Thursday, October 23, 2014

RG2014... IS: 12 dari 40 suspek dibebaskan kerana kurang bukti

 

KUALA LUMPUR, 23 Oktober:

12 daripada 40 individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan Pejuang Negara Islam (IS) dibebaskan ekoran kekurangan bukti.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, 40 suspek yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dipercayai terlibat dengan IS termasuk daripada segi merekrut dan latihan.

"Penahanan telah dibuat sejak Februari tahun lalu kerana kita komited dalam memerangi sebarang aktiviti keganasan terutamanya dari Malaysia.

"13 suspek telah didakwa di bawah Kesalahan Membabitkan Keganasan Kanun Keseksaan dan di bawah Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971," katanya kepada The Rakyat Post.

15 suspek katanya masih lagi di bawah siasatan polis manakala 12 yang lain dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Hari ini, tiga suspek iaitu Mohamad Yusofee Ishak, 26, yang merupakan juruteknik, Mohd Syafrein Rasid, 26 yang merupakan seorang arkitek dan pemilik kedai runcit, Mohd Rosmadi Che Daud, 42, didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang kerana cubaan memberi sokongan kepada IS dengan niat untuk menyertai kumpulan pejuang itu.

Ketiga-tiga mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 25 September lalu ketika mereka cuba menaiki pesawat Qatar Airways ke Istanbul, Turki dipercayai untuk menyertai IS.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 130 (J) (1) (a) Kanun Keseksaan dan satu lagi dakwaan di bawah Seksyen 511 akta yang sama.

Antara suspek lain yang ditahan ialah Penolong Pengarah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, seorang pelajar tingkatan dua, pasangan suami isteri dan tiga anak mereka serta seorang pejuang yang baru sahaja pulang dari Syria.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment