Wednesday, August 6, 2014

Re: RG2011... Fw: Nak Boikot Barangan Israel rujuk Jemaah Menteri..

 

tak perlu lah makan kat situ....itu dah salah guna premis orang lain.......menceroboh premis orang tu dah salah lah pulak...macam Israel ke tak?

2014-08-05 23:34 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 



 

Bukan cakap kosong!! Lelaki ini boikot McD tahap brutal

telokbakong.blogspot.
gigitankerengga.blogspot

Tranungkite

Seorang lelaki mengambil langkah unik memboikot produk berkaitan Israel apabila muncul di restoran McDonald bersama dengan Nasi Kerabu bungkus dan teh ais.

Tindakan beliau mendapat pujian ramai pengguna media sosial. Namun, lokasi dan identiti lelaki tersebut tidak pula dinyatakan dalam foto itu.
 
 
 

BAGAIMANA McDONALD'S MALAYSIA BODOHKAN RAKYAT

 
telokbakong.blogspot.
biaqpila.blogspot
Oleh: biaqpila hensem

Bagaimana McDonald's Malaysia Memperbodohkan Rakyat Malaysia



Masuk 3 Syawal, tiba-tiba McDonald's Malaysia bersuara melalui Berita Harian. Ahli Lembaga Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's Malaysia, Wan Mohd Zam Wan Embong tampil memberikan kenyataan. Mungkin mereka sudah 'panas punggung' atas boikot yang berlarutan.

Membaca sepintas lalu artikel tersebut, beliau dilihat cuba menggambarkan McDonald's Malaysia sebagai syarikat tempatan, mempunyai banyak kepentingan Melayu dan orang Islam yang hanya membayar 5 peratus royalti kepada McDonald's Corporation.

Tapi adakah benar gambaran yang dibawa oleh beliau? Mari kita semak fakta melalui dokumen maklumat syarikat Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yang dibeli dari SSM. Kita juga lihat maklumat dari laman web rasmi mereka di www.mcdonalds.com.my terutamanya notis di halaman ini.
Banyak restoran McDonald's milik penuh rakyat Malaysia
Kita tidak perlu pergi jauh pun - ada baiknya kita semak kebenaran fakta dalam headline atau tajuk artikel ini. Mengikut laman web rasmi mereka terdapat 242 outlet McDonald's Malaysia. Berapa banyak yang dikatakan banyak? 30 peratus? 40 peratus? Sekiranya 30 peratus harus ada 72 outlet, sekiranya 40 peratus harus ada 96 outlet.

Petikan dari notis di laman web mereka
Sebanyak 67 restoran kami dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam.
Jumlah outlet berdasarkan maklumat di laman web rasmi mereka: 242

Hanya 67 outlet, jadi bila dikira peratusan outlet francais yang dimiliki rakyat Malaysia: 67 / 242 x 100% = 27.68%

Adakah 27.68% outlet dikira banyak? Apa yang pasti bukan majoriti. McDonald's Malaysia memiliki bakinya dan memiliki majoriti outlet.

Berapa banyak pula kepentingan Melayu?

Peratusan outlet francais yang dimiliki Melayu: (50% x 67) / 242 x 100% = 13.84%

Dengan hanya 13.84% outlet dimiliki oleh orang Melayu memang jauh panggang dari api hendak mengatakan McDonalds Malaysia adalah syarikat Melayu. Bukannya 50% outlet dimiliki orang Melayu!

Ahli lembaga pengarah yang seramai 10 orang pula hanya ada 2 orang pengarah Melayu!

Wan Mohd Zam berkata, hubungan antara McDonald's Malaysia dan McDonald's Corporation adalah atas dasar hubungan komersial yang mana pihaknya membayar royalti sebanyak lima peratus di atas hasil jualan.
Adakah hubungan McDonald's Malaysia dan McDonald's Corporation setakat membayar royalti sahaja?

Semakan di SSM menunjukkan Golden Arches Restaturant Sdn. Bhd. mempunyai 20 juta saham biasa. Siapa pula pemiliknya?


McDonald's Corporation bukan setakat menerima royalti malah mempunyai saham majoriti dalam Golden Arches Restaurant's Sdn Bhd (McDonald's Malaysia).

Tiada entiti Malaysia yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.

Tiada entiti Melayu yang mempunyai pegangan saham secara langsung dalam McDonald's Malaysia.

Melayu sekadar majoriti pekerja dan minoriti pemilik outlet McDonald's Malaysia.

Tajuk artikel pun sudah memberi gambaran salah. Sejauh mana lagi McDonald's Malaysia mahu memperbodohkan rakyat Malaysia?

firdausariff
 
  • uraidah Kadirun · Top Commenter · U-M
    melayu majority 'pemakan' mc D..tetapi kenapa kita tiada restoren makanan segera sendiri?? begitu berhasil sekali penjajahan barat, hingga kita "serasi" sekali dengan burger dan kentang goreng mereka hingga merasa cucur kodok, cucur badak , kueh keria ketayap dan cucue bawang kita tiada standard..hingga makanan ruji kita nasi dan lauk pauk pun ada org melayu sendiri tidak makan, kononn berlemak, berkanji, berminyak dan sebagainya...dan makanlah kita steak, ayam goreng dan kentang putar...bila ajak boikot org kita sendiri yg bantah..
    • Yang Puteh · Top Commenter
      Subhanallah....pendedahan terbaikk bro teruskan dedah sampai dia rebah...Allahuakbar3
      • Mutiara Dewata · Top Commenter · Jakarta, Indonesia
        mimpiiii lau korang nak rebahkan israel....sebelum korang boleh rebahkan israel korang duluan lupusss....ini reality...korang tengok ape bende yg ade kat dunia ni memang sah hasil fikir dan teknologi orang israel....korang tak nak makan mcd ...masih banyak orang lain yg makan...setakat duit korang 100ringgit tak kan buat mc d bengkrapppp...
    •  
       
       

      Hanya Di Malaysia Kalau Nak Boikot Barangan Israel rujuk Jemaah Menteri..

      telokbakong.blogspot.
      kachipemas.blogspot.
      Posted by
       

       
      comments:
       
      Anonymous said...

      ni la namanya..... dah terang lagi nak suluh2...
      apa yg keraajaan takur sgt dgn israel ni???

       
      Anonymous said...

      Tolong bagi plan nk pegi umah dia..aku nak boikot mc.dee anak beranak..nk kena tanya dia dulu boleh ke x....

       
      Anonymous said...

      Inilah bahananya bila dah duduk celah kangkang zionis/yahudi.
      Orang tua-tua dah berpesan, jangan termakan nasi kangkang, burok padahnya. Rupa-rupanya duduk celah kangkang lebih teruk dari termakan nasi kangkang...

       

      ISU NAK BOIKOT PRODUK ISRAEL ... MACAI-MACAI UMNO JANGAN NAK CAKAP KENCANG LEBIH SANGAT!!!!

      omakkau.blogspot
      Posted by
       

      Perkara ini kalau DSAI yang bersuara agak-agaknya apa yang akan media arus perdana lakukan??????

      Tuduh DSAI bermacam-macam dengan kaitkan dirinya dengan Israel tetapi nak ajak rakyat boikot produk Israel digesa rujuk terlebih dahulu dengan menteri UMNO/BN .. tidak boleh buat sebarangan.

      Lagi mau ajak rakyat boikot produk Israel?????



      Kota Bharu: Malaysia perlu merujuk kepada jemaah menteri sebelum membuat sebarang kenyataan atau keputusan untuk menolak serta memboikot penggunaan produk atau barangan yang dikeluarkan Israel.

      Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata perkara itu memerlukan penelitian serta perbincangan secara terperinci dan kerajaan kini sedang memperhalusi setiap aspek sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia akan memberi kesan pada masa depan.
      "Kita tidak nafikan ada syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini menggunakan komponen dihasilkan oleh Israel dan mereka juga mengeksport produk ke negara berkenaan.
       
       

      Panas: McDonalds Mula Rasa Bahang "Boikot" Di Kuantan !

      telokbakong.blogspot.
      pahangdaily.blogspot.
       

      Gambar yang dipaparkan ini adalah senario terkini restoran makanan segera McDonalds di Komplek Membeli Belah Megamall, Kuantan sekitar jam 1.00 tengahari semalam (3 Ogos 2014). Foto didedahkan oleh seorang sahabat yang dimuat naik ke laman facebooknya. Apa yang dipaparkan jelas menunjukkan bahawa orang ramai terutamanya umat Islam di Kuantan kini mula memboikot McDonalds yang dipercayai menjadi salah sebuah syarikat yang menjadi penyumbang terbesar kepada Israel. Melihat kepada foto-foto ini, maka kemungkinan besar McDonalds bakal "terlingkup" jika kempen boikot ini diteruskan. Senario ini sungguh luar biasa, kerana mana mungkin di hari minggu ketika orang ramai berpusu-pusu keluar ke bandar tiba-tiba pelanggan McDonalds seperti ini.

      Apapun, syabas kepada warga Kuantan atas keprihatinan anda. Bagaimana dengan sahabat-sahabat di tempat lain?. Adakah anda juga prihatin dengan nasib umat Islam di Palestin?. Maka, teruskan memboikot, kerana ini saja cara untuk  mengajar mereka. #sumber

      Komen 

       
      Anonymous said...

      Good Job Muslim Kuantan. Jgn bermusim teruskan boikot juang hingga kepupusan bangsa yahudi dimuka bumi

      Anonymous said...

      betul ke mcd memberi sumbangan pada israel! ada bukti tak?

      Anonymous said...

      Ada bukti ke takde bukti ke tak kisahlah. Dah terang-terang ni company Amerika. Sikit sebanyak mesti dia bayar royalti/commission/ keuntungan pada pejabat induk mereka di Amerika. Dan Amerika dah sah sah membela Israel. So secara direct atau indirect memang duit MC D pergi Israel. Saya sekarang ni jangan kata MC D. Apa apa barangan cap Amerika saya tak beli dah.

      -RSM-

      Anonymous said...

      Adakah Mc D sahaja produk mereka... kita wajib boikot semua termasuk movie2 mereka yg untung beratus juta dgn sbb kita sbg penyumbangnya.... Kerajaan block semua sekali bkn stkt block dgn ayat je...

      Anonymous said...

      Block juga starbuck, burger king, nestle, perfume, make-up & sewaktu dgnnyaa...

      Anonymous said...

      boikot semua yg bernama US Israel. anda tidak akan mati krn tdk mkn mcd dll product mrk. aku lbh senang mkn nasi kerabu nasi ulam nasi ayam kuih2 tempatan. kasi maju bisness makcik kita kasi jahanam bisness US Israel

      Anonymous said...

      patutlah payah no nak terima hudud... byk no telan coke & pepsi..
      byk mentekedarah mc d & kfc...
      ubah la sblm terlambat...

       

      Menteri Kabinet Britain Letak Jawatan Kerana Gaza.. Menteri Malaysia Ada Berani?

      bloglist-malaysia.blogspot
      Posted by Jeebond BLM
       


      London: Menteri Kabinet Britain, Baroness Warsi, telah mengumumkan peletakan jawatannya daripada kerajaan berikutan polisi Britain ke atas Gaza.

      "Dengan rasa penuh kesal, saya telah menyerahkan surat perletakan jawatan saya kepada Perdana Menteri. Saya tidak boleh lagi terima polisi kerajaan ke atas Gaza," kata Warsi di laman Twitternya. 

      Warsi merupakan wanita pertama Islam yang memegang jawatan itu sama sekali tidak bersetuju dengan polisi Britain menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri. 

      Warsi menyandang jawatan Menteri Kanan di Pejabat Luar dan Komanwel serta Menteri Keagamaan dan Komuniti di Jabatan Komuniti dan Kerajaan Tempatan.

      Dia juga sebelum ini merupakan Pengerusi Parti Konservatif setelah menyertai Kabinet pada 2010.

      Datuk Bandar London, Boris Johnson berkata, khabar perletakan jawatan itu sangat menyedihkan dan berharap Warsi dapat mempertimbangkan semula keputusannya dan kembali bertugas di dalam kerajaan semula. 

      Warsi sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di Leeds University, kemudian bekerja untuk Crown Prosecution Service sebelum menubuhkan firma guamannya sendiri. - Agensi

       


      __._,_.___

      Posted by: Judge <hairulndt@gmail.com>
      Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)

      Did you know?
      Learn all about using photos in your Groups

      " Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

      " Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

      " Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

      " Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

      " Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

      Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
      Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


      .

      __,_._,___

      No comments:

      Post a Comment