Saturday, August 16, 2014

RG2011... Fw: Apa salahnya Khalid kekal sebagai MB Selangor

 



Apa salahnya Abdul Khalid kekal sebagai MB Selangor

 

selatanonline.net

Posted by ahmadi

 

Persoalan utama dalam agenda terancang untuk menukarkan Menteri Besar Selangor bukanlah 'layakkah Dr. Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor?' kerana persoalan itu adalah perkara kedua. Persoalan utama adalah 'Apa Salahnya Abdul Khalid Kekal Sebagai Menteri Besar Selangor?'.

Benarlah kata pepatah 'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Kini, apabila tiba masa hendak menukar MB Selangor, pelbagai dalih dicipta dan dijadikan alasan oleh politikus-politikus picisan. Dari sebesar-besar isu rampasan kitab bible oleh JAIS, hinggahlah ke isu-isu umum seperti jalan berlubang, pengurusan sampah dan kebersihan di Selangor. 

     Kalau mengikut logik politikus-politikus picisan yang merencana 'Langkah Kajang', semua Menteri Besar dan Ketua Menteri setiap negeri di dalam Malaysia ini perlu ditukar kerana negeri mana yang tiada jalan berlubang dan yang tiada masalah kebersihan langsung? Dari Perlis hinggalah ke Sabah, isu tersebut adalah bersifat umum dan menjadi cabaran kepada setiap Kerajaan Negeri dan PBT.

Inilah taraf pemikiran para politikus picisan sebenarnya dan asalnya bijak, tetapi oleh sebab terlalu terdesak untuk menyokong rampasan kuasa, bijak sudah bertukar menjadi jumud. Zaman membangkang dari longkang sudah berlalu, kini bukan sahaja jangan membangkang dari longkang malah menyokong juga janganlah menyokong dari longkang.

 Kejayaan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bukan satu berita baru. Bahkan ianya diiktiraf secara tidak langsung oleh Barisan Nasional (BN) sendiri apabila salah satu daripada manifesto BN Selangor pada PRU13 adalah meneruskan pemberian air percuma yang menjadi salah satu program MES.

    Kekayaan negeri Selangor kini tidak datang dengan bergolek. Ianya memerlukan disiplin pengurusan yang cekap dan berintegriti. Jika tidak mana mungkin Selangor mampu mencatat bajet berimbang dari 2009 sehingga 2013 dan meningkatkan rezab Kerajaan Negeri Selangor sehingga hampir RM3 bilion?

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Abdul Khalid dan barisan Exconya telah mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara atas pentadbiran dan pengurusan kewangan yang cekap.

Tidak cukup dengan itu, pada April 2014 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri telah memuji pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Abdul Khalid. Jika DYMM Sultan Selangor sendiri mengiktiraf dan memuji pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, mengapa para politikus picisan yang tidak berkaitan malah tidak disebut peranan mereka di dalam Undang-Undang Tubuh Selangor bersungguh-sungguh untuk menukarkan Abdul Khalid?

Pentadbiran Abdul Khalid dan barisan Exco juga sentiasa mengiktiraf penjawat awam Selangor apabila mengumumkan bonus raya yang lebih tinggi berbanding penjawab awam Persekutuan sendiri.

    Ini menunjukkan kemampuan dan keampuhan ekonomi Selangor sekaligus membuktikan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' bukanlah sekadar slogan apabila hasil limpahan ekonomi Selangor dipulangkan kepada rakyat Selangor.--selangorkini

  • Said

Kemelut ini berlaku sebab orang-orang yang kononnya cerdik berpolitik ini rasa mereka sangat bagus. Mereka ingat politik itu mesti pandai 'pusing' , pandai cakap dan banyak belok. Kalaupun TSKI itu tidak sempurna itu adalah sifat kejadian manusia. Kenapa mereka yang kononnya pandai sangat berpolitik dan mentadbir itu tidak berkongsi idea dan membantu TSKI. Isu integriti kononnya yang menyebabkan mereka ingin TSKI turun dari menjadi menteri besar. Isu dalaman selesaikanlah secara berhemah bukan memalukan. Sedangkan menutup aib orang itu adalah tuntutan Islam. Apa beza PKR dengan UMNO? Orang sendiri pun sanggup dimalukan sebegitu. 

 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment