Thursday, October 23, 2014

RG2014... Fw: PUTING BELIUNG & TANAH RUNTUH kerana maksiat berleluasa?

 



PANDAMARAN, KLANG DILANDA PUTING BELIUNG.

omakkau.blogspot
 
Kejadian ribut kuat dipercayai puting beliung telah melanda Pandamaran, Klang, Selangor pada hari ini melihatkan beberapa kerosakan teruk kepada beberapa buah rumah disini.

Kelihatan dari kiriman gambar jelas ada rumah flet yang tercabut atapnya .. sudah pasti para penghuni rumah flet ini yang rata-rata berpendapatan rendah maukan kerajaan negeri hulurkan bantuan kecemasan segera.

Kerugian belum ditafsirkan lagi .. ketika ini tiada pula kehilangan nyawa di laporkan.

Sehingga kini Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin "Jokowi" Ali belum lagi membuat terjahan ... Omak yakin dia akan sampai meninjau punya.

Kalau nak harapkan AMK Klang turun padang meninjau dan hulurkan bantuan jangan haraplah... setakat menjerit terlalak pegang banner bolehlah... Ini realiti bukan ilusi .. kenyataan bukan rekaan.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
 

AZMIN TERJAH KAWASAN TANAH RUNTUH DI FLET TERATAI BUKIT BERUNTUNG, KUALA KUBU BAHRU .. SETUJU HULURKAN BANTUAN RM500,000 UNTUK KERJA PEMULIHAN DAN RM150,000 UNTUK BANTUAN BENCANA.

omakkau.blogspot
Kerajaan Negeri bersetuju menyalurkan peruntukan RM500,000 untuk kerja pemulihan kepada mangsa tanah runtuh di pangsapuri teratai di Kuala Kubu Bharu.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri turut menyumbangkan RM150,000 untuk bantuan bencana kepada 120 keluarga yang terbabit dengan tragedi terbabit.

"Jabatan Kerja Raya dan Pejabat Tanah akan memantau pergerakan tanah. Keselamatan penduduk menjadi keutamaan Kerajaan Negeri.," katanya melalui laman Twitter.

Beliau turut mengadakan tinjauan ke lokasi kejadian itu yang turut disertai Exco Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu serta Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong, kira-kira jam 1.30 petang.

Terdahulu, lebih 500 mangsa dan 120 keluarga dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan di Bukit Beruntung ekoran tanah runtuh berkenaan, setakat jam 4 pagi tadi.

Tiga pusat pemindahan itu adalah Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan 2 serta Sekolah Menengah kebangsaan Taman Bunga Raya.

Kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kerapan hujan lebat sejak kebelakangan ini menyebabkan penduduk di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan apabila satu kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku, sejak petang semalam.

ULASAN OMAK KAU:-

Kerja dan tindakan pantas ini Omak sokong ... dua ibu jari naik atas.

Mana yang patut diberikan pujian jangan kita kedekut puji, tetapi jika melakukan kesilapan dan kesalahan perlu berjiwa besar menerima teguran dan kritikan asalkan bukan berbentuk penipuan dan fitnah.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
 
 

'Angin siklon kerana maksiat berleluasa?'

  
PERKASA Selangor membangkitkan kemungkinan bahawa kejadian angin puting beliung di beberapa kawasan baru-baru ini dengan kegiatan maksiat yang didakwa berleluasa di negara ini.

Dalam satu kenyataan di Facebook semalam, NGO pro-Melayu itu turut mengaitkannya dengan pesta arak
Oktoberfest dan acara mempromosi umat Islam menyentuh anjing.

"Apakah yang membuatkan (angin) puting beliung ini berminat untuk menjengah
negara kita yang selama ini tidak pernah diminati dan jauh sekali untuk singgah.

"Sebelum ini kita hanya mendengar ianya sering mengunjungi Laut Cina Selatan, kalau singgah pun ke negara Filipina dan negara
Vietnam.

"Apakah kerana adanya kemaksiatan yang berleluasa seperti pusat judi, pelacuran, pesta arak dan pesta memegang anjing
antara menjadikan daya penarik?," kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu merujuk kepada program kontroversi 'Saya Mahu Sentuh Anjing', Ahad lalu yang mencetus kemarahan di kalangan masyarakat Islam konservatif.
Pesta arak Oktoberfest yang dimaksudkan itu pula merujuk kepada acara minum bir selama tiga hari anjuran Carlsberg Malaysia, bermula 11 Oktober yang turut dihadiri sekumpulan pemimpin bukan Islam dari Pakatan Rakyat.

Pesta arak tersebut menerima kritikan kerana penganjurannya didakwa tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

PERKASA Selangor mengaitkannya dengan angin puting beliung yang membadai Pendang, Kedah pada 14 Oktober lalu sehingga merosakkan lapan buah rumah serta dan menumbanggkan beberapa
batang pokok.

Seminggu kemudian, satu lagi kejadian angin puting beliung melanda Pandamaran, Klang yang merosakkan 30 buah rumah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian yang jarang berlaku itu antara lainnya disebabkan beberapa
faktor termasuk kelembapan udara yang tinggi, kepekatan udara pada tahap yang rendah serta keadaan cuaca yang tidak stabil.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment