Thursday, August 7, 2014

RG2011... Fw: Cabaran Getir Yang Dilalui Saudara Baru Islam

 



Khairiri Tukar Haluan Dari Seorang Maknyah kepada Seorang Pendakwah

greenboc.blogspot.


Dulu Nyah Kini Daie

PERNAH dihina sejak kecil hanya kerana memiliki naluri wanita mendorong Mohd Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk meneruskan kehidupan dalam dunia mak nyah.

Lebih malang, dia pernah diperdagangkan sebagai pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun.

Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18 tahun lalu. Kini bergelar guru, Khairiri mengisi masanya dengan aktiviti kemasyarakatan. Hasrat hatinya cuma satu, iaitu menjadi daie untuk menarik golongan mak nyah kembali ke pangkal jalan.

Bagi Khariri, perubahan yang dilakukan memerlukan kekuatan dalaman dan motivasi yang kuat.

"Apa yang penting kita perlu mempunyai niat untuk berubah. Pedulikan kata-kata orang kerana yang penting Allah tahu niat kita untuk berubah," katanya kepada mStar Online di Sekolah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Wajah Erin ketika bergelar mak nyah. Dia sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk kekal cantik.

Mengakui punca utama terjebak dalam budaya songsang ini kerana ceteknya pendidikan agama serta kesempitan hidup, dia bagaimanapun tidak mahu ianya terus membelenggu dirinya, sebaliknya bangkit untuk membawa perubahan.

"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Namun saya akui apabila sudah ke universiti rakan sebaya turut mempengaruhi kita untuk lebih mengenali dunia mak nyah ini.

"Di sana saya mula berjinak-jinak dan mengambil suntikan hormon dalam usaha merealisasikan impian menjadi wanita yang cantik dan bersaing dengan rakan-rakan mak nyah yang lain," katanya mengimbas semula kisah silamnya itu.

Selepas beberapa kali dikecewakan oleh 'teman lelaki' yang sering mengambil kesempatan sebagai pemuas nafsu, Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Erin akhirnya nekad untuk meninggalkan kehidupannya yang penuh dengan kemaksiatan itu.

"Sebenarnya pernah tiga empat kali saya cuba keluar daripada dunia mak nyah, namun kerana tak sanggup ubah penampilan diri dan potong rambut, saya kembali semula ke lorong.

"Akhirnya saya nekad untuk berubah sebab saya fikir sampai bila nak jadi begini. Saya hendak pengakhiran hidup yang baik. Saya mula fikir soal kematian dan saya hendak mati dalam keadaan yang bersih dan tidak mencurigakan," katanya.

Selepas berhijrah anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui bukan mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah.

"Saya harap perubahan kali terakhir ini akan kekal sampai bila-bila. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha kepada kerja-kerja amal. Cita-cita saya untuk menjadi daie mendekati golongan mak nyah ini supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang tersebut.

"Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang tidak pergi ke sekolah agama dan mereka yang mempunyai masalah keluarga. Di sini mereka diajar mengenai ilmu fardhu Ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang hanya mengenakan bayaran serendah RM10.

Selepas berhijrah ke hidup yang lebih berpijak di bumi nyata, anak kelahiran Chemor, Perak ini mengakui ia bukan sesuatu yang mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan yang cuba mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah.

"Saya harap perubahan kali terakhir ini akan kekal. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha amal, seiring cita-cita saya untuk menjadi daie bagi mendekati golongan mak nyah supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang.

"Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan Darul Modahish. Di sini saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang ke sekolah agama dan dari keluarga bermasalah.

"Mereka akan diajar ilmu fardhu ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang mengenakan bayaran serendah RM10 sahaja.

Kegigihan Khairiri mendapat perhatian Guru Besar SK Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, Hamidi Shariff apabila beliau bertindak untuk tidak mendiskriminasikan golongan transgender, walaupun terkejut ketika kali pertama bertemu Khairiri.

"Saya pernah tanya dia (Khairiri) sama ada dia ini perempuan atau lelaki. Kalau lelaki saya mahu dia berpakaian seperti seorang lelaki," katanya yang terkejut apabila Khairiri memakai baju kebaya pada majlis menyambut kedatangannya sebagai Pengetua SK Kampung Idaman yang baharu pada 2010.

Hamidi berkata, dia sering menasihatkan guru-guru di sekolah tersebut agar melayan dia seperti seorang lelaki dan menyimpan hasrat untuk melihat Khairiri mendirikan rumah tangga bagi melengkapkan hidupnya.

"Di sekolah ini tidak ada seorang pun guru yang kena marah. Saya lebih suka mendengar dan memberi nasihat, itulah pendekatan yang saya gunakan kepada semua guru-guru di sini," katanya kepada mStar Online di pejabatnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada cakap-cakap belakang yang mengatakan saya meberi 'muka' kepada Khairiri apabila saya beri peluang kepada dia mencuba bidang teater dan kesenian yang diminatinya.

"Kata-kata itu tidak benar, kerana semua guru boleh buat apa sahaja aktiviti yang mereka minat. Saya tidak pernah menghalang. Yang penting, pelajarnya tidak terabai. Dia pun sering membuat kelas tambahan percuma kepada pelajar-pelajar yang tidak ketinggalan," katanya. -mstar

comments:

Amuraria said...

alhamdulillah

Anonymous said...

Syukur telah kembali ke pgkl jln

Anonymous said...

bagus niat khairiri ni, tp lebih baik belajar dulu sblm mengajar. semoga success dgn azam beliau.

Anonymous said...

Dulu masa muda nada TGHH lantang, tapi makin tua dah jadi terbalik pula, UMNO nak jadi karib pula

 

Cabaran Getir Yang Dilalui Oleh 3 Orang Saudara Baru Islam

greenboc.blogspot.


Dibuang keluarga kerana peluk Islam

SERDANG - Hati siapa yang tidak kecewa apabila kehendak diri mendapat tentangan hebat oleh keluarga, hati siapa yang tidak ralat apabila keputusan yang dibuat menyebabkan diri dibuang keluarga.

Demikianlah perasaan yang dialami oleh sesetengah golongan saudara baharu yang ditinggal, dibuang dan diabaikan keluarga kandung apabila buat keputusan untuk memeluk Islam.

Seorang aktivis dan ahli kumpulan nasyid Safiya, Nuraian T Abdullah yang telah 15 tahun menjadikan Islam sebagai agamanya, terpaksa menempuh kenyataan dibuang keluarga kandung sebaik dia memaklumkan telah memeluk Islam.

Bagi wanita yang berasal dari Sabah ini, bukan mudah untuk berhadapan dengan dugaan sebegitu hebat, apatah lagi dengan diri masih baru dalam mengenal Islam.

"Pada mulanya memang ia agak sukar dan sangat mencabar bagi saya, saya dibuang keluarga dan dihalau dari rumah. Kemudian saya berpindah ke Kuala Lumpur, cuba belajar hidup sendiri dan berdikari," katanya kepada Sinar Harian Online.

Gentar dengan kehidupan baharunya, Nurain yang juga merupakan bekas penyanyi kelab malam berkata, dia merupakan insan yang cukup bertuah kerana ALLAH membantu mempertemukan dirinya dengan rakan-rakan yang mampu memberikan bimbingan agama dan akidah yang lebih mendalam.

"Alhamdulillah saya ditemukan dengan kawan-kawan yang baik, mereka bawa saya pergi belajar dan mendalami ilmu agama sedikit demi sedikit. Dari situlah bermulanya dakwah saya sebagai seorang umat Islam kepada keluarga saya.

"Cabaran yang paling perit bagi saya ialah raasa kehilangan yang terpaksa dipendam, pada waktu itu saya berasa terpinggir. Tiada siapa yang tampil untuk membantu dan menyokong saya, namun saya telah menemui seorang rakan yang telah membantu saya sehingga kini," katanya lagi.

Walau terpaksa hidup keseorangan, Nurain menguatkan azam untuk mendekatkan diri kepada keluarga sehari demi sehari selama 10 tahun lamanya.

Walaupun saban hari menempuh kegagalan, keluarga Nurain akhirnya menerima wanita itu semula ke pangkuan keluarganya.

Bahkan dengan sedikit ilmu agama yang dipelajari, Nurain cuba membimbing keluarganya ke jalan Islam dan sehingga kini, Nurain telah berjaya menarik 10 ahli keluarga untuk memeluk Islam.

Berbeza dengan situasi yang menghimpit seorang saudara baru Islam, Yelizaveta yang kini telah memeluk Islam genap dua tahun menjelang Oktober ini.

Dikenali dengan nama Islamnya, Nawar, gadis yang berasal dari Kazakhstan itu memilih Islam sebagai jalan hidupnya kerana baginya, kehidupan sebagai seorang muslimah lebih menenangkan.

Menurut Nawar, pertengkaran mengenai akidah Islam yang diamalkan membuatkan ibunya semakin kecewa terhadapnya.

Pernah terjadi, ibunya bertindak diluar jangkaan dengan memaksanya untuk menanggalkan hijab hanya kerana berang dek ketegasan Nawar yang tidak mahu meninggalkan Islam.

Wanita berusia 27 tahun memilih untuk berhijrah dan tinggal di Malaysia selepas dihalau oleh ibunya yang tidak dapat menerima pengIslamannya.

Nawar yang kini bekerja sebagai seorang jurubahasa di perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Walau terbiar jauh dan hidup tanpa keluarga di perantauan, dia mengakui selesa dan menemui kebebasan untuk menjalani hidup sebagai seorang Muslim di negara ini.

"Saya menghadapi kesukaran untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah di negara saya, ada sesetengah syarikat tidak menerima pekerja yang memakai hijab. Kami sukar untuk bekerja di syarikat swasta, hanya mampu buka perniagaan kecil-kecilan untuk menyara kehidupan. Malah ada sesetengah syarikat tidak mempunyai surau untuk mengerjakan ibadah," katanya.

Berbeza pula dengan Malaysia, kemudahan untuk menunaikan solat dan ibadah ada di mana-mana.

"Keluarga saya tidak menganut mana-mana agama, sebab itulah emak tidak dapat menerima kenyataan pengislaman saya. Dia menangis dan bersedih sebaik sahaja dia mendapat tahu saya memeluk Islam. Mereka menentang saya dan agama saya (Islam).

"Mereka menentang semua yang berkaitan dengan keagamaan, mereka percaya bahawa ia tidak penting bagi semua orang untuk menganut mana-mana agama. Bagi mereka, adalah lebih baik jika saya jadi diri sendiri dan letakkan kepercayaan kepada diri sendiri. Sebab itulah emak masih terkejut dengan kenyataan ini," katanya.

Lain pula dengan kemelut yang melanda bagi Mimi Than Siew Mei yang baharu sahaja memeluk agama Islam April lalu.

Remaja berumur 18 tahun itu mengakui telah mendalami ilmu agama Islam sejak setahun lalu dan tekad memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga.

Menyedari tentangan dari keluarga yang bakal dihadapinya, Mimi mengambil keputusan untuk berterus –terang tentang pengislamannya menerusi video yang dirakamkan oleh Sinar TV.

"Keluarga saya berada di Ipoh, Perak, ayah berbangsa Cina manakala emak pula Orang Asli, mereka tidak tahu bahawa saya sudah memeluk Islam dan kembali ke jalan yang benar, jadi saya ingin mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadan ini untuk mengistiharkan pengIslaman saya pada keluarga.

"Sebenarnya saya takut untuk berdepan dan berterus- terang dengan keluarga kerana saya tahu keluarga sememangnya tidak suka dan tidak boleh terima kenyataan ini, jadi ini sajalah cara yang paling sesuai bagi saya untuk memberitahu mereka," katanya lagi.

Mimi kini tinggal bersama sebuah keluarga mualaf yang banyak membimbing dan membantunya bagi mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam.
-SH
 

comments:

Anonymous said...

Tabahkan hati dan sabar menghadapi dugaan dari Allah S.W.T. Ada masaalah kewangan? Insyaallah kita yakni saudara seagama akan bantu sekadar mana kita mampu.

Kepada baitulmal @ pusat zakat if lu tak agihkan zakat kepada diaorang jaga kau. We all takkan lepas lu begitu sahaja.

 

Neelofa temui Tok Guru Nik Aziz di Hari Raya.Bertuah Dia.

telokbakong.blogspot.
kachipemas.blogspot

Neelofa temui Tok Guru Nik Aziz di Hari Raya

BERTUAH sungguh Neelofa kerana berpeluang bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini lebih-lebih lagi di Hari Raya. Pasti banyak yang dibicarakan oleh mereka berdua.Penulis suka melihat wajah Neelofa yang begitu tekun mendengar kata-kata Nik Aziz. Semoga ada satu dua ilmu baru yang diterima oleh Neelofa.
Untuk anda yang tidak tahu, Neelofa berasal dari Kelantan. Kalau tak silap orang Pasir Mas. Orang Pasir Mas memang terkenal dengan kecantikannya. Neelofa sememangnya 'natural beauty' dan kejelitaannya semakin terserlah apabila bertudung dan bergaya dengan baju raya. Memang boleh jatuh cinta dibuatnya.
Selamat Hari Raya diucapkan kepada Neelofa dan keluarga. Semoga makin murah rezeki selepas penghijrahan ini.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Did you know?
Learn all about using photos in your Groups

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment