci 1280 x 720 pixel
Bateri 3300 mAh
Berat 196g

Sekiranya anda inginkan Zenfone pada spesifikasi tertinggi, Zenfone 6 adalah telefon dalam keluarga siri ini. Ia mempunyai 2GB RAM berbanding Zenfone 5 dan menggunakan Intel Atom Multicore 2.0Ghz. Kamera PixelMaster pada Zenfone 6 menggunakan sensor sebesar 13MP. Kuasa baterinya juga agak tinggi iaitu 3230mAh dan didatangkan dengan 4 pilihan warna.

Selain pengumuman dan demonstrasi berkenaan peranti Zenfone, turut disediakan adalah sesi teknikal yang memperkenalkan lebih banyak maklumat teknikal berkenaan peranti ini.

Kamera PixelMaster

Salah satu keupayaan peranti Zenfone adalah kamera PixelMaster yang terdapat pada Zenfone 5 dan Zenfone 6. Kamera ini yang mempunyai aperture F/2.0 turut menyertakan lensa 5-elemen, sejenis lensa yang digunakan pada lensa kamera iPhone. Melalui kebolehan ini juga kamera tersebut mampu merakam gambar sehingga 400% lebih terang menggunakan Low Light Mode dan ia ditunjukkan melalui eksperimen dalam bilik gelap.

Kamera PixelMaster juga mempunyai banyak fungsi lain dan salah satunya adalah Time Rewind yang boleh merakam sehingga 2 saat sebelum video tersebut mula dirakamkan. Ia juga akan merakamkan 1 saat selepas butang kamera dilepaskan. Dengan aperture F/2.0, ia juga mampu merakam gambar dengan nilai Depth of Field yang bagus serta membolehkan fungsi Miniature Mode mereka berfungsi. Sekiranya anda seorang yang sukakan gambar Tilt-and-Shift, maka pilihan fungsi PixelMaster ini akan menarik minat anda.

Asus SonicMaster

Sekiranya anda seorang yang menitikberatkan kualiti audio, fungsi Asus SonicMaster memberikan kualiti audio yang lebih baik untuk lagu yang anda dengari. Aplikasi ini juga mempunyai pelbagai pilihan mod yang boleh disesuaikan dengan pengguna.

Asus Open Cloud

Aplikasi Open Cloud menyertakan integrasi dengan storan awan yang lain iaitu Asus Webstorage, Google Drive, Dropbox, OneDrive dan Asus Home Cloud. Sekiranya anda seorang yang menitikberatkan kapasiti storan, dengan setiap Zenfone Asus akan menyediakan ruang storan Asus Webstorage sebesar 5GB yang percuma sepanjang hayat.

Asus ZenUI

Salah satu perkara yang diberikan fokus utama adalah paparan antaramuka ZenUI yang turut membawakan banyak integrasi dan fungsi yang praktikal. Paparan ini tampak lain dan sangat elegan. Salah satu fungsi adalah Record Call yang membolehkan pengguna merakam panggilan telefon yang diinginkan. Battery Saving Mode juga mempunyai 3 pilihan dan boleh menjimatkan kuasa bateri untuk kekal beroperasi lebih lama.

Antara yang kami sukai dengan ZenUI adalah aplikasi What's Next dan Do It Later. Aplikasi What's Next akan memaparkan maklumat penting dalam aktiviti seharian dalam bentuk jalur masa. Ia juga boleh dipaparkan pada paparan Homescreen dan juga Lockscreen jadi ia membantu pengguna untuk menjengah jadual mereka secara pantas.

Aplikasi Do It Later merupakan satu bentuk aplikasi peringatan namun apa yang lebih menarik adalah integrasi tersebut turut membolehkan pengguna membuat peringatan pada aplikasi yang lain. Seperti contoh, peringatan tersebut boleh dilakukan untuk menonton video di YouTube dan melayari laman web tertentu.

Harga

Peranti ini akan dijual di Malaysia pada penghujung April 2014 dengan variasi harga untuk Zenfone 4 (RM299), Zenfone 5 (RM599), dan Zenfone 6 (RM899).

Assalam semua..di hari yang indah ni.nak tanya warga carigold..berbaloi x ambik asus zenfone 6? dari segi performance..kamera..speed..screen saiz..bateri..internal rom..berbaloi ke dgn harga dia?saya jenis yg pentingkan speed dan screen.di bawah ni detail spec phone ni.harga market RM899 siap screen protector dan flip cover.budget saya bawah RM1000.

Platform
Android 4.3 (Jelly Bean)*

Color
Charcoal Black/Pearl White/Cherry Red/Champagne Gold

Dimensions Phone:
166.9 x 84.3 x 9.9 mm (LxWxH)

Weight
Phone:
196 g

CPU
Intel® Atom™ Z2580 ( 2.0 GHz )

Memory
2 GB LPDDR2 RAM

Storage
16GB/32GB eMMC Flash
5GB free lifetime ASUS WebStorage

Memory Slot
MicroSD card (up to 64 GB)

Connectivity Technology
WLAN 802.11 b/g/n
Bluetooth V4.0+EDR +A2DP
Dual Micro SIM card **

Network Standard
UMTS/WCDMA
DC-HSPA+ UL:5.76 Mbps/DL:42 Mbps
3G :
UMTS :
850/900/1900/2100
2G :
EDGE/GPRS/GSM : 850/900/1800/1900,

Display Phone:
6inches, HD 1280x720, IPS with Capacitive
Multi touch panel

Battery Phone:
3300 mAh Lithium
Standby Time
398 hours(3G)
Talk Time
28 hours(3G)

Camera Phone:
Front 2 Mega-Pixel
Rear 13 Mega-Pixel, PixelMaster

Video
Video Playback :
MPEG4 up to 1080p
Video Recording :
MPEG4
H.264
H.264 1080p Video Encode and Decode @ 30fps
Ogg
3GP
Audio Slot
3.5mm
Audio
MP3/3GP/AAC/AAC+

Browser
Google Browser/IE Browser

E-Mail
Google Mail/Exchange/POP3

Sensor
E-Compass/Gyroscope/Proximity

Note
*Android JellyBean 4.3 ( will update to 4.4 KitKat ) with ASUS ZenUI.
**Varies by region.


__._,_.___

Posted by: wanyusri wanchik <wanyusri84@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment