Thursday, October 23, 2014

RG2014... Fw: KEMPEN 'I WANT TO TOUCH A DOG'

 



Pandangan Dr Zaharuddin isu program 'sentuh anjing'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

tranungkite.net

 1. Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie etc. Program sebegitu adalah BOLEH dibuat dan wajar diterima.

2. Namun jika program menggunakan tema 'i want touch a dog' dan seolah 'majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas' diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dari kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta PROVOKASI terhadap masyarakat setempat. Walaupun mazhab Maliki menganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis & tidak haram disentuh, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira. Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkan sentuhan tanpa sebab yang syar'ie. Mazhab Hanbali turut menganggap anjing sebagai najis yang tidak harus menyentuhnya tanpa sebab yang syarie.

3. Pada hemat saya, program itu mempunyai tujuan yang baik namun cara pelaksanaannya tidak tepat dan tidak berhati-hati serta terlalu terbuka tanpa kawalan dan panduan jelas diberikan kepada para pesertanya.

4. Justeru saya TIDAK bersetuju PENGANJURAN seumpama itu, namun saya juga tidak bersetuju kecaman melampau-lampau dan ugutan pelbagai pihak terhadap penganjur dan mereka yang hadir.

5. Bagi saya tidak wajar digelar mereka sebagai gerakan Islam liberal kerana sekiranya mereka meyakini ijtihad mazhab Maliki, maka itu tidak sama sekali boleh dianggap liberal, malah mazhab tersebut adalah salah satu dari ahli sunnah wal jamaah. Jika mereka mengatakan harus memakan daging babi dan anjing, ketika itu barulah mungkin mereka sudah menyimpang dan liberal, kerana terdapat dalil spesifik dan jelas kenajisan dan pengharaman.

6. Bagi saya juga, menuduh penganjur boleh terkeluar aqidah atau menghina Islam juga adalah tuduhan agak keterlaluan, tidak boleh kita sewenang-wenang menggunakan tuduhan berat sedemikian tanpa bukti jelas menunjukkan mereka membenci Islam & ingin menghinanya.

Bagi saya, apa yang berlaku adalah hanya masalah Fiqh dan perbezaannya. Ia tidak sampai melibatkan masalah aqidah kerana pengharaman sentuh anjing dan tubuhnya tidak berdalil qat'ie dan bukan juga sampai ke peringkat ijma' (sepakat seluruh ulama silam) ditambah lagi wujudnya ijtihad berbeza dari mazhab Maliki dan sebahagian mazhab Hanafi, mereka berbeza dari mazhab Syafie dan Hanbali yang menganggap anjing sebagai najis.

KESIMPULAN

Dalam mengambil sikap dalam isu ini, kebijaksanaan masyarakat dan kematangan menghadapi situasi kepelbagaian pendapat, kefahaman dan perbezaan perlu dipandu dengan lunak dan berhemah.

Penganjur walau niatnya baik mungkin tersalah pendekatan dan tidak teliti dalam peganjuran sehingga memilih tajuk dan provokatif sehingga mungkin dilihat mencabar kefahaman awam tentang anjing. Justeru, elok penganjur memohon maaf sahaja kepada pihak berkuasa dan masyarakat awam yang terusik dengan tindakan kurang bijak mereka.

Para ilmuwan & orang ramai yang mengecam, walaupun berniat baik namun mungkin terlalu emosi sehingga berlebihan dalam melabel, tuduhan dan ancaman.

Para ilmuwan & pihak berkuasa khususnya sepatutnya tidak melenting, menjadi juara dalam melabel dan mengutuk. yang sepatutnya mereka memandu orang ramai untuk tenang menyikapi perbezaan pendapat dalam masyarakat awam. Kerana pandangan selain mazhab Syafie berterusan boleh diikuti oleh masyarakat awam di zaman internet dan globalisasi ini yang mana sumber maklumat yang pelbagai boleh di hujung jari. Maka untuk menempelak terlalu keras terhadap mereka yang terkeluar dari ijtihad mazhab Syafie seolah mereka menjadi liberal atau terkeluar Islam adalah juga tidak berhemah dalam mendidik masyarakat.

Orang ramai pula, dinasihati tidak mengeruhkan suasana dengan membuat ugutan kekerasan terhadap penganjur dan mereka yang menyertai. Cercaan, makian dan kutukan keras hanya membawa kalian kepada potensi menambah dosa-dosa. Nasihat sahaja mereka dengan baik disertai dalil-dalil yang difahami, bukankah itu lebih enak dan harmoni.

Penganjur juga perlu menyedari terlalu banyak keutamaan isu yang jauh lebih baik dianjurkan kempen berbanding isu anjing ini. Sentuhan yang haram seperti sentuhan lelaki wanita bukan mahram, berpelukan, kempen anti zina, makan wang haram dan lebih jauh berleluasa dan berbahaya. Ilmuwan pula lebih digalakkan lebih banyak memberi respons kepada isu-isu yang lebih kronik berbanding isu ini. Atas sebab itu juga saya lewat mengulas isu iini kerana dirasakan ia tidak sebegitu besar namun media dan ulasan awam dan pihak berkuasa yang menjadikannya besar.

Dr Zaharuddin ialah Presiden Murshid.

 

KUPASAN MANTAN MUFTI PERLIS KEMPEN 'I WANT TO TOUCH A DOG' DAN ULAMA BAGAIKAN ANJING

omakkau.blogspot.
Sesetengah media menggambarkan seakan saya menyokong kempen menyentuh anjing yang dianjurkan oleh sesetengah pihak. Padahal saya hanya bercakap dari dimensi teks yang ada dalam Islam berkaitan anjing bukan tentang kempen memegang anjing tersebut.

Saya tidak menyatakan sokongan ataupun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan. Apakah keperluan program seperti hendak dianjurkan?!! Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat PANDA dari China. Jika saya ingin menyokong ataupun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini.

Isu anjing itu telah saya tulis beberapa tahun lepas. Ini kerana pengalaman saya yang sering ditanya oleh 'muslim bandar', muslim yang baru menganut Islam dan bukan muslim mengenai sikap Islam terhadap anjing. Tulisan saya untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing. Sesiapa yang hidup di Barat akan lebih terasa persoalan ini dibangkit oleh saudara-saudara baru muslim.

ULAMA YANG BAGAIKAN ANJING

Dalam kesibukan membincangkan isu sentuh anjing, kita jangan lupa mengingati diri bahawa ada isu yang lebih besar yang dibangkitkan oleh al-Quran berhubung dengan anjing, iaitu ULAMA YANG BERSIKAP BAGAIKAN ANJING. Ini al-Quran sebut dalam Surah al-A'raf ayat 175-176.

Firman Allah: (maksudnya) "Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir". (Surah al-A'raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat menyebut nama orang tersebut ialah Bal'am.

Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopah dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain. Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan.

Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya. Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka. Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama.

Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit". (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia.

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
 
 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Wednesday, October 22, 2014 6:26 AM
Subject: Belai anjing hilang stress minyak naik, entahlah... 

Belai anjing hilang stress minyak naik, entahlah...

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | 20 Oktober 2014.

Daripada sibuk berkempen sentuh anjing lebih baik buat kempen sapu kepala anak yatim. 

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap."

Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing lebih baik buat kempen belajar macam mana cara nak sapu atas khuf sebagai ganti untuk basuh kaki dalam berwuduk.

Daripada sibuk berkempen membelai anjing lebih baik belajar cara yang betul untuk membelai dan mengucup hajar aswad di Kaabah.

Di dalam Al-Quran pun Allah menceritakan kisah ashabul kahfi yang bersama-sama dengan anjing peliharaan mereka. Pengajarannya bukan supaya kita membelai anjing dalam kehidupan kita tetapi anjing pun membantu perjuangan Islam dengan caranya tersendiri.

Di dalam hadis pun Nabi s.a.w. ada menceritakan kisah perempuan pelacur dimasukkan ke dalam syurga kerana memberikan minum kepada anjing yang dahaga. Menunjukkan anjing tidak boleh disakiti dan berhak untuk dirahmati dalam keadaan yang memerlukan.

Mungkinkah program membelai anjing untuk mengatasi masalah rakyat yang stress akibat kenaikan harga minyak? Entahlah...

 

MUFTI SELANGOR NAFI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) LULUSKAN PENGAJURAN " SAYA MAU SENTUH ANJING" (IWTTAD) TAPI KERATAN SURAT INI YANG BERLEGAR LIGAT DI ALAM MAYA APA KISAHNYA??????

omakkau.blogspot.
Gambar yang diperoleh, dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi 'lampu hijau' pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014.

Menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis "Penganjur 'IWTTAD' untuk makluman selamat maju jaya."

Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran "I Want To Touch A Dog" di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.

Tamyes  berkata pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.

"Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing," katanya hari ini.

"Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri."

Katanya, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.

"Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama," katanya.

Ditanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu, beliau mengalu-alukannya.

"Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan," katanya.

Dalam satu wawancara sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Mais dan polis untuk menganjurkan program tersebut.

Mohd Tamyes berkata Islam membenarkan penganutnya memelihara anjing untuk tiga tujuan; sebagai haiwan buruan, binatang terlatih untuk menjaga haiwan ternakan, dan sebagai pengawal keselamatan termasuk membanteras jenayah dadah dan narkotik.

"Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, saya percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam," katanya.

Menurut mufti Selangor itu, matlamat penganjur juga dipersoalkan apabila anjing yang dibawa ke program itu kebanyakannya terdiri daripada baka jinak, dan bukannya yang garang untuk tiga tujuan berkenaan.

Katanya, walaupun penganjur menunjukkan cara membersihkan diri (samak) daripada terjilat anjing, tetapi penganut Islam juga perlu memahami najis "mughallazah" bukan semata-mata melalui sentuhan.

"Kalau matlamat mengatakan hendak orang ramai pelihara anjing di rumah dan dijadikan teman sekamar, itu bukan tujuannya.

"Malah mana-mana orang yang memelihara anjing maka malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah," katanya.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggapnya tidak sepatutnya berlaku.

Beliau yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini mengatakan Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.

"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada," katanya dipetik laporan Bernama.

ULASAN OMAK KAU:-

Semenjak kebelakangan ini apabila dah tukar MB Selangor .. macam-macam hal berlaku ... bila diajukan soalan kepada MB Selangor tentang isu ini dia cakap tidak perlu ulas kerana isu lebih besar iaitu isu air yang perlu di perjelaskan kepada rakyat.

Rupa-rupanya sentuh akidah Islam isu remeh bagi Dato' Menteri Besar Selangor yang baru agaknya.

Sepatutnya dia mesti memberikan respon untuk redakan kegelisahan rakyat umat Islam dinegara ini amnya dan Selangor khasnya.

Apakah rasa gentar jika rakan dalam Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP bertindak membantah jika jawapan nanti tidak ikut selera mereka?

Sebagai Ketua Eksekutif Negeri Selangor, Dato' Menteri Besar YAB Azmin Ali tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.

Mohon respon yang menyakinkan daripada pihak yang berwajib demi memberi pencerahan dan kebenaran kerana pihak penganjur membuat tuduhan serius kononnya beliau mendapat kelulusan dan kebenaran dari MAIS dan Polis.

Jika pertuduhan beliau ternyata palsu dan fitnah mohon ambil tindakan segera dibawah peruntukkan undang-undang sedia ada keatas penganjur " I Want To Touch A Dog".

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment