Sunday, August 17, 2014

RG2011... Fw: Sedarlah Bangsaku...Dajjal Mahu Melayu Berpecah Belah

 



Sedarlah Bangsaku...Dajjal Mahu Melayu Berpecah Belah

malaysiaberih.blogspot.
cikgupj.blogspot





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Selawat dan Salam kepada Nabi Junjungan Umat Muhammad S.A.W. Cerita cpj kali ini bersambung kisah Melayu bangsa bertuah di Tanah Air Bermaruah ini.Bukan kerana cpj racist atau perkauman atau asyobiyah, tetapi ini adalah kebenaran dari cacatan sejarah nenek moyang yang benci dan penentang penjajah @dajjal laknatullah turun-temurun. Orang yang mengaku dia Melayu renung-renungkanlah maksud yang tersurat dan tersirat dalam penulisan cpj ini.

Mengikut catatan sejarah nenek-moyangku, Bangsa Melayu lahir di Nusantara dengan lahirnya Pemimpin yang sangat berwibawa dalam masyarakat sehingga seluruh rakyat jelata amat taat setia kepada pemimpin tanpa soal. Apa sahaja kata pemimpin adalah perintah yang wajib dipatuhi tanpa sebarang alasan, bukan kerana masyarakat Melayu bodoh dan malas seperti kata penjajah@dajjal laknatullah tetapi kerana pemimpin dalam kalangan umat Melayu amat berwibawa, tanpa tandingan.

Setelah beberapa lama hidup umpama di dalam syurga dengan segala kemewahan hasil bumi yang kaya raya, pemimpin diangkat menjadi Raja yang akhirnya lahirlah Kesultanan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka yang amat masyhur.Sultan bagi orang Melayu adalah pemerintah yang tidak boleh disanggah, orang Melayu di bawah naungan kekuasaan Sultan yang amat dikagumi dan takuti hidup aman damai penuh kemakmuran. Sehingga di zaman para sahabat, pedagang Islam dari Selatan Tanah Arab seperti Yaman datang berdagang membawa bersama mereka amanah Islam seperti yang diwasiatkan oleh Rasulullah S.A.W.

Seperti yang cpj sebut Sultan Melayu amat hebat dengan kecerdikan akal, keluhuran budi, kegagahan fizikal dengan kemahiran ilmu batin dan pertahanan diri asbab yang menjadi rakyat amat mentaati Sultan. Dengan keperibadian yang luhur itu jugalah menjadi asbab Islam agama Tauhid yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W serasi dan mudah sahaja diterima oleh Sultan Melayu. Ada yang yakin dan percaya bahawa Sultan Melayu adalah waris dari Ishkandar Zulkarnain yang amat masyhur itu. Wallahuaqlam, Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Dengan kehendak Allah terjadi satu peristiwa bersejarah pada waktu itu, yang belum pernah berlaku dalam tamaddun dan peradaban manusia kepada bangsa Melayu yang menjadi pilihan Allah.Belum pernah ada di dalam sejarah dunia mungkin sehingga hari kiamat SATU BANGSA telah menganut SATU AGAMA dengan perintah Sultan yang amat ditaati tanpa pengecualian walaupun seorang! Itulah maksud cpj pada penulisan yang lalu bahawa Melayu dan Islam adalah SINONIM. Tidak berlaku walaupun kepada bangsa Israel atau bangsa Arab sendiri. Maka hiduplah bangsa Melayu semuanya sebagai penganut agama Islam.

Itulah satu anugerah Allah kepada bangsa Melayu yang wajib disedari dan wajib dihargai/disyukuri oleh bangsa Melayu sendiri. Nikmat Islam kepada umat Melayu keseluruhannya adalah nikmat yang tidak terhingga besar nilainya, lebih besar dari nikmat langit dan bumi, nikmat yang tidak diberi kepada bangsa-bangsa lain di bumi walaupun kepada bangsa Arab atau bangsa Israel sendiri, yang mesti dipelihara sehingga satu waktu yang dijanjikan. Namun orang Melayu kena ingat bahawa memang kamu telah Islam, tetapi adakah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji?.

Di Eropah pada waktu itu dihantui oleh kekalahan mereka terhadap Islam, kedengkian dan kebencian mereka terhadap Islam amat menebal, segala kekuatan dikumpul, segala ilmu, kemahiran dan kepakaran Islam di curi dan diciplak, segala strategi halus dirancang untuk melemahkan dan mengalahkan umat Islam. Dengan bantuan dajjal laknatullah, mereka diberi idea bahawa  umat Islam tidak akan boleh dikalahkan selagi mereka berpegang kepada ajaran Al Quran dan As Sunnah Nabi S.A.W. Mula saat itulah sedikit demi sedikit Al Quran longgar daripada dada-dada umat Islam sehingga mereka dilemahkan ibarat buih dilautan.

Dalam pada itu mereka amat terkejut apabila menyedari tiba-tiba ada satu bangsa yang amat taat kepada Sultannya di Timur telah menganut ugama Islam dengan keseluruhan bangsa itu tanpa seorangpun terkecuali. Maka berpusat di Rome mereka mengatur langkah, merancang untuk berusaha memecahbelahkan bangsa ini dengan pelbagai cara supaya jangan pula bangsa ini yang beragama Islam, yang negerinya pula amat kaya dengan hasil bumi dan tanahnya amat subur, serta kedudukannya pula amat strategi, mengalahkan 'kita' diakhir zaman.

Dipendekkan cerita, musuh utama untuk disekat dan kalau boleh dihapuskan sama sekali ialah Islam, tetapi melalui pengalaman, mereka tahu mereka tidak boleh kalahkan Islam, jadi untuk cederakan Islam dan untuk bunuh Islam, pemimpin Melayu@Sultan Melayu mesti di 'TEMBAK', kemudian orang melayu juga mesti 'sembelih', dipecahbelahkan dengan pelbagai kumpulan, pelbagai parti, pelbagai fahaman, pelbagai aqidah, pelbagai pemikiran dan isme. Biar Melayu jauh dari ajaran Al Quran, biar Melayu jangan jadi Melayu tetapi jadi 'bangsa lain', kerana Rosaknya 'Bangsa Melayu maka akan 'Rosaklah dan Terkuburlah' Islam di bumi bertuah ini...

Terlalu banyak strategi dajjal laknatullah secara kasar dan secara halus untuk menghapuskan Islam, renung-renungkanlah...wahai saudara-saudaraku umat Melayu(umat Islam) yang telah berpecah-belah, tidak kira siapalah anda, ingat... kita bukan maksum...kita tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan...muhasabahlah,jangan lagi kita dicucuk hidung, jangan pula sombong, jangan dendam,jangan tamak, jangan ungkit kejahatan saudara kita, bersikap pemaaflah, jujurlah, jangan ditambahkan lagi barah perpecahan yang telah disemai oleh musuh kita, marilah kita bersatu di bawah Payung Islam, Naungan AlQuran...

Harta kita telah dicuri dan dibawa lari...Tanah Air kita telah dibahagi-bahagi...
Maruah kita telah dibeli, dibuli dan dicabuli...
Bangsa dan Keturunan kita dimaki dan dikeji...
Akal kita telah dikotori dan dicemari...
Akhirnya Agama kitalah Islam yang mati...

Tunggu apa lagi...Allahuakbar! Mari kita 'BERSATU HATI'!!!!-Cikgupj@pk


comments:
  1. Anonymous

    Bersatu hati hanya dengan mengikut Al Quran dan Sunnah

    1. Salam tuan...kalau berselisih dan bersalahan, kembalilah kepada AlQuran dan Sunnah, tapi kita buat hal berselisih juga dalam kedua-dua itu...ke mana perginya akhlak dan keikhlasan kita(Melayu@Islam)?

  2. Anonymous

    Dajjal nak hapuskan islam.... hapuskan melayu tak baca plak dalam kitab

    1. Salam tuan...dalam kitab rahsia sulit bukan senang nak dapat baca tuan...

  3. Anonymous

    Allah swt x ciptakan bangsa itu dgn sia2....

    1. Benar tuan, Allah tidak ciptakan barang sesuatu dengan sia-sia, kitalah diberi tanggungjawab mencari rahsianya dengan berpandukan Al Quran

  4. Anonymous

    Melayu dan islam mmg bersatu sejak dahulu lg. Tp politik dtg kemudian pecah belahkan. Politik pecah belah hanya sekitar 60thn. Islam melayu dah beribu tahun usianya. Belajar sejarah agar tahu masa hadapan.

    1. Islam datang sekitar 1440 tahun lalu, Melayu Islam katakanlah sekitar 800 tahun lalu, penjajah@dajal datang sekitar 500 tahun lalu...fikir dan renungkanlah tuan...

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment