Sunday, July 13, 2014

RG2011... Fw: Tegur Syarikat Telco Macam Tahi

 



Bil Cecah RM9,000 Dafi Tegur Syarikat Telco Macam Tahi

telokbakong.blogspot
blog-hangit.blogspot
 
PETALING JAYA: Penyanyi Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, berkata, dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku sejak dua bulan lalu.

"Bayangkan selama ini mereka selalu meminta saya membayar bil tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had yang ditetapkan.
Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak menyekat talian saya pula sehinggakan bila saya melambung ke RM9,000.

"Dah lama saya bengang dengan syarikat telekomunikasi ini. Ada saja masalah mereka. Memandangkan ramai yang mengeluh mengenai perkara sama, saya pun mengambil tindakan untuk meluahkan rasa tidak puasa hati secara umun di laman Instagram," katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Rabu.

Dafi kini sedang bercuti di Perth Australia bersama pengurusnya, Afeeq.

Pada Selasa lalu, Dafi telah meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya mengenai perkhidmatan syarikat telekomunikasi berkenaan yang sering menimbulkan masalah.

Status berkenaan berbunyi: Say no to xxxxxx! Payment nak orang buat on time... service macam taik! Penipu! Help me spread the word! Tell ur friends and family!

Status itu turut membuatkan ramai pengikutnya yang turut mempunyai masalah sama menyokong tindakan dia melakukan luahan itu secara umum.

Sementara itu, ditanya tidakkah dia takut berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak terbabit, kata Dafi, sebagai pengguna dia berhak bersuara sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Buat apa saya nak takut. Sebagai pengguna, saya berhak untuk bersuara. Bukankah pelanggan selalunya betul?" tegasnya.//mstar
 

Celcom Kena Hentam Dengan Artis Di Twitter

greenboc.blogspot


Bil Cecah RM9,000 Dafi Tegur Syarikat Telco Macam Tahi


Punca Sebenar Dafi AF Maki Hamun Celcom, Service Macam Taik Dan Penipu!


Dafi AF nampaknya tidak dapat menahan kemarahannya apabila menerima layanan buruk dari sebuah syarikat telekomunikasi (telco) berhubung isu pembayaran. Tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi marah sangat Dafi nampaknya. Menerusi akaun Twitternya, Dafi menulis "say no to Celcom! payment nak orang buat on time... service macam taik!!!! penipu!!!! help me spread the world!! tell ur friends and family!!! Apa yang mencuri tumpuan Pasalartis, Dafi merupakan salah seorang selebriti yang terpilih oleh telco (atau agensi telco) tersebut untuk menjadi jurucakap ataupun ejen promosi salah satu produk mereka. Jadi jurucakap pun tidak dapat layanan istimewa? Huhu... sabar jelah Dafi.. - Pasalartis
Anonymous said...

maxis pun samer jugak...kaki mentekedarah duit org.....bila kita buat silap...kiter kene....dia org yg buat silap...kita jugak yg kene....hampeh.....

Anonymous said...

MEMANG BETUL...CELCOM MACAM HAWAU..JANGAN GUNAKAN CELCOM...MAKAN DUIT...

Anonymous said...

Kah kah kah..... bukannya bapak dia menteri ka? Haaa ambik kau. Rasa apa yang rakyat rasa....

Anonymous said...

rocky de Langat says: kat Malaysia ni sejak hamper 30 tahun masyarakat dididik nak kutok syarikat buleh, nak saman buleh tapi menang tak buleh sebab polisi pentadbiran dah macam tu; eloknya pengguna (kita suma la) bersatu dan berkorban dalam hal2 konsumerisma bagi ajar sikit syarikat2 nih macam negara2 barat; orait, lepas ni aku tutop akaun dengan celcom.

Amuraria said...

macam gomen nak jaga kroni kot ? banyak sangat komplen tentang telco semua tapi tindakan hampeh ! ABU !

Anonymous said...

Tukar je pd Altel

Anonymous said...

Boikot Celcom, servis memang macam ****?

Anonymous said...

Dah ramai yang kena, tapi Anak emas BN siapa boleh bertindak?

Anonymous said...

Beritahu anak muda dan pelajar sekolah jangan guna Celcom

Anonymous said...

Bila PRU Mereka sebar SMS palsu?

Anonymous said...

Alamak, aku guna Celcom le.
Macam mana ni. Beri sikit ide, step by step ye. Kalau short cut aku tak faham.

Misalnya kalau nak terminate macam mana?
Lepas tu nak tukar ape?
No tel kena tukar ke..macam2 nak tau.
Tolong ye.

Anonymous said...

Memang betul. ...Celcom kaki con Dan kangkalikong punya syarikat cekik Dan hiap Sarah zombi kampong Taik..


__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment