Thursday, October 23, 2014

RG2014... Haha..Cerita 'senjata kimia' ni muncul balik

 

SYRIA, 23 Oktober:

Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) didakwa melepaskan tembakan menggunakan senjata kimia terhadap pejuang Kurdis di bandar Kobani, di sempadan Syria-Turki.

Insiden terbaharu itu dilaporkan pelbagai media antarabangsa, termasuk wartawan BBC, Guney Yildiz yang dimaklumkan oleh pihak Kurdis berhubung serangan menggunakan senjata kimia itu.

Serangan itu dikatakan mengakibatkan penduduk bandar berkenaan mengalami masalah kesihatan seperti buta, kulit melepuh dan sukar bernafas.

Bagaimanapun mangsa setakat ini belum dapat dibawa untuk mendapatkan bantuan perubatan kerana militan ISIS masih meneruskan serangan.

Malah, seorang doktor di bandar itu dilaporkan turut menjadi mangsa dan mengalami kecederaan melecur hampir 75 peratus.

Doktor berkenaan berkata beliau pasti serangan itu membabitkan penggunaan senjata kimia.

Minggu lalu, kerajaan Iraq melaporkan ISIS mengawal sebahagian besar kawasan di negara itu yang menempatkan 2,500 senjata kimia lama.

Kawasan itu dibom pihak Amerika Syarikat ketika Perang Teluk pada 1991, bagaimanapun hanya sebahagian lokasi menempatkan senjata kimia itu musnah.

Pihak berkuasa Iraq memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa senjata kimia yang ditinggalkan itu masih dilengkapi bahan yang boleh membawa maut.

Senjata kimia yang dihasilkan antara 1980-an dan awal 1990-an itulah yang kini dikatakan dikuasai kumpulan militan ISIS.

Malah pihak berkuasa Iraq turut mendakwa melihat peralatan itu dirampas menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lapor New York Times.

Duta Iraq ke PBB, Mohamed Ali Alhakim memaklumkan kepada PBB, kumpulan pengganas bersenjata telah menguasai kompleks Muthanna yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Baghdad pada 11 Jun lalu menerusi surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Kompleks Muthanna seluas 25 kilometer persegi itu berupaya menghasilkan 4,000 tan bahan kimia untuk senjata api setahun.


p/s: sampai hancur Negara Iraq..habis sudah semua lubang cacing dikorek oleh Dajjal dan sekutunya..tidak juga ditemui  senjata yg berbahaya saperti didakwa Bush dulu..sekarang ceritera ini mahu diulang semula..kali ini buat pejuang IS.Ahh media..berhati hatilah dengan media juga.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment