Saturday, August 9, 2014

RG2011... Fw: JAIS Tak Boleh Kacau Rumah Urut?

 



JAIS Tak Boleh Kacau Rumah Urut?

telokbakong.blogspot.
kerabubersuara.blogspot
 


Wow! Habis tu apa kuasa JAIS?
 
 

Sultan Selangor kasi warning JAIS dan MAIS, tangkap mereka yang murtad bukan mereka yang kunjung rumah urut...

telokbakong.blogspot
alditta.blogspot
 
Sultan minta JAIS jangan campur tangan dalam ops rumah urut...

Pihak berkuasa agama Selangor diingatkan untuk tidak terlibat dengan agenda politik mana-mana parti dan kekal bebas menjadi institusi berkecuali, titah Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya berkata, terdapat pemimpin politik yang mengambil kesempatan terhadap Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk mempergunakan isu berkaitan agama Islam.

"Pada masa sekarang, terdapat segelintir ahli politik yang mahu mengambil kesempatan untuk mempergunakan isu berkaitan agama Islam dan mempersoalkan tindakan institusi agama Islam seperti Mais dan Jais sebagai agenda politik mereka," titah baginda sempena program Menghadap Sultan Selangor oleh kakitangan Jabatan Agama Islam di Shah Alam pagi tadi.

Hadir sama  ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Beta mahu semua pihak di Mais dan Jais mengelakkan diri daripada terlibat dalam agenda politik mana-mana parti sekalipun," titah baginda.

Sultan Selangor sebelum ini murka dengan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad apabila beliau mencadangkan pengurangan kuasa Mais ekoran insiden rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

Baginda bertitah, dalam setiap penguatkuasaan, Jais seharusnya melakukan persiapan rapi dengan membawa peralatan penyiasatan untuk serbuan termasuk kamera video, kamera, diari, peralatan dan saksi yang boleh dipercayai.

Selain itu, sultan turut mengingatkan Jais agar tidak keterlaluan dalam melaksanakan penguatkuasaan mereka dan menghormati penganut agama lain.

"Dalam penguatkuasaan undang-undang, Jais perlu bertindak dalam lingkungan tugas yang melibatkan kesalahan terhadap isu agama Islam saja tanpa mengganggu tugas dan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan seperti penguatkuasaan terhadap rumah urut dan sebagainya.

"Ini bagi mengelakkan tohmahan terhadap jais yang mengambil tindakan bukan dalam bidang kuasa mereka dan lebih menumpukan perkara remeh sedangkan isu-isu besar tidak diberikan keutamaan," titah baginda.

Baginda bertitah, Jais seharusnya memberikan tumpuan kepada penguatkuasaan kes berat melibatkan ajaran sesat, isu murtad, ceramah tanpa  tauliah dan isu berkaitan ceramah politik di masjid dan surau yang  boleh mencemarkan akidah serta menyebabkan perpecahan umat Islam.

Baginda turut mengakui Jais dan Mais melalui pelbagai rintangan serta tohmahan yang tidak berasas terhadap beberapa isu sebelum ini.

"Namun, kita perlu sedar dalam mengharungi arus pemodenan, cabaran memelihara Islam amatlah besar.

"Ini kerana, generasi masa kini sering terdedah dengan pelbagai berita dan maklumat palsu yang mengelirukan dan kadang kala boleh memesongkan akidah umat Islam," titah baginda.

Kakitangan Jais dan Mais juga diingatkan untuk saling bekerjasama dan melakukan tugas peguatkuasaan dengan berhati-hati berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) mereka.

"Jais perlu mengelak bertindak kasar dan mengenepikan hak seseorang individu di bawah undang-undang," titah baginda, dan menambah, prosedur yang teratur akan membolehkan nama baik Jais terpelihara. – tmi

Hands off massage parlours, sultan tells Jais...

Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah today told the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) to stop focusing on raiding massage parlours.

In his speech to the Jais staff today, Sultan Sharafuddin said the department should only take action within its job scope and not infringe on the job scope of the local authorities.

"Taking action against massage parlours (rumah-rumah urut) is the responsibility of the local authorites," he said at the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah building today.

He added that this was also important so as to avoid criticism of Jais for focusing on trivial matters.


'Emphasise apostasy instead'

He pointed out that Jais should instead give emphasis on issues of apostasy, deviations from the teachings and political speeches in mosques and suraus that he said can affect the sanctity of Islam.

Stressing further, the sultan said Jais, similarly, should emphasise the understanding of Sunni Islam since it is the "main core of belief of the Muslims in the country".

"The failure of Muslims to understand Sunni Islam will give way to deviant teachings," he said.

The sultan then urged both Majlis Agama Islam Selangor (Mais) and Jais to remain as "neutral institutions".

He had earlier commented on several politicians who had taken advantage in using issues related to Islam, by questioning the actions of Mais and Jais as part of their political agenda.

"I want Mais and Jais to avoid getting involved in any party's political agenda," he stressed.- mk

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment