6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor
telokbakong.blogspot
gigitankerengga.blogspot
1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!
2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.
3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!
4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM 6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim! Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!
5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM 1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...
6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat! Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan: Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang??
Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!
Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR.
Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.
Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!
Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.
Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.
Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor
Saujana Rawang, Selangor.
11 Syawal 1435 h / 07 Ogos 2014
PASMEB: "Ini bukan demokrasi tapi diktator" Dilulus untuk paparan oleh memo telokbakong.blogspot tranungkite.net |
SHAH ALAM, 10 OGOS : Pakatan Anak-anak Selangor yang menyokong Menteri Besar (PASMEB) akan terus menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memegang jawatan orang nombor satu di negeri itu.
Pengerusi PASMEB, Mazli Saring, berkata sokongan itu akan tetap diteruskan walaupun Abdul Khalid menyertai parti lain.
Katanya, sebagai rakyat dan pengundi mereka mempunyai hak untuk memilih parti yang diinginkan.
pasmebBeliau bagaimanapun enggan mengulas dan memberi sebarang kenyataan dengan lebih lanjut ekoran menghormati nasihat daripada pihak menteri besar untuk tidak memberi sebarang kenyataan dan mengadakan aktiviti sementara Majlis Dewan Diraja Selangor berbincang kedudukan jawatan itu esok.
"Atas kesempatan itu, kami dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan sehingga diberitahu kelak," katanya ketika ditemui di kediaman Menteri Besar, di sini.
PASMEB mula berkumpul di Kediaman Rasmi Menteri Besar untuk menyatakan solidariti atas pemecatan beliau oleh partinya sendiri.
PASMEB juga dikatakan tidak bersetuju di atas pemecatan itu.
Bagaimanapun, beberapa ahli PASMEB mula tidak berpuas hati mula mengingatkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengimbas semula deklarasi Permatang Pauh 1998.
"Kami anak Selangor menyokong Abdul Khalid. Anwar pembelot!
"Anwar perlu imbas kembali 1998 deklarasi Permatang Pauh antaranya melarang, membenci, kronisme, nepotisme dan rasuah.
"Tetapi apa yang jadi sekarang rakyat dimomokkan kerana dana negeri yang banyak. Ini bukan demokrasi tapi diktator," kata mereka.
Mereka juga berpendapat Abdul Khalid dipecat ekoran perbezaan undi beliau menghampiri undi untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden.-sk
Doa Khalid untuk Anwar sempena ulang tahun
telokbakong.blogspot
idahsalam.blogspot
sinarharian
SHAH ALAM – Umum mengetahui persengketaan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keengganannya untuk melepaskan jawatan tersebut.
Namun, hari ini sempena hari kelahiran Anwar yang ke-67, Abdul Khalid tetap menyampaikan ucapan dan mendoakan agar Anwar panjang umur.
"Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Semoga dikurniakan umur yang panjang untuk istiqamah dengan agenda reformasi dan perjuangan rakyat," tulisnya di laman sosial Facebook, sebentar tadi.
Namun, hari ini sempena hari kelahiran Anwar yang ke-67, Abdul Khalid tetap menyampaikan ucapan dan mendoakan agar Anwar panjang umur.
"Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Semoga dikurniakan umur yang panjang untuk istiqamah dengan agenda reformasi dan perjuangan rakyat," tulisnya di laman sosial Facebook, sebentar tadi.
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment