Thursday, October 23, 2014

RG2014... Fw: MUDAHNYA KITA BERDUSTA ATAS NAMA NABI MUHAMMAD S.A.W

 



MUDAHNYA KITA BERDUSTA ATAS NAMA NABI MUHAMMAD S.A.W

bloglist-malaysia.blogspot
biaqpila.blogspot



Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. [IslamicEconomy]
 
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi Wa Sallam. Setiap kali namanya disebut dalam tulisan ini, kita sama-sama berselawat kepadanya.

"Berdusta atas nama Nabi? Eh, saya mana pernah berdusta atas nama Nabi Muhammad. Saya sayang Nabi saya."
Benarkah? Anda yakin tidak pernah berdusta atas nama Nabi?

Saya tidak mahu membuat tuduhan melulu. Mungkin ya, mungkin pernah, mungkin tidak. Tetapi rata-rata kebanyakan orang tidak sedar mereka telah berdusta atas nama Nabi Muhammad, Rasul kesayangan umat akhir zaman.

"Betulkah begitu? Mohon jelaskan."

Baik. Saya tidak mahu memanjangkan mukadimah artikel ini. Saya akan terus menyatakan apakah kesilapan besar, bahkan boleh jatuh sebagai DOSA BESAR terhadap Nabi Muhammad yang kebanyakan orang telah lakukan, termasuklah saya pada satu ketika dahulu.

Malah mengejutkan juga, kesilapan ini ada dilakukan oleh mereka yang dipandang tinggi oleh kita sama ada mereka sedar, sengaja ataupun tidak.

"Oh, takutnya. Cepatlah beritahu saya."

Semua orang sayang Nabi. Saya juga sayang Nabi. Anda para pembaca juga sayang Nabi. Tidak ada orang yang tidak sayang Nabi. Malah saya yakin, kalau Nabi masih ada, para pencuri, perompak, pasti akan tunduk takut, hormat dan menangis apabila Nabi di sisi mereka.

Apatah lagi kita yang berhati lembut dan bukan pesalah besar, pasti tidak mahu Nabi pergi dari sisi kita. Allah… Hebatnya aura Rasulullah.

Namun realitinya, Rasulullah telah tiada di dunia ini. Tetapi Rasulullah akan menunggu umatnya di akhirat nanti.

Rasulullah sayang kita, tetapi adakah kita benar-benar menyayangi Rasulullah? Semua pasti jawab "Ya, sudah pasti!" Seperti soalan saya di awal tulisan ini, adakah kita yakin kita sayang Nabi?

Sebelum saya menyatakan apakah dosa yang paling mudah yang mungkin kita telah lakukan terhadap Nabi kesayangan, saya ingin memberitahu bahawa untuk sayang Rasul, ia bukan hanya di lidah dan ucapan sahaja. Bukan dengan hanya menghadiri majlis-majlis selawat dan kemudian balik berbuat salah kembali kepada Rasul.

Tidak guna semua itu jika kita terus menerus membuat salah kepada Nabi Muhammad. Sayang kepada Nabi perlu dengan ilmu.

Berdusta Atas Nama Nabi

Baiklah, maafkan saya jika melengah-lengahkan menjawab persoalan, "Apakah pendustaan ke atas Nabi?"
Jawapannya mudah sahaja. "Kita menyatakan Rasulullah berkata sesuatu, tetapi hakikatnya Rasulullah tidak ada pun berkata begitu."

Untuk dimudahkan cerita, kesalahan dan dosa besar kita kepada Nabi Muhammad adalah dengan berkata seperti, "Nabi ada cakap dalam satu hadis, begini begini begini….". Hakikatnya, hadis itu hadis palsu. Hadis yang direka-reka oleh musuh Islam dan juga orang Islam yang munafik. Termasuklah juga hadis-hadis dhaif yang disepakati oleh ulama-ulama hadis yang muktabar.

Masih ramai yang menggunakan hadis palsu sebagai menguatkan hujah mereka. [MOC]
Namun, perbahasan mengenai hadis dhaif saya akan tulis dalam artikel akan datang kerana huraiannya (perbahasan) begitu panjang dan ada situasi tertentu hadis dhaif boleh digunakan tetapi tidak untuk membuat sesuatu hukum, malah hadis dhaif juga banyak jenisnya pula. Jika ingin menggunakan hadis dhaif dalam penulisan dan penyampaian, kita wajib menyatakan ia hadis dhaif.

Fokus utama dalam artikel ini adalah hadis palsu yang jelas palsu, semua ulama dan ahli ilmu sepakat mengharamkannya. Kita tidak boleh menggunakan hadis itu dengan berkata, "Ini Nabi yang cakap."
Andaikata Nabi masih hidup dan kita berkata Nabi ada berkata sesuatu tetapi ia bukan daripada Nabi, alangkah terlukanya hati Rasulullah. Begitu juga dengan kita. Apabila ada orang lain berkata, "Si A itu ada berkata begini…" Padahal anda tidak ada pun berkata demikian.

Apakah perasaan anda? Sakit hati bukan? Malah begitu kecewa jika ia dikatakan oleh orang yang dipercayai seperti rakan baik kita. Jika kita manusia biasa ini pun rasa begitu, apatah lagi junjungan Nabi Muhammad.

Contoh Hadis Palsu & Lemah Yang Popular

Apakah contoh-contoh hadis palsu dan lemah yang popular di kalangan umat Islam?
1. "Tuntutlah ilmu sampai ke negara China." Ini adalah hadis PALSU. Sebahagian besar ulama hadis menyatakan ia adalah palsu. Ini adalah kata-kata rekaan dan kemudian pencipta hadis ini mengatakan ia adalah "sabda" Rasulullah.

2. "Sembilan per sepuluh rezeki adalah dalam perniagaan." Ini adalah hadis lemah (tidak sahih). Seorang ahli hadis iaitu Al-Albani menyatakan hadis ini sebagai dhaif (Silsilah No. 3402).

3. "Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang." Hadis ini adalah hadis lemah (dhaif). Rujuk Zaadul Ma'ad dan Al Bidayah Wan Nihayah.
Nabi Muhammad pernah makan kenyang, tetapi tidak terlampau kenyang dan membahayakan diri (kesihatan). Ada hadis-hadis yang menjadi sokongan sebagai dalil untuk makan ataupun minum sampai kenyang (puas).

4. "Barangsiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar maka tidak akan bertambah kecuali semakin jauh dengan ALLAH." Ini adalah hadis palsu.

5. "Seandainya hati orang ini khusyuk nescaya akan khusyuk juga anggota badannya." Ini adalah hadis palsu. Salah seorang perawi (penyampai) dalam 'sanad' hadis ini dikatakan seorang pemalsu hadis. Malah ada ulama mengatakan 'hadis' ini sebenarnya adalah kata-kata seseorang.

Nah, terkejut bukan? Itu baru lima "hadis". Belum lagi hadis-hadis palsu lain yang mungkin kita telah sebarkan, malah menulisnya. Selama ini kita berkata Nabi ada cakap, Nabi ada kata, Nabi berkata begini.. Tetapi hakikatnya ia bukan daripada Nabi, sebaliknya ia adalah kata-kata ciptaan manusia yang munafik.
Begitu besarnya salah (dosa) ini, malah lagi besar jika ia dilakukan secara sengaja (sudah tahu ia palsu, tetapi masih kata ia daripada Nabi).

Rasulullah Telah Lama Memberi Amaran

Asas penulisan artikel ini adalah hadis berikut yang dituturkan sendiri oleh Nabi Muhammad. Hadis yang sahih dan terkandung dalam kitab Sahih Muslim dan Bukhari. Sebuah hadis yang terkenal di kalangan ulama dan ahli ilmu yang soleh.

Fathul Bari bisyarhi Sahih Al-Bukhari Imam Khairul Annas. [Wikipedia]
Dari Anas bin Malik radiyallahu anhu meriwayatkan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa Sallam berkata:
"Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Al-Mughirah radhiallahu anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama orang lain. Kerana barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Para ulama meletak hadis ini sebagai hadis ancaman. Rasulullah mengancam sesiapa yang berdusta atas namanya dengan balasan neraka. Hanya dengan berdusta atas nama Nabi, kita seolah-olah telah menempah tiket ke neraka. Begitu mudah.

Jadi, Apa Yang Perlu Saya Lakukan?

Maka setelah kita mengetahui perkara yang "remeh" dan kecil ini, tetapi ancamannya begitu besar iaitu neraka, apa yang perlu kita lakukan mulai sekarang?

Pertama, rujuk kitab sahih.

Sebelum kita menyebarkan apa-apa hadis ataupun artikel yang mempunyai hadis-hadis, semak dahulu kedudukan (status) hadis itu sahih ataupun tidak. Bagaimana mahu semak? Mudah sahaja. Rujuk kitab-kitab hadis yang sudah terbukti sahih hadis-hadis di dalamnya seperti sahih Bukhari dan Muslim.

"Alamak, susahlah perlu semak satu demi satu. Lagipun bukan semua ada kitab hadis sebegitu. Kami ini bukan pelajar pengajian Islam pun."

Baiklah, saya berikan satu cara paling mudah dan hanya di hujung jari sahaja. Gunakan Google.com. Caranya adalah anda taip sedikit bahagian hadis berkaitan dan diakhiri dengan tanda + dhaif. Kemudian ulangai dengan + palsu, + hasan dan kemudian + sahih.

Jika nasib anda baik, adalah pihak yang menulis mengenai taraf hadis itu sama ada dhaif, palsu ataupun sahih. Sebaiknya lihat juga siapa penulisnya. Utamakan mereka yang mempunyai kelayakan untuk mengulas kedudukan sesebuah hadis.
Terdapat empat taraf hadis iaitu sahih, hasan, dhaif dan maudhuk (palsu). Insya-Allah pada artikel akan datang kita akan belajar mengenali jenis-jenis hadis ini. Artikel ini lebih memfokus kepada pendustaan terhadap Nabi.

Kedua, rujuk ahli ilmu, pihak berautoriti atau pakar hadis.

Mungkin cara ini sedikit sukar kerana tidak semua di kalangan kita mempunyai kenalan ahli ilmu hadis. Merekalah yang paling layak dirujuk kerana mereka memang mendalami bidang hadis. Sebolehnya usahakan walaupun paling kurang bertanya melalui Internet.

Boleh bertanya pihak berautoriti seperti JAKIM (Jabatan Agama Islam Malaysia) dan juga menggunakan portal e-Fatwa (www.e-fatwa.gov.my). Hubungi pihak e-Fatwa dengan menggunakan ruangan Hubungi Kami. Malah pihak e-Fatwa juga membuka talian Hotline untuk umat Islam di Malaysia menghubungi mereka bagi bertanya apa jua persoalan hukum.

Ketiga, belajar.

Usahakan diri untuk belajar mengenai asas-asas hadis. Saya yakin, begitu banyak kelas-kelas berkaitan hadis diadakan di kebanyakan tempat di seluruh Malaysia. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Jika boleh, utamakan pengajar yang memang mendalami bidang hadis.

Maulana Asri salah seorang rujukkan berautoriti dalam bidang hadis. [FB Maulana Asri]
 
Salah seorang ahli ilmu yang saya tahu adalah seperti Ustaz Maulana Muhammad Asri (Kelantan). Banyak video-video beliau di Youtube. Beliau banyak melakukan syarah-syarah hadis. Saya yakin ramai lagi ahli ilmu yang pakar mengenai hadis.

Keempat, beli kitab-kitab hadis yang sahih.

Walaupun kita bukan pelajar pengajian Islam, ataupun bukan bekerjaya sebagai ulama, letakkan niat memiliki beberapa buah kitab hadis sahih itu sebagai tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad. Tidak berbanggakah kita menyimpan kata-kata Nabi kesayangan kita di rumah? Paling kurang pun melihat sahaja pun jadilah daripada tiada langsung. Selain sebagai rujukan, kita juga boleh menjadikan sebagai satu amalan membaca satu hadis setiap hari, selain membaca al-Quran setiap hari.

Barulah "lengkap" bukti kita sayang Allah (baca al-Quran) dan sayang Nabi (baca hadis). Jika kita boleh membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli buku-buku (termasuk penulis orang bukan Islam), mengapa tidak kitab hadis yang mengandungi kata-kata Nabi Muhammad, manusia terulung di dunia ini?

Kelima, beli buku-buku syarah hadis.

Setiap kitab-kitab hadis yang sahih akan ada buku-buku syarah hadis yang ditulis oleh ramai ulama. Kita boleh faham maksud hadis, tetapi untuk mengulasnya (membuat tafsiran) hanya ulama dan ahli ilmu sahaja yang boleh melakukannya. Jadi beli kitab hadis yang sahih dan juga buku syarahannya / kupasannya.
Bagaimana ingin mengenali kitab (buku) itu mensyarahkan hadis? Mudah sahaja. Biasanya tajuknya bermula dengan Syarah __(nama kitab hadis)__. Contohnya Syarah Shahih Muslim. Ramai ulama melakukan syarah dan meletak tajuk yang sama. Salah satu yang tersohor adalah Syarah Shahih Muslim oleh Imam an-Nawawi.

Langkah Penting Seterusnya

Luangkan masa untuk mengenali apa itu hadis. Beli sekurang-kurangnya satu buku, tetapi pastikan penulisnya adalah ahli (pakar) dalam bidang hadis. Ada juga buku-buku yang menyenaraikan hadis-hadis palsu dan dhaif. Dan seterusnya, luangkan masa untuk pergi belajar agama secara berhadapan dengan guru. Bukan hanya bergantung kepada buku, "Tok Guru Google" dan "Ustaz Youtube" sahaja.

Akhir sekali, sebarkan artikel ini dengan doa kita agar lebih ramai umat Islam mengetahui perkara yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang selama ini. Kita cintakan Rasul, tetapi tidak memadai sekadar ucapan sahaja. Ia perlu dengan ilmu. Tidak hafal ratusan hadis pun tidak mengapa, asalkan sekurang-kurangnya kita tidak berdusta atas nama Rasul.

Artikel ini ditulis secara mudah, bahasa yang ringkas dan tidak banyak istilah-istilah Arab dengan tujuan agar pembaca yang pelbagai tahap (level) lebih mudah memahami. Sebarkan kebenaran ini sebagai tanda sayangnya kita kepada Nabi Muhammad, Rasul yang akan menanti kita di telaga Kautsar di Padang Mahsyar kelak.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa Sallam bersabda: "Benar-benar akan dihalau dariku sekelompok orang dari sahabatku ketika hendak mendekati telagaku (telaga Kautsar), walaupun aku mengenali mereka, mereka diusir dariku sehingga aku berkata, "Mereka adalah sahabatku!" Kemudian dikatakan kepadaku (Allah berkata), "Kamu tidak tahu apa yang mereka kerjakan selepas kewafatanmu." Hadis Riwayat Bukhari
"Wahai Rasul kesayanganku, maafkan diriku kerana satu hadismu pun tidak upaya untuk aku hafal pada lidah dan hatiku, kerana jauhnya kakiku melangkah mengejar syurga duniawi."

tazkirah.net
  1. "Wahai Rasul kesayanganku, maafkan diriku kerana satu hadismu pun tidak upaya untuk aku hafal pada lidah dan hatiku, kerana jauhnya kakiku melangkah mengejar syurga duniawi."

    >>>>>>salam tuan blog...
    Kita tidak boleh menyeru selain dari allah.
    Tuan baru saja menyeru rasullulah sallallahualaiwassalam dgn menggunakan perkataan " wahai" dan tuan meminta ampun pada nya. Harap dibuang kata2 terakhir ini. Tuan memberi atribut ketuhanan pada beliau.
    Ini adalah satu kesalahan yang fatal yg bisa mengakibatkan terjebak kedalam syirik akbar.

  2. Ali bin Abi Tholib (ra) narrated, Prophet Muhammad (saw) said, there is no doubt that, there will be hadiths coming after me, claiming that i have said things. so, you must test those hadiths from the quran. if it is really according to the quran, only then accept it, otherwise reject it.

  3. Unknown,Ayat tersebut dicopy paste dari blog tazkirah.net.

    Xda masalah sebut wahai. Bergantung pada niat la bro. Contohnya wahai anak2ku..pi la tidoq cepat. Sama juga dengan maaf.,klu dengan Allah kita cakap ampunkan dosaku. Wallahua'lam

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment