Pengantin bakar bendera dah popular sampai ke Israel..
telokbakong.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot.
Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.
Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul "Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ".
Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.
Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat 'bala bencana' dek kerana perbuatan itu.
Patrick Gleen Hendry yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan".
Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.
Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.
Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.
Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut lapor Sinar Harian
no2ajal ·
lepas bakar bendera jangan mulut pulak berasap rokok
jangan buat malu kawan
jangan buat malu kawan
gaza ·
Jdikn syrat wajib kpd stiap pngantin dimalysia..
Negara Kristian lebih berani daripada negara Islam?
kedahlanie.info
HAMBALI AKRAM.
KETIKA ini, bumi Gaza masih bermandi darah. Ribuan rakyat awam telah terkorban akibat bedilan peluru negara haram Israel.
Pada masa yang sama kita melihat hampir di seluruh dunia mengadakan tunjuk perasaan mengecam tindakan tentera zionis tersebut. Tidak kurang juga yang umat Islam mengadakan solat hajat dan sebagainya di samping pelbagai pihak mengadakan kutipan derma.
Bahkan, kempen boikot produk Israel mula berjalan di sesetengah negara.
Namun, tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang berani bertindak lebih daripada itu.
Sehingga kini, hanya beberapa negara Kristian dari Amerika Latin seperti Chile, Bolivia, Nicaragua, dan Venezuela telah menghalau keluar duta Israel dari negara mereka dan memutuskan hubungan diplomatik.
Sementara Peru, Ecuador, Chile, El Salvador, Costa Rica dan Argentina telah memanggil duta Israel dan ada yang mendesak tentera diundurkan.
Bagaimana pula dengan negara-negara Arab yang berhampiran dengan Gaza? Mereka hanya menjadi pemerhati tanpa hati! Lebih malang, Mesir telah menutup pintu masuk ke Gaza dan tidak memberi apa-apa bantuan serta menghalang orang lain pula.
Sepatutnya negara Arab-Islam malu kepada negara Amerika Latin yang letaknya jauh beribu batu tetapi dengan tegas mengkritik zionis Israel serta menghentikan urusan perdagangan sebagai langkah protes.
Sedangkan pada masa yang sama, negara Arab terus membisu dan menyalurkan minyak kepada Israel dan Amerika Syarikat yang merupakan sekutu dan "godfather" kepada Israel.
Hakikatnya, kritikan, sekatan perdagangan, boikot sukar melemahkan zionis Israel. Yang difahami oleh mereka hanyalah perlawanan senjata dengan senjata, peluru dengan peluru. Oleh sebab itu, zionis Israel amat gerun dengan keupayaan Briged Al-Qassam walaupun hanya bersenjatakan roket bumi ke bumi, senjata ringan dan senjata anti kere kebal. Bayangkan jika tentera Hamas mempunyai artileri! Sudah tentu zionis Israel angkat bendera putih.
Sekurang-kurangnya 17 orang awam terkorban manakala lebih 200 cedera selepas serangan Israel melanda sebuah pasar di Gaza.
Serangan itu dilaporkan telah melemahkan lagi ekonomi Gaza yang berdepan kemusnahan, selain keselamatan penduduk terancam dan tidak terjamin untuk keluar dan membeli makanan.
Pegawai perubatan melaporkan, serangan berkenaan telah memusnahkan pasar yang sibuk di penempatan Shejaiza, minggu ini. Shejaiza terletak antara Gaza dan sempadan Israel. Ada yang menyifatkan serangan tentera zionis kali ini di sekitar kawasan penempatan itu sebagai "pembunuhan beramai-ramai."
Tetapi zionis Israel mendakwa pengeboman mereka di kawasan-kawasan awam adalah sebahagian daripada operasi berterusan bagi menghentikan serangan roket Hamas dan memusnahkan terowong yang dibina Hamas bagi tujuan serangan ke atas Israel.
Namun alasan tentera regim tidak jelas, kerana dilaporkan terowong diguna penduduk Gaza untuk penyeludupan barangan keperluan dan bekalan perubatan dari sempadan.
Sementara itu, menurut sumber tentera regim, lebih 2,600 roket telah dilancarkan dari Gaza sejak tiga minggu lalu. Tentera regim Israel turut mendakwa mereka telah melancarkan beribu-ribu peluru berpandu yang berkuasa tinggi dan bom ke atas Gaza.

__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment