Thursday, October 23, 2014

RG2014... Fwd: Sajian Hari Ini

 



ResepiMasakanKini™

Sajian Hari Ini



Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

Posted: 22 Oct 2014 03:05 AM PDT

 http://resipimasakankini.blogspot.com/2014/10/resepi-jeruk-mangga-asam-boi.html
 
Bahan-bahan Jeruk Mangga Asam Boi:
cili kering
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
4 ketul gula melaka
1 kampit garam
buah mangga muda
 
Cara menyediakan Jeruk Mangga Asam Boi:
Satukan buah mangga muda yang telah ditoskan dengan air gula dan cili kering kisar tadi...gaul rata-rata...masukkan sedikit garam secukup rasa...isikan ke dalam botol...biarkan selama 1-2 hari supaya air gula dan cili meresap...sedap dimakan sejuk...jadi, simpanlah dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap lagi...jeruk ini boleh tahan 2-3 bulan kalau disimpan tp selalunya tak sampai seminggu dah habis 

1. Cili kering dijerang bersama air...kemudian, dikisar...buat ikut selera sendiri...kalau hendak pedas, sediakanlah banyak-banyak...kalau hendak kurangkan pedas, bolehlah buangkan bijinya dahulu...

2. Petik/kutip/beli buah mangga muda secukupnya...potong dan belah 4...kalau buahnya kecil, belah 2 shj...buang bijinya...basuh dan bilas bersih-bersih buangkan getahnya...

3. Rendam buah mangga muda dalam besen/periuk besar dengan sekampit garam selama 1-2 hari sehingga kulit mangga muda bertukar kekuningan...

4. Jerang 4 ketul gula melaka dan 1 1/2 cawan gula pasir bersama 6 cawan air di atas api sederhana...boleh tambahkan air lagi jika rasa pekat...air gula ini dibiarkan sejuk.


Itu lah resepi nya yang admin dapat dari Facebook Page Cik Jan, pada mereka yang tiada masa untuk membuat sendiri Resepi ini boleh lah order yang sudah siap.

Resepi Gulai Ayam Utara

Posted: 21 Oct 2014 07:32 PM PDT


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (disiang & dipotong besar-besar)
2 sudu garam
1 sudu besar kicap cair
1 ½ sudu gula merah
3 cawan pati santan
Bahan Giling:
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2.5 lengkuas
1.2 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku)
Garam & serbuk perasa secukup rasa
2 labu sedang bawang besar (dibelah empat)
cawan daun pudina cincang
2.5 kunyit hidup
10-15 batang lada merah

Cara menyediakan Gulai Ayam Utara:
1. Perapkan ayam dalam campuran sos selama
20-30 minit. 

2. Campurkan santan & bahan giling dalam sebuah periuk. Kacau perlahan-lahan hingga endidih, kemudian masukkan ayam & bahan perasanya selebihnya.
3. Gaulkan rata-rata & masukkan bahan-bahan selebihnya,kecuali daun pudina.
4. Didihkan perlahan-lahan hingga ayamnya empuk & kuah menjadi sangat pekat. 
5. Sesuaikan rasanya & masukkan daun pudina.Angkat dari api.Hidangkan panas-panas dengan nasi putih & sayur-sayuran. 

Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977

Resepi Beriani Bolognese

Posted: 21 Oct 2014 07:16 PM PDT


Bahan-Bahan: 
2 camca besar minyak
2 biji tomato, didadu
½ camca teh oregano
1 camca teh puri tomato
50 ml air panas
1 ketul pati ayam
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
300 gm beras Basmathi
550 ml air
1 biji bawang besar, dicincang
1 ulas bawang putih, dicincang
100 gm isi ayam, dicincang
1 batang saderi, dicincang
25 gm cendawan butang, dicincang
 
Cara menyediakan Beriani Bolognese:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. 
2. Masukkan isi ayam dan kacau hingga ia separuh masak. Masukkan tomato, oregano, puri tomato, air panas, pati ayam, garam, serbuk lada hitam, saderi dan cendawan. 
3. Kacau di atas api hingga ia mendidih dan pekat. Masak nasi seperti biasa dan hidangkan. 
4. Apabila kuah cukup masak angkat dan tuang pada nasi yang dihidangkan.

Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil. 43 


__._,_.___

Posted by: ezza <ezza_shafie@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (17)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment