Thursday, August 14, 2014

RG2011... GANTI MENTERI BESAR BUKAN SEMUDAH TUKAR KETUA KAMPONG

 

GANTI MENTERI BESAR BUKAN SEMUDAH TUKAR KETUA KAMPONG KATA NAIB PRESIDEN
KANAN PAS SALAHUDDIN AYUB.
omakkau.blogspot.
Posted by OMAK KAU!!!


PAS mengambil masa seminggu lagi untuk membuat keputusan berhubung perubahan
dalam jawatan menteri besar Selangor kerana tugas itu bukan semudah menukar
ketua kampung, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, hari ini.

Parti Islam itu dikritik hebat kerana melengahkan keputusannya sama ada Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim patut atau tidak dikekalkan sebagai menteri besar
Selangor walaupun cadangan PKR mengenai pertukarannya dibuat pada 23 Julai
iaitu memutuskan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan
mengambil alih jawatan berkenaan.

"PAS sengaja mengambil lebih masa, bukan sebulan tetapi hanya seminggu untuk
mencapai keputusan berhubung isu mengganti menteri besar Selangor. Kita
bercakap mengenai jawatan menteri besar, kerusi nombor satu dalam
pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita bukan mahu menukar ketua kampung, ini mengenai pertukaran seorang
menteri besar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Wan Azizah hari ini mendedahkan bukti beliau mendapat sokongan 30 Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR, DAP dan PAS untuk mengambil alih
tugas menteri besar tetapi Khalid enggan menerimanya, dan berkata majoriti
perlu diputuskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Persidangan DUN akan datang dijadualkan pada November.


Adun PAS belot akan dikenakan tindakan keras
bloglist-malaysia.blogspot.
mimpi-senja.blogspot
by STONE525i

14 OGOS: PAS Selangor menyifatkan dua Ahli Undangan Negeri (Adun) parti itu
sebagai pemimpin gelojoh dan taksub kerana menyokong `membabi buta' terhadap
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru bagi
menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Susulan itu Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya akan
mengenakan tindakan sewajarnya ke atas Adun PAS Ulu Kelang, Mohd Saari
Sungib dan Adun PAS Morib, Hasnul Baharuddin yang didapati membelakangi
pendirian parti.

Saari, Hasnul diarah tarik balik sokongan terhadap Wan Azizah
Bagaimanapun PAS Selangor memberi tempoh sehingga esok kepada kedua-dua Adun
terbabit segera menarik semula sokongan mereka terhadap Wan Azizah.
"PAS Selangor memberi mereka (Hasnul dan Saari) tempoh 24 jam untuk menarik
balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi tindakan.
"PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan majlis syura ulamak
yang harus kita patuh.
"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan.
Bukankah PAS pusat akan bermesyuarat pada 17hb ini?," katanya di dalam satu
kenyataan yang diedarkan, hari ini.
Terdahulu dua Adun PAS didapati menyertai 28 Adun PKR dan DAP bagi
menyatakan sokongan kepada pendirian PKR yang menamakan Wan Azizah bagi
menggantikan menteri besar sedia ada.
Tindakan Hasnul dan Saari didapati membelakangi parti kerana pimpinan PAS
Pusat belum membuat keputusan berkaitan pertukaran kuasa menteri besar
Selangor.
"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS
Pusat pada 17hb ini. Sebab itu kita kena sabar.
"Saya nasihati kedua Adun ini tarik balik tindakan atau PAS Selangor akan
mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang
dilafazkan sewaktu menjadi calon," tambah beliau lagi.

Beliau juga berkata, PAS Selangor akan bertindak ke atas dasar pengkhianatan
jika mereka enggan menarik balik pendirian esok.


2 pengkhianat party sudaah tampil
bloglist-malaysia.blogspot.
freezoneterengganu.blogspot.
Written By FZT

Posted by FZT


saari sungkit IRC

bukan susah sangat nak kenal pengkhianat dalam party. ALHAMDULILAH DENGAN
KRISIS MB KELUARLAH MUNAFIK DARI PERUT BUMI MADINAH. baguslah kalau begitu.
bukan ke senang. saari sungkit dah nak keluar pas. apakah pkr sudah
menawarkan tempat dalam pkr jika saari sungkit keluar dari pas.
hebatnya nuar abraham. hahhahahha dulu nak beli umno tak dapat akhirnya nuar
abraham beli 2 ekor pengkhianat pas. ini sudah bagus. tok haji misai kontot
sudah lelongkan dirinya. inilah kesan ISA 2 x yang mendalam kepada saari
sungkit dan hasnul baharudin. berapa jumlah harga mereka gamaknya. nuar
abrahm mesti membayar dengan harga berpatutan. inilah contoh contoh anai
anai dalam jemaah.


hasnul baharudin IRC

IRC adalah pengilang ke dua dua manusia ini.keluarlah ramai anai anai dan
bersama anak muda yang dianain anaikan oleh dua orang manusia pengkhianat
ini. inilah pengkhianat pas. dan yang pasti saari sungkit akan menjadi exco
bawah pkr atau menjadi adun bebas sebagaimana adun pkr dan dap diperak. ia
adun bebas dan mesra pkr.

pkr berJAYA MEMBELI DUA PENGKHIANAT PAS. INILAH YANG DITUNGGU SEBENARNYA.
4BILLION MENUNGGU PENGKHIANAT PENGKHIANAT PAS. PKR GAGAL MEMBELI UMNO DAN
AKHIRNYA BERJAYA MEMBELI ADUN PAS.

- See more at:
http://freezoneterengganu.blogspot.com/2014/08/2-pengkhianat-party-sudaah-ta
mpil.html#sthash.P94jtXlV.dpuf
2 pengkhianat party sudaah tampil
Written By FZT on 14 Ogos, 2014 | 9:14 PTG

saari sungkit IRC

bukan susah sangat nak kenal pengkhianat dalam party. ALHAMDULILAH DENGAN
KRISIS MB KELUARLAH MUNAFIK DARI PERUT BUMI MADINAH. baguslah kalau begitu.
bukan ke senang. saari sungkit dah nak keluar pas. apakah pkr sudah
menawarkan tempat dalam pkr jika saari sungkit keluar dari pas. hebatnya
nuar abraham. hahhahahha dulu nak beli umno tak dapat akhirnya nuar abraham
beli 2 ekor pengkhianat pas. ini sudah bagus. tok haji misai kontot sudah
lelongkan dirinya. inilah kesan ISA 2 x yang mendalam kepada saari sungkit
dan hasnul baharudin. berapa jumlah harga mereka gamaknya. nuar abrahm mesti
membayar dengan harga berpatutan. inilah contoh contoh anai anai dalam
jemaah.


hasnul baharudin IRC
IRC adalah pengilang ke dua dua manusia ini.keluarlah ramai anai anai dan
bersama anak muda yang dianain anaikan oleh dua orang manusia pengkhianat
ini. inilah pengkhianat pas. dan yang pasti saari sungkit akan menjadi exco
bawah pkr atau menjadi adun bebas sebagaimana adun pkr dan dap diperak. ia
adun bebas dan mesra pkr. pkr berJAYA MEMBELI DUA PENGKHIANAT PAS. INILAH
YANG DITUNGGU SEBENARNYA. 4BILLION MENUNGGU PENGKHIANAT PENGKHIANAT PAS. PKR
GAGAL MEMBELI UMNO DAN AKHIRNYA BERJAYA MEMBELI ADUN PAS.
0 0 0 64
Posted by FZT
- See more at:
http://freezoneterengganu.blogspot.com/2014/08/2-pengkhianat-party-sudaah-ta
mpil.html#sthash.P94jtXlV.dpuf
2 pengkhianat party sudaah tampil
Written By FZT on 14 Ogos, 2014 | 9:14 PTG

saari sungkit IRC

bukan susah sangat nak kenal pengkhianat dalam party. ALHAMDULILAH DENGAN
KRISIS MB KELUARLAH MUNAFIK DARI PERUT BUMI MADINAH. baguslah kalau begitu.
bukan ke senang. saari sungkit dah nak keluar pas. apakah pkr sudah
menawarkan tempat dalam pkr jika saari sungkit keluar dari pas. hebatnya
nuar abraham. hahhahahha dulu nak beli umno tak dapat akhirnya nuar abraham
beli 2 ekor pengkhianat pas. ini sudah bagus. tok haji misai kontot sudah
lelongkan dirinya. inilah kesan ISA 2 x yang mendalam kepada saari sungkit
dan hasnul baharudin. berapa jumlah harga mereka gamaknya. nuar abrahm mesti
membayar dengan harga berpatutan. inilah contoh contoh anai anai dalam
jemaah.


hasnul baharudin IRC
IRC adalah pengilang ke dua dua manusia ini.keluarlah ramai anai anai dan
bersama anak muda yang dianain anaikan oleh dua orang manusia pengkhianat
ini. inilah pengkhianat pas. dan yang pasti saari sungkit akan menjadi exco
bawah pkr atau menjadi adun bebas sebagaimana adun pkr dan dap diperak. ia
adun bebas dan mesra pkr. pkr berJAYA MEMBELI DUA PENGKHIANAT PAS. INILAH
YANG DITUNGGU SEBENARNYA. 4BILLION MENUNGGU PENGKHIANAT PENGKHIANAT PAS. PKR
GAGAL MEMBELI UMNO DAN AKHIRNYA BERJAYA MEMBELI ADUN PAS.
0 0 0 64
Posted by FZT
- See more at:
http://freezoneterengganu.blogspot.com/2014/08/2-pengkhianat-party-sudaah-ta
mpil.html#sthash.P94jtXlV.dpuf

Krisis Selangor : Biarlah Kita Mati Dalam Jemaah ~ Adun Pas Meru
bloglist-malaysia.blogspot.
malaysiaberih.blogspot
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani meminta
semua rakannya terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat
tindakan bersendirian.

"Apa terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua
Adun PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan
DAP menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri
besar Selangor.

Tindakan mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini
bagi memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan.

Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai
sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti
dalam DUN Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.

Hasnul, Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam.Dr
Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, ntara
perkara pokok kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak
manusia.

"Selain akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak
berjemaah dan bermesyuarat."Segala keputusan majoriti dalam mesyuarat
hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun bercanggah dengan pendapat kita
atau walau kita tidak hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti
menjawab spekulasi Dr Rani juga akan menyertai mereka kerana dia tidak hadir
mesyuarat.

"Saya doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap
tindakan kita," katanya.TMI


OH...PATUTLAH TS KHALID IBRAHIM DIPECAT, INI RUPANYA ALASAN MEREKA
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat




ISU JAWATAN MB SELANGOR .... DATUK SERI WAN AZIZAH MOHON MENGADAP SULTAN
SELANGOR KALI KEDUA.
omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!


SHAH ALAM - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghantar
satu lagi perutusan kepada Sultan Selangor bagi memohon mempersembahkan
sokongan majoriti Adun Selangor yang menyokong pencalonannya sebagai menteri
besar.

Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan bertujuan untuk memohon pandangan
Sultan Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar di
negeri ini.

"Saya mengutus satu surat kepada Sultan Selangor hari ini demi memohon
menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk diperkenan oleh
Baginda.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan Sultan bagi memperkenan
Speaker untuk memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk mencapai
keputusan bagi pertukaran menteri besar di negeri ini," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyeru Adun Selangor yang masih berdiam diri
untuk menyatakan sokongan mereka terhadap pencalonannya sebagai Menteri
Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Pendirian mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang
ditandatangan oleh kesemua 30 Adun. Hanya empat Adun termasuk seorang calon
bebas, 12 Adun Umno dan 13 Adun Pas yang masih tidak menyatakan sokongan
terhadap pencalonan ini secara terbuka," katanya lagi pada sidang media di
Hotel Empire, di sini, hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan
baginda tidak berkenan menerima menghadap Wan Azizah bagi memberi penerangan
dan penjelasan yang telah diputuskan PKR terhadap pemecatan Abdul Khalid dan
juga pencalonannya menggantikan Abdul Khalid.

Ditanya mengenai kesudian PKR terhadap Pas sekiranya jawatan menteri besar
diisi dengan pemimpin Pas, Wan Azizah berkata, jawapan hanya akan diberikan
setelah memperoleh perkenan untuk bertemu dengan Sultan Selangor buat kali
kedua.

"Bagi peluang istana jawab dulu, baru saya boleh jawab," katanya lagi.

__._,_.___

Posted by: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment