Wednesday, August 13, 2014

RG2011... Fw: 10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok

 



10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok

gigitankerengga.blogspot
ezlaila.com
 

Walaupun pada hakikatnya merokok adalah satu perbuatan yang telah difatwakan HARAM, tapi masih ramai perokok-perokok tegar yang tidak dapat menerima ketetapan yang telah dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 ini.

Anda boleh merujuk mengenai fatwa ini berdasarkan artikel bertajuk Merokok Dari Pandangan Islam yang boleh didapati dari laman web Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

Saya percaya jauh di sudut hati sesetengah daripada mereka mengharapkan diberi kekuatan untuk berhenti merokok tapi apakan daya, tewas kerana tak tertahan dek perasaan ketagih terhadap nikotin yang cukup kuat mengawal 99% otak si perokok supaya merokok dan terus merokok buat selama-lamanya.
Lihatlah poster di atas, pelbagai penyakit merbahaya akibat merokok.
Ianya tidak mustahil boleh berlaku pada anda atau orang yang anda sayangi.
 
Lihatlah poster di atas, setiap sedutan membawa masuk pelbagai jenis racun masuk
ke dalam paru-paru anda dan seterusnya merosakkan sel-sel dan organ tubuh anda.

Fuhh tak rasa ngeri ker apabila anda melihat kedua-dua poster di atas ini.

Ok sekarang bagaimana pula dengan statistik orang yang mati akibat penyakit berkaitan merokok di Malaysia di bawah ini.
Keratan akhbar di atas bukti menunjukkan amalan merokok boleh menyebabkan kematian.

Ya, memang diakui untuk berhenti merokok bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan keazaman yang tinggi disusuli dengan strategi-strategi tertentu untuk menjayakannya.

Jadi dalam entri kali ini, hasil daripada pengkajian, saya nak kongsikan dengan pembaca 10 strategi tak terkalah yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok:
  1. Lengah-lengahkan
    Dalam banyak-banyak perkara yang kita suka lengahkan, apakata anda lengah-lengahkan untuk merokok. Ini lengah yang berfaedah. Kalau terasa nak pekena satu batang lagi rokok, cuba lengahkannya 10 minit. Cubalah untuk buat-buat sibuk dengan kerja lain seperti pi minum kopi dulu ker, pi tolong isteri sidai baju dulu ker atau apa-apa sahaja yang boleh mengalihkan perhatian anda pada merokok. Cuba ulangi cara ini selalu setiap kali terasa nak merokok.
  2. Jangan terpedaya dengan idea "Cukuplah sebatang"
    Jangan dilayan atau terpedaya dengan "Cukuplah sebatang". Kalau dah terfikir dan berkeinginan nak berhenti merokok, tak payahlah dihisap langsung walaupun sebatang. Ini kerana dengan sebatang rokok itulah ia akan melarat menjadi berbatang-batang rokok sehingga habis sekotak!
  3. Kenal pasti punca merokok
    Cuba fikirkan apakah punca yang menyebabkan anda berkeinginan untuk merokok. Adakah sebab stress? sebab nak sama standard seperti kawan-kawan? sebab melepak ramai-ramai dengan kawan yang kaki merokok? Lepas dah kenal pasti tu, cuba hindari perkara-perkara itu, contohnya seperti elakkan berkumpul bersama rakan-rakan yang kaki merokok atau kalau sebab stress uruskan stress dengan cara yang betul.
  4. Bersenam
    Cara ini antara cara yang paling berkesan untuk mengelak daripada merokok. Cuba lakukan sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap hari. Dan sekiranya anda tak sempat sebab berada di pejabat, cuba lakukan senaman ringan seperti push-up atau berlari-lari anak ataupun naik tangga. Selain itu anda juga boleh perbanyakkan amalan solat sunat dan membaca Al-Quran. Dan mintalah dengan cara berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk tidak merokok.
  5. Atasi Stress dengan Menenangkan Diri / Relax
    Stress adalah antara punca utama merokok. Jadi, untuk mengatasi stress, cubalah bertenang, ambil air wuduk dan bersolat sunat. Setiap kali rasa stress juga, anda boleh guna teknik pernafasan dengan cara: Tarik nafas tahan selama 4 saat kemudian hembus nafas keluar selama 8 saat. Ulanginya sehingga anda rasa relax.
  6. Libatkan ahli keluarga dan rakan-rakan
    Nyatakan hasrat anda untuk berhenti merokok pada ahli keluarga atau rakan rapat anda. Sekiranya anda terasa nak merokok lagi, cuba beritahu mereka hasrat anda yang hendak berhenti merokok lagi, InsyaAllah mereka akan menyokong anda dan akan mengingatkan pada anda niat anda itu. Paling baik, beritahu pada isteri kesayangan anda. Sudah pasti isteri anda akan sokong niat anda itu 200%. Tak caya, try!
  7. Senaraikan Kebaikan Jika Anda Tidak Merokok
    Cuba senaraikan pelbagai jenis kebaikan buat anda dan ahli keluarga anda sekiranya anda berjaya berhenti merokok. Contohnya seperti isteri semakin sayang, isteri dan anak-anak akan lebih sihat kerana tidak terdedah dengan asap rokok, nafas anda tidak lagi berbau busuk, dapat mengelakkan pembaziran wang, dan yang paling utama anda akan lebih sihat dan bertenaga dengan tidak merokok. Buatkan senarai dan sebutkan agar keazaman anda untuk berhenti merokok sentiasa kuat dan kental.
  8. Rajin-rajin online
    Perbanyakkan membaca kisah-kisah inspirasi mereka yang sudah berjaya berhenti merokok. Ambil pengajaran daripada mereka dan pelajari apakah strategi-strategi yang mereka gunakan untuk berhenti merokok. Zaman sekarang nie tak susah nak cari info, segalanya dihujung jari sahaja. Google jer, pasti jumpa.
  9. Mengunyah
    Kalau terasa nak merokok, mengunyah adalah cara berhenti merokok yang paling sempoi. Anda boleh cari makanan yang menyihatkan yang boleh dikunyah, contohnya seperti kacang atau biskut. Nak kunyah chewing gum atau gula-gula getah pun boleh juga, tapi pastikan yang kurang manis.
  10. Guna Alat Bantuan Yang Terbukti Berkesan
    Sekarang ini ada pelbagai produk di pasaran yang dicipta untuk membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Contohnya sepeti nikotin tablet, nikotin patches dan nikotin chewing gum yang boleh mengurangkan ketagihan melampau ke atas nikotin rokok. Untuk lebih efektif lagi saya mencadangkan anda untuk mencuba Vivix yang merupakan tonik yang terbukti berkesan dalam membantu sesiapa sahaja untuk berhenti merokok walau setegar mana pun perokok berkenaan.
Ok, saya berharap agar entri mengenai 10 strategi tak terkalah untuk berhenti merokok ini akan dapat membantu anda untuk berhenti merokok.

Sekiranya anda masih belum bersedia untuk berhenti merokok, fikirkanlah pula mengenai orang yang anda sayangi.

Adakah anda sanggup melihat mereka mendapat masalah kesihatan akibat menghidu asap rokok anda?

Dan paling teruk sekali sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit akibat merokok, bagaimana pula nasib isteri dan anak-anak anda yang masih bergantung sepenuhnya kepada anda?

Buat si isteri atau si anak yang mahu melihat orang tersayang seperti suami atau bapa berhenti merokok buat selama-lamanya, apakata anda belikan untuk mereka Vivix, biar mereka rasai sendiri perbezaannya dan seterusnya berjaya berhenti merokok secara semulajadi tanpa sebarang paksaan yang menyeksakan.

Cubalah sedaya upaya untuk berhenti merokok kerana merokok hukumnya adalah haram.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya." (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Kredit: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/koleksi-hadis-hadis-pendek.html#ixzz36xiuuE2Z

Akhir kata saya doakan anda berjaya dalam usaha anda untuk berhenti merokok dan janganlah sesekali berputus asa, kerana Allah amat benci kepada hambaNya yang berputus asa.

Wasalam

Salam Sayang.....Laila
 
  1. mungkin ada perokok tegar ambil keberkatan bulan ramadhan ni untuk berhenti merokok.

    1. Ya, semoga dengan kehadiran bulan Ramadan yang barokah dapat membantu usaha mereka yang berhajat berhenti merokok buat selama-lamanya.

  2. memang tak terkalah strategi nih. hehe

    1. Terima kasih Mr, Titan, hopefully bermanfaat untuk semua :)

  3. merokok bahaya tak datangkan apa manfata pun heee

    1. Betul tu Suri, takda faedah sikit pun, malah memumdaratkan orang lain yang duduk berhampiran dengan perokok.

  4. kalau saya pilih berjimat dari buat asap dapat penyakit anak isteri terkena uh.kesian mereka tak bersalah pun dalam hal ini

    1. Memang amat malang dan menyedihkan kalau anak2 dan isteri mendapat penyakit akibat sikap suami yang kuat merokok.

  5. Inilah masa terbaik untuk berhenti merokok sebab ia adalah bulan Ramadhan. iaitu bulan keberkatan.

    1. Ya Kamil, Ramadan bulan yang penuh barakah untuk satu penghijrahan ke arah kebaikan.

  6. Saya suka strategi mengunyah.. sebab itu cara yg saya buat untuk berhenti dulu..

    1. Terima kasih Fazrol kerana berkongsi pengalaman ya. Bunyinya macam dah berjaya berhenti merokok sepenuhnya. Tahniah! :)

  7. 2 insan yang paling saya sayang meninggal dunia kerana rokok...benci rokok...

    1. Takziah atas tragedi yang menimpa Eyriqazz, diharap ianya menjadi pengajaran buat semua bahawa merokok adalah satu perbuatan yang sia-sia dan boleh membawa maut. Hopefully Eyriqazz tabah.

  8. semoga azam ramada akan ada cuba untuk berhenti merokok

    1. Bulan Ramadan nie masa terbaik untuk menjinak2kan diri untuk berhenti merokok.

  9. Rokok nyata dan jelas memudaratkan diri sendiri dan org sekeliling.

    Maka wajib bg perokok usahaa utk berhenti merokok. Caranya sudah ada...tinggal utk korbankan keasyikan dunia tu.

    Terbaiklah entry ni!

    P.s - terima kasih singgah blog saye yer...

    1. Betul tu Hafizmd, terima kasih kembali, salam ukhwah ya.

  10. Anonymous

    Sya ingin tahu jika ada cara lain utk membeli Vivix Shaklee selain online atau tidak. Mungkin di pasaran?

  11. Anonymous

    Semoga usahamu ini mdpt keberkatan dari Allah... :) Aku mmg perokok tegar... aku dh cuba2 segala cara ... plg lama boleh btahan 2 bln jew... mesti dptkn vivix... ikhtiar terakhirku... InsyaAllah...

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment