Saturday, October 25, 2014

Re: RG2014... DIESEL NAIK 10% @ 20 SEN SELITER, TAPI PENGUSAHA BAS MAU NAIKKAN TAMBANG BAS SEKOLAH SEBANYAK 30% .. ADAKAH PATUT????

 

Kenapa tak marahkan kerajaan ada ker patut tahun ini dah naik 40sen minyak...ceciter...

2014-10-24 9:57 GMT+08:00 Abdul Rahman Sien Abdul-Rahman.Sien@my.ey.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

 

Kalau di lihat tindakan menaikan harga tambang sehingga 30% memang agak keterlaluan, kerana ada setengah  pengusaha bas sekolah telah menaikan tambang sesuka hati tanpa merujuk pada pihak berkuasa dan Ibu bapa tiada pilihan terpaksa membayar.

Dalam tuntuntan mereka ini ada unsur  ugutan pada pihak berkuasa SPAD  katanya, mereka akan memberhentikan perkhidmatan jika tuntutan mereka tidak di penuhi ( merujuk berita di TV9 baru2  ni)

Apa yang diharapkan pihak SPAD tidak  akan tunduk, cari satu inisiatif "menang dan menang" agar  ibu bapa tidak terbeban jika tambang di naikan!. Kini Ibu bapa cukup terbeban dengan berbagai kenaikan harga barang di tambah pulak kenaikan harga tambang yang di cadangkan hingga ke 30% ini.

 

Jwb nya  poket ibu bapa  makin kekeringan, perut juga terpaksa di ikat demi pelajaran anak2….

 

From: dunia-politik@yahoogroups.com [mailto:dunia-politik@yahoogroups.com]
Sent: Friday, October 24, 2014 12:31 AM
To: zzxmelayucyber
Subject: Dunia-Politik.blogspot.com - Fw: DIESEL NAIK 10% TAMBANG BAS NAIK 30% ..

 

 



DIESEL NAIK 10% @ 20 SEN SELITER, TAPI PENGUSAHA BAS MAU NAIKKAN TAMBANG BAS SEKOLAH SEBANYAK 30% .. ADAKAH PATUT????

omakkau.blogspot.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

 

 

Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus.

Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini.

"Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah 30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama.

"Kami akan memaklumkan ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini tidak lagi timbul isu mengenai kadar baru," katanya.

Menurut Mohd Rofik, kenaikan kadar tambang itu tidak boleh dielakkan bertujuan menampung peningkatan kos operasi dan kenaikan harga alat ganti kenderaan ekoran pelarasan subsidi yang menyaksikan harga bahan api meningkat 20 sen, awal bulan ini.

Beliau berkata, kenaikan yang dicadangkan tidak akan membebankan ibu bapa kerana ia hanya membabitkan pertambahan kira-kira RM9 sebulan bagi seorang pelajar.

"Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai lebih tiga anak, pengusaha bas akan berbincang dan sedia bertolak-ansur dengan ibu bapa bagi pengurangan tambang.

"GPBSM menyedari beban yang perlu ditanggung ibu bapa, namun ia tidak boleh dielakkan berikutan pengurangan subsidi bahan api dan kenaikan harga alat ganti kenderaan kerana kos operasi bulanan pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini meningkat mendadak antara RM700 hingga RM800," katanya.

Menurutnya, GPBSM akan mengadakan perbincangan lanjut dengan ahli gabungannya mengenai pelaksanaan kadar tambang bas sekolah yang baru, Disember ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


___________________________________
The information contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed and others authorized to receive it. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. EY is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt.




--
Xstream-BOP

__._,_.___

Posted by: xstream <pejal71@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment