Thursday, October 23, 2014

Re: RG2014... Fw: bukan naikkan harga minyak, kita kurangkan subsidi...

 

Salam, 1 keping Q link card jimat sehingga 30% petrol/diesel & jimat sehingga 40% bil elektrik ini dijual rm150 tapi jika tuan/puan join ahli pakej terkecil rm175 pun dah boleh dapat 2 kad. Dlm sebulan mungkin lebih insyaallah penjimatannya dah boleh cover duit modal join ni (jika beli pakej terkecil Pro-1 berharga rm175) & bergantung juga pada penggunaan petrol&elektrik tuan/puan.

Q-Link Profit Card - 
PRO-1: 1 set (2 kad). PRO-2 : 2 sets (4 kad). PRO-3: 10 sets (20kad). PRO-4: 20 sets (40kad). PRO-5: 30 sets (60kad)

Q-LINK KAD
Kenapa Pilih Q-LINK KAD ?
Produk Inovasi & berteknologi Tinggi. Tahan Suhu Tinggi & Kalis Air,Anti Sinaran, Kualiti Tinggi. TERBUKTI BERKESAN. Amat Selamat & Sesuai Untuk SEMUA KENDERAAN PETROL & DIESEL. Menghindar gas dari kebocoran melalui penutup dan memecahkan molekul minyak supaya pembakaran maksimum. Untuk eletrik di rumah, kedai untuk menstabilkan arus letrik (apabila tidak stabil = banyak pembaziran berlaku). Layarihttp://profitlinkworld.blogspot.com/

Profit Link adalah MLM terbaru 2014 dgn produk&mktg plan yg terbaik pernah dicipta insyaallah & pelakon Datuk Eizlan Yusof adalah Duta produk Profit Link.

Mktg plan 1 kaki pun boleh dpt bonus sampai 30 level,semua pakej boleh dapat bonus activation bukan mobile stokis shj, sponsor bonus tinggi 40%, pairing bonus sehingga maksimum rm270ribu sebulan, matching bonus tinggi sampai 50%, ada 5% bonus mkt indonesia untuk 200 ahli pro-5 yg terawal & banyak lagi.,,,,pm
http://profitlinkworld.blogspot.com/


2014-10-18 9:15 GMT+08:00 amri el wahab amriwahab@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Kerajaan sepatutnya bukan hanya kurangkan subsidi 20 sen.Terus jangan bagi subsidi langsung supaya puas hati mereka semua.............(Petrol  Ron 95 tanpa subsidi ialah RM 3.35.....)

2014-10-08 11:38 GMT+08:00 Shahran.Ahmad@emerson.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Memang bodoh pun sebab undi BN..

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
Sent: Tuesday, October 07, 2014 8:31 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2014... Fw: bukan naikkan harga minyak, kita kurangkan subsidi...

 

 

Tahniah kepada penyokong BN.

 

2014-10-06 12:53 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:

 

 

" Seorang PM Boleh Berucap Seumpama Ini. Bodoh Sangatkah Rakyat "

bloglist-malaysia.blogspot

tikaqbuloh.blogspot.

 

Kita tidak sengaja menaikkan harga minyak .....

Kita bukan naikkan harga minyak, kita kurangkan subsidi...

 

Adoi, dey macha, kurang subsidi minyak? habis minyak turun kah ???, bukankah minyak naik dari RM2.10 kepada RM2.30. Nak bodohkan orang felda dan melayu penyokong BN bolehlah. Kalau subsidi kurang minyak turun boleh sembang mcam ini.

 

Lagi satu kita tidak sengaja naikkan harga minyak, wakakakakakakakakakakakakakakakaa, wkakakakakakak, wkakakakakakakaka, wkakakakakakaka. Kang kalau lama-lama aku taip dalam nih makin mencarut pula.

 

Korang nilai sendiri PM kita ni layak ke tidak layak. Susah sangatkah nak mengakui kerajaan telah menaikkan harga minyak.

 

 

Mari baca ayat menteri nak kelentong rakyat

bloglist-malaysia.blogspot

kerabubersuara.blogspot.

 

Kenapa harga bahan api naik lepas p'raya kecil?

Berikut adalah beberapa penerangan dan pencerahan oleh pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
mengenai persoalan yang timbul mengenai perlaksanaan rasionalisasi subsidi.

1. Kerajaan ni tak sebut naikkan harga minyak tapi harga dekat pam naik? Apa sebenarnya ni?

Kerajaan sebenarnya melaksanakan apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi yang mana kerajaan mengurangkan hasil pemberian subsidi yang dibayar kepada syarikat minyak untuk memastikan harga bahan bakar di pam tetap pada harga tertentu. Apabila sebahagian subsidi ini ditarik balik hasilnya harga minyak di pam meningkat, sebab itu kita sebut kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter maka impak dari keputusan ni ialah harga di pam meningkat kepada RM 2.30 untuk RON95 dan RM2.20 seliter untuk Diesel.

2. Kenapa rasionalisasi ini dilaksanakan?

Ini sebahagian dari langkah kerajaan untuk menangani defisit belanjawan negara serta menstabilkan kewangan negara dalam jangka masa panjang. Defisit bermaksud perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, sebelum ini kerajaan berbelanja lebih bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara. Perbelanjaan disalurkan kepada projek pembangunan seperti pembinaan infrastuktur dan kepada beberapa pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi kita kekal teguh sewaktu pasaran dunia dilanda krisis. Sebab itu sewaktu krisis pinjaman perumahan di Amerika Syarikat yang berlaku beberapa tahun lepas Malaysia tidaklah menerima kesan yang begitu teruk. Kini apabila ekonomi kita stabil dan pasaran dunia juga tidak bergitu bergolak kerajaan mengambil keputusan untuk memperbetulkan kembali perbelanjaan negara.

Salah satu tempat yang paling banyak perbelanjaan dikeluarkan ialah dengan pemberian subsidi bahan bakar yang diberi secara pukal dan tidak bersasar, sebagai contoh kenderaan mewah akan lebih mendapat manfaat subsidi berbanding kenderaan ekonomi (motorsikal dan kereta kecil) yang biasanya digunakan oleh warga berpendapatan rendah. Kerajaan melihat perbelanjaan ini tidaklah begitu efisyen maka sebab itulah rasionalisasi dilakukan terhadap pemberian subsidi di sektor ini.

3. Kenapa rasionalisasi subsidi buat terhadap minyak je? Subsidi lain macam mana?

Di sini kerajaan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada subsidi bahan bakar kerana dilihat pemberian subsidi ini yang dilakukan secara pukal dan tidak bersasar mempunyai banyak pembaziran dari segi penyeludupan dan ketirisan. Untuk pengetahuan, antara penerima subsidi besar yang lain adalah seperti perbelanjaan kesihatan, persekolahan, subsidi yuran pengajian tinggi dan sebagainya. Pemberian subsidi ini juga (kesihatan, sekolah dll) juga meningkat dari tahun ke tahun akibat dari pertumbuhan penduduk sama seperti perbelanjaan subsidi bahan bakar. Namun kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan bakar (Petrol dan Diesel) supaya kita tidak perlu menyentuh mahupun mengurangkan pemberian subsidi sektor ini yang kita kira jauh lebih penting untuk masa hadapan.

4. Harga minyak dunia turun? Kenapa harga kita naik? Ada berita negara lain siap turunkan harga minyak lagi baru-baru ni, apa cerita?

Berbeza dengan kebanyakan negara lain kita tidak mengapungkan harga bahan bakar akan tetapi kita tetapkan pada harga tertentu. Kebanyakan negara lain sama ada mengikut harga pasaran secara terus ataupun melaksanakan sistem subsidi terapung. Contohnya untuk setiap liter disubsidi sebanyak 30 sen maka kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga di pam, kalau turun maka turunlah harga di pam. Sebab itu harga mereka turun apabila harga minyak dunia baru-baru ini turun. Apa yang sedang kita laksanakan ialah rasionalisasi subsidi, bermaksud kita mengurangkan perbelanjaan terhadap subsidi minyak dan kesan apabila melakukan rasionalisasi sewaktu harga minyak dunia rendah ialah penjimatan terhadap kewangan negara lebih berkesan berbanding sewaktu harga dunia tinggi.

5. Raya Haji dah nak dekat ni, harga minyak naik, kos pun akan beri kesan, macam mana?

Pertamanya kementerian sedar dan tahu ianya akan memberi kesan kepada rakyat, kami memberi komitmen bahawa kementerian akan berusaha untuk sekurang-kurangnya memastikan harga barangan asas terutama bahan makanan adalah dalam keadaan terkawal untuk musim perayaan ini. YB Menteri telah mengarahkan penguatkuasa untuk memastikan para peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Kami telah meningkatkan jumlah pemeriksaan dan operasi di kesemua pasar-pasar utama dan premis perniagaan. YB Menteri juga telah mengarahkan kementerian untuk berjumpa dengan para pembekal untuk memastikan tiada kekurangan dari segi bekalan.

Untuk makluman walaupun harga barangan tertakluk kepada hukum pasaran, KPDNKK masih mempunyai kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sekiranya terdapat aduan dan penguatkuasa kita mendapati ada kenaikan harga barangan yang melampau maka kita boleh mengarahkan peniaga memberi penjelasan sekiranya gagal kita boleh ambil tindakan.

6. Kenapa tak buat lepas raya haji?

Rasionalisasi Subsidi adalah satu tindakan yang tidak popular, ianya perlu dilakukan tetapi sangat tidak popular, jadi walau apa masa sekalipun yang dipilih kesannya tetap dirasai. Sebagai contoh kalau dilakukan selepas Hari Raya haji ada yang akan bertanya mengapa dibuat sebelum Deepavali pula, kalau selepas Deepavalli mungkin akan memberi kesan untuk perayaan Hari Natal. Apa pun kementerian faham bahawa rakyat akan menerima sedikit beban atas rasionalisasi subsidi ini dan seperti yang telah diterangkan sebelum ini kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan asas seperti makanan terkawal harganya dan bekalan mencukupi untuk musim perayaan.

7. Bagaimana dari segi kos pengangkutan?

Penetapan harga tambang, kos pengangkutan adalah di luar bidang kuasa KPDNKK namun boleh dirujuk pada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD). Akan tetapi sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu atau diambil kesempatan oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat laporan dan aduan kepada kami melalui hotline 1800 886 800.

8. Kesan terhadap harga barangan?

Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa khususnya dari segi kesan 'cost past through' yakni kesan kenaikan harga minyak ini terhadap barangan. Kementerian akan mengawasi harga barangan asas dari semasa ke semasa dan kami akan memastikan kesan minima terhadap barangan asas seperti bahan makanan.

9. Kenapa buat lepas PRK Pengkalan Kubor? Nak menang pilihan raya ke?

Pelan rasionalisasi subsidi ini telah lama dirancang tanpa menjangkakan mana-mana pilihanraya kecil diadakan terlebih dahulu, sesungguhnya rasionalisasi subsidi ini kalau dibuat pada masa apa sekalipun ianya tetap tidak popular.

10. Mengapa tidak fokus kepada membasmi penyeludupan dan ketirisan berbanding mengurangkan subsidi?

Kita telah pun fokus kepada membasmi ketirisan melalui Ops Titik yang telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan penyelewengan diesel bersubsidi. Namun untuk penyelesaian jangka masa panjang harga di pam tidak boleh terlalu ketara perbezaanya dengan harga pasaran. Lagipun fokus utama rasionalisasi subsidi ialah sebagai salah satu strategi untuk mengawal defisit belanjawan negara.

 

 

Harga minyak: 17 kali naik, sekali turun

Posted by Kedah Lanie

NIK NASRI NIK MALEK

 

Ayat al-Quran di antaranya menegaskan tentang keadilan pemerintah. Adil bererti meletakkan sesuatu di tempatnya.

Hadis Nabi pula di antaranya menekankan sumber dan hasil negara yang diurus dengan baik. Sirah perjalanan Nabi SAW dan para khulafa ar-Rasyidin dipenuhi dengan pemerintahan yang sangat mesra rakyat dalam pelbagai sudut.

Kaedah fiqh pula menyebut 'tindak-tanduk pemerintah dikaitkan dengan kepentingan rakyat'.

Namun, pemerintahan BN berlandaskan apa? Al-Quran? jauh rasanya. Hadis Nabi SAW? Tak juga. Sirah perjalanan Nabi dan khulafa ar-Rasyidin? Tak nampak jalan juga.

Hakikatnya kerajaan BN terus gagal dalam sejarah pemerintahannya mengurus segala sumber asli dan lain-lain nikmat yang Allah berikan untuk kepentingan rakyat teramai.

Saya bukan ahli ekonomi, namun petunjuk dari al-Quran dan Hadis yang menjadi panduan buat seorang yang mengaku Islam nampaknya tidak diikuti dalam menguruskan ekonomi negara, termasuk dalam isu subsidi petrol dan diesel yang dikurangkan kelmarin, sekaligus menjadikan kos hidup dan pelbagai kos lain meningkat dan akan meningkat.

Ada orang yang membuat analisis kronologi harga minyak di Malaysia sebelum tahun 1990 (RM0.89 seliter) hingga 2 Okt 2014 (RM2.30 seliter).

Ia mengalami 17 kali kenaikan dan hanya sekali penurunan. Yang lawaknya pula ialah di saat dunia luar memperkatakan tentang harga minyak yang jatuh, tetiba dalam negara tumpah tanahnya darahku ini, subsidi petrol dan diesel dikurangkan atas nama rasionalisasi yang tak berapa nampak rasional.

Bagi yang berpendapatan tinggi, bergaji mahal, barang kali boleh absorb kesan pengurangan subsidi ini.

Namun bagi mereka yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan malam, ia hanya menambahkan sengsara hidup mereka.

BR1M hanyalah seperti panadol buat menghilangkan sakit kepala rakyat buat sementara.  Negara tanah tumpahnya darahku ini sudah bertukar tema: 'negara tanah naiknya darahku'.

KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA

Sebelum 1990 – RM0.89
Tahun 1990 – RM1.10 (kenaikan RM0.21)
01/10/2000 – RM1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 – RM1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 – RM1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/2002 – RM1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 – RM1.35 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 – RM1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/2004 – RM1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 – RM1.52 (kenaikanRM 0.10)
31/07/2005 – RM1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 – RM1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 – RM2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 – RM1.80 (TURUN RM0.90)
16/07/2010 – RM1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 – RM1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 – RM2.10 (kenaikan RM0.20)
02/10/2014 – RM2.30 (kenaikan RM0.20)

Berita luar negara mengenai harga minyak (ketika harga minyak mula naik di Malaysia malam semalam):

1) Kejatuhan harga minyak baik untuk pemandu –
Telegraph UK

2) Harga minyak dijangka turun pada paras plg rendah dlm lingkungan suku tahun sejak 2012 –
Bloomberg

3) Harga minyak mentah jatuh teruk dalam tempoh 4 tahun –
Wall Street

4) Menteri minyak risau harga minyak yang rendah akan mengurangkan pelaburan –
Reuters UK

5) Harga minyak jatuh teruk kerana lebihan penawaran –
The Globe and Mail

6) Saham tenaga jatuh kerana harga minyak turun –
Edmonton Journal

7) Bank Negara Rusia bersedia dengan keadaan harga minyak yang dijangka turun –
Daily Mail

8) Harga minyak turun dan ekonomi dunia semakin mapan
– Business Week



 

--

Regards, 

Rosli

 




--

Salaam & Regards

Amri el Wahab


My Facebook: https://www.facebook.com/amri.elwahab
My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com




__._,_.___

Posted by: Amir Azuan <tuandeng@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (8)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment