Thursday, October 23, 2014

RG2014... Awas,Muhdalena the IronLady Sudah Terlepas.. [5 Attachments]

 

Muhdalena, wanita kes amuk lari dari hospital
  • Muhdalena Ahmad, 28, memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya  di sini hari ini. -Foto Bernama Muhdalena Ahmad, 28, memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini hari ini. -Foto Bernama
1 / 1

JOHOR BAHRU - Muhdalena Ahmad, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas, melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.
   
Muhdalena, 30, yang dimasukkan ke HSA pada Ahad lepas kerana bersalin, didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan dalam kenyataan di sini berkata polis giat mencari Muhdalena, yang merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.
   
Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.
   
Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.
   
Hasnan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis di talian 07-2212999. - Bernama

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 5 photo(s) from this topic.
image.jpg Untitled36.png pix_gal0.jpg PTJ07_1110_c3539013_121011_409.jpg images.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment