Wednesday, July 2, 2014

RG2011... Fw: Wow ... Pitih datang terbang ...?

 



Bonus Raya Sebulan Gaji Diluluskan

telokbakong.blogspot
rojakpasembor.blogspot
 
Akhirnya Bonus Hari Raya Sebulan Gaji Diluluskan

Maaf.., Bonus untuk kakitangan Kerajaan Selangor, bukan Kerajaan Persekutuan.

Portal Selangor Kini mengumumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor akan memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri. Laporan lanjut menyusul kemudian
.

Wow ... Pitih datang terbang ...?

telokbakong.blogspot
siyasahsyariyah.blogspot

Wow ... Pitih datang terbang ...?
Di Selangor ...!

MB S'gor umum bonus raya sebulan gaji

siyasahsyariyah.blogspot
malaysiakini.com
 
Selangor memutuskan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Aidilfitri akan datang, sementara kerajaan pula mengumumkan bantuan khas RM500.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, mesyuarat exco hari ini bersetuju memperuntukkan RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan itu kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan.

Pemberian bonus itu akan diberikan sebelum Aidilfitri.

"Keputusan pemberian bonus sebulan gaji ini turut dipanjangkan kepada kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anak-anak syarikat kerajaan Negeri.

"Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kemampuan kewangan dan keputusan ahli lembaga pengarah syarikat masing-masing," kata Abdul Khalid kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemberian bonus itu berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lalu.

RM250 untuk pesara

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka, lapor Bernama.

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.
 
 

Penjawat awam terima RM500 sempena Aidilfitri

telokbakong.blogspot
lagiberita.blogspot

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya.
- Bernama

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment