Friday, August 8, 2014

RG2011... Fw: Seorang tua berjalan kaki, tangannya ada plastik

 



Seorang tua berjalan kaki, tangannya ada plastik

telokbakong.blogspot.
rojakpasembor.blogspot
Penulis: DR AZMAN IBRAHIM
KITA tidak perlu menjadi seorang yang kaya raya untuk berbuat kebajikan. Kalau kita nak tunggu nak jadi kaya baru berniat nak berbuat kebajikan, saya yakin, semakin kaya seseorang itu, semakin dia kedekut dengan apa yang ada di tangannya.  

Paling mudah, kebajikan bermakna kita memperuntukkan sebahagian dari rezeki kurnian Allah kepada kita untuk membeli pahala di samping kita membeli makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.

Ramai manusia yang tak kedekut untuk memperuntukkan wang yang ada bagi memiliki benda-benda duniawi yang dapat dilihat dan dipegang tetapi amat berkira dalam membelanjakan wang bagi membeli ganjaran Allah yang bernama pahala. Kalaulah pahala itu sesuatu yang dapat dilihat, dipegang dan dihitung, tentu ramai manusia yang berebut-rebut untuk memilikinya. Malangnya kerana pahala tak dapat dilihat dan dirasa walaupun telah dikhabarkan dengan jelas oleh Allah dan Rasul-Nya.
 
Di antara beberapa persoalan yang akan dihadapi seseorang hamba di pengadilan Allah kelak, manusia akan ditanya tentang hartanya. Setiap orang tak akan lepas dari tanggungjawab berkaitan pemilikan hartanya di dunia dahulu saat diadili di hadapan Allah Rabbul Jalil nanti.

Dalam bab ini, orang fakir dan miskin sedikit beruntung. Apa yang dipertanggungjawabkan kepada orang kaya tak dibebankan ke atas mereka yang miskin dan fakir tetapi mereka yang diberikan kelebihan harta akan ditanya tentang tanggungjawab yang telah dilunaskan kepada saudara kita yang kurang bernasib baik.

Bila heboh cerita hal Menteri Wilayah Persekutuan bercadang nak ambil tindakan kepada peminta dan pemberi sedekah demi keindahan Bandaraya Kuala Lumpur, saya merasakan bahawa Menteri yang menjadi ahli parlimen di satu kawasan yang mempunyai bilangan pengundi lebih sedikit dari bilangan pengundi di Dun Jabi ini telah kehilangan suatu nilai sivik yang sangat bernilai.
 
Mungkin bila beliau dah terlalu hanyut dengan kemewahan menyebabkan pandangannya tidak lagi ke bawah. Pemimpin yang hanya memandang ke atas sedangkan mereka sedang memijak rumput di bumi tak akan mampu menyelami denyut nadi masyarakat bawahan. Sebagai pemimpin kita bercakap dengan apa yang lahir dari hati dan naluri. Kalau hati kita menyimpan kesombongan maka nada sombonglah yang akan keluar di lidah.

Tinggalkan Pak Menteri yang angkuh ini. Dia menjadi angkuh kerana pengundi yang mengangkatnya menjadi pemimpin. Kalau beliau sudah tak boleh diperbaiki, terpulanglah kepada pengundi Putrajaya bagaimana bentuk didikan mata pelajaran sivik yang perlu diberikan kepada bangsawan yang bergelar Tengku tersebut.

Tanggungjawab kita yang seterusmya, mari kita sama-sama pakat tengok keliling kita kalau-kalau ada orang miskin, ibu tunggal, orang uzur, anak yatim dan ramai lagi yang perlu disantuni. 

Cubalah usahakan sesuatu untuk menghadirkan keceriaan di wajah mereka di bulan Ramadhan ini walaupun dengan hanya kita menghulur air tebu yang nilainya sekadar RM2 untuk berbuka puasa atau 2 kilo gula yang nilainya hanya RM6.

Bab kebajikan ini kita buat apa yang kita mampu. Cuba kita pergi tanya khabar ke rumah orang yang kerjanya mengambil upah menorah getah di kebun orang, ada tak susu di rumah dia? Kesian melihat anak-anaknya sekadar minum teh O. Hantarlah 2 atau 3 tin susu. 3 tin susu harganya tak sampai pun RM10. Hantarlah satu paket milo yang harganya hanya berbelas ringgit sahaja. Semoga mereka boleh menikmati sedikit dari apa yang kita miliki.

Cuba tengok budak-budak yang mari sembahyang tarawih di masjid, pakai sekadar kopiah buruk yang sudah kusam warnanya. Tak bolehkah kita tolong beli kopiah baru yang harganya RM5 dan bagi sebagai hadiah kepada budak-budak ini?

Saya pernah masuk kampung sekitar pukul 6 petang, tengok ada sorang tua berjalan kaki balik dari kedai runcit. Di tangannya satu plastik. Dalam plastik tersebut terdapat maggie sebungkus dan sebutir telur ayam . Mungkin dia nak balik masak maggie untuk berbuka puasa. Sebab itu bila kita berjalan-jalan, khususnya bulan Ramadhan ini, di dalam bonet kereta perlu standby selalu sedikit barang-barang keperluan harian. Bila terjumpa orang yang memerlukannya, kita boleh bagi.

Kebajikan ini sebenarnya semudah A,B,C... Tetapi kita selalu memikirkan benda yang payah. Sedangkan yang mudah berlambak kita boleh buat. 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment