Sunday, August 17, 2014

RG2011... Fw: Kertas siasatan kes pindah dan keluar wang akaun mangsa MH370

 



Kertas siasatan kes pindah dan keluar wang akaun mangsa MH370 siap

kedahlanie.info
 
Kertas siasatan berhubung kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang membabitkan seorang pegawai bank dan suaminya, siap dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata tindakan segera perlu diambil terhadap pasangan suami isteri itu kerana perbuatan yang dilakukan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.

"Sebab itu polis mengambil tindakan segera dan menangkap pegawai bank berkenaan yang membolosi akaun bank. Kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut agar ia menjadi pengajaran kepada mana-mana (pegawai) institusi kewangan untuk tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas hari ini.

Zahid berkata pegawai bank tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian kerana perbuatan itu melanggar etika kerja sebagai individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga akaun pelanggan.

"Pada pendapat saya pihak bank juga perlu bertanggungjawab dalam kes ini dengan membayar pampasan dan tuntutan insurans kepada keluarga mangsa kerana perbuatan itu tidak amanah dan tidak berintegriti," katanya.

Pegawai bank itu ditahan pada Khamis lepas di rumahnya di Ampang kira-kira pukul 4 petang manakala suaminya ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan daripada empat akaun berkenaan. – Bernama, 17 Ogos, 2014.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment