Thursday, July 10, 2014

RG2011... Ibu jaga tiga anak OKU rayu bantuan

 

Ibu jaga tiga anak OKU rayu bantuan
Posted on Thursday, July 10 @ 19:05:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



 "

10 Julai 2014 TAMPIN - Seorang ibu tunggal Mariam Abdul Kadir, 67, merayu individu atau pihak berkenaan membina ruang hadapan rumah demi keselamatan tiga anak orang kurang upaya (OKU). "Buat masa ini, makcik dan Mudzahir tidur di ruang hadapan rumah yang sedikit terbuka dan hanya ditutupi kain langsir pada waktu malam, sementara dua lagi anak mak cik tidur di dalam bilik di dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian, ketika dihubungi, semalam.

"Makcik tidak ada duit untuk bina ruang hadapan ini memandangkan pendapatan makcik hanya bergantung kepada bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pencen arwah suami makcik.

"Jika ruang hadapan itu ditutup dengan binaan simen, makcik rasa lebih selamat sekiranya terpaksa meninggalkan anak makcik di rumah apabila makcik menyertai mana-mana program Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau berjumpa dengan kaunselor," katanya.

Tambah Mariam, sebelum ini dia pernah membuat permohonan kepada wakil rakyat, namun sehingga kini tiada respons positif diterimanya.

'Mereka adalah saham akhirat saya'
25 Jun 2014

TAMPIN – "Anak-anak ini permata hati makcik. Mereka saham akhirat saya..." luah ibu tunggal, Mariam Abdul Kadir, 67.

Empat daripada enam anak Mariam, iaitu Muzalifah, 38; Muhammad Waad (meninggal dunia pada 5 Disember 2010 ketika berusia 29 tahun); Mudzahir, 34; dan Muhammad Fauzi, 29, dikategorikan sebagai OKU lembam.

"Tiga tahun lalu semasa bulan puasa, makcik pengsan dan tersedar kira-kira 8 malam. Pada masa itu, tiga anak OKU makcik sedang mengerumuni makcik dan memberitahu mereka sangat lapar.

"Ada juga pihak menyuruh makcik menyerahkan mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun selagi kudrat masih ada, makcik rela menjaga daripada berpisah dengan mereka," katanya.

"Makcik menggunakan 10 kilogram beras dalam tempoh seminggu untuk anak-anak. Malah, makcik pernah tidak makan nasi seminggu kerana mendahulukan anak-anak OKU makcik ini memandangkan mereka lebih memerlukan makanan berkhasiat," katanya."

--------------------------------------

Sementara Itu...

Petikan Akhbar: MAINJ peruntuk RM13.08 juta bantu 30,000 asnaf

Abdul Razak Hassan (tengah) menyampaikan peruntukkan kepada salah seorang kadi daerah selepas Taklimat Pengurusan Masjid dan Penyampaian Bantuan Hari Raya, Wang Fidyah dan Insentif Amil Institusi 2014 di Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 27 Jun – Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) memperuntukkan RM13.08 juta untuk agihan wang fidyah dan bantuan Hari Raya kepada lebih 30,000 asnaf yang layak di negeri ini tahun ini .

Peruntukan RM10.13 juta akan digunakan untuk agihan bantuan hari raya dan persiapan bulan Ramadan, manakala bakinya, RM2.95 juta pula untuk agihan wang fidyah.

Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Datuk Abdul Razak Hassan berkata, jumlah agihan bantuan Hari Raya kali ini bagi ketua keluarga fakir juga akan ditingkatkan kepada RM600 berbanding RM300 sebelumnya.

"Bagi kategori ketua keluarga miskin pula, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM400 berbanding RM200 sebelum ini.

"Diharapkan penambahan dalam jumlah bantuan kewangan tersebut dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bagi menyambut kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri," katanya selepas majlis Taklimat Pengurusan Masjid dan Penyampaian Bantuan Hari Raya, Wang Fidyah dan Insentif Amil Institusi 2014, di sini kelmarin.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, Johor Bahru menerima bantuan Hari Raya dan agihan wang fidyah sebanyak RM3.77 juta, manakala Muar (RM1.19 juta) dan Batu Pahat (RM2.42 juta).

Sementara itu, daerah Segamat menerima peruntukan sebanyak RM1 juta, manakala daerah Kluang (RM1.05 juta), Pontian (RM784,410), Kota Tinggi (RM647,760), Mersing (RM778,870), Ledang (RM797,590) dan Kulaijaya (RM616,130).

Dalam perkembangan lain, Abdul Razak berkata, sambutan pembayar zakat terhadap menerusi potongan gaji bulanan semakin memberangsangkan dan kini menjadi satu trend.

"Semoga perkembangan positif ini berterusan dan lebih ramai masyarakat sedar pentingnya untuk membayar zakat," katanya.
Sumber,
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140628/wj_03/MAINJ-peruntuk-RM13.08-juta-bantu-30,000-asnaf#ixzz36Mt3p0dg
© Utusan Melayu (M) Bhd


__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment