Sunday, December 21, 2014

RG2014... File - Membina Folder ReSpeKs

File : Membina Folder ReSpeKs
Description : Cara untuk menerima e.mail ReSpeKs dalam folder khusus

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (227)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... File - Apa Itu ReSpeKs

File : Apa Itu ReSpeKs
Description : Kenali ReSpeKs

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (172)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... File - Memo Buat Sahabat

File : Memo Buat Sahabat
Description : Tatacara ber.email di ReSpeKs Group

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (180)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Saturday, December 20, 2014

RG2014... Fw: Jangan Salahguna Agama Demi Bisnes - MAZA.

----- Original Message -----
To: undisclosed-recipients
Sent: Tuesday, December 16, 2014 2:56 PM
Subject:  Jangan Salahguna Agama Demi Bisnes - MAZA.

Jangan Salahguna Agama Demi Bisnes - MAZA.

Kepala hotak Nurul Asyikin on Saturday, December 13, 2014

Menarik dari MAZA. Hujah yang padat disusuli dengan penerangan yang menyeluruh serta lengkap. Sebab itulah agamawan seperti Dr. Maza dihormati. Bukannya seperti penceramah tertentu. Yang jadi duta pelayaran islamik pun ada.

HA HA HA

Baca ;

JANGAN SALAHGUNAKAN AGAMA UNTUK BISNES

Islam adalah matlamat yang dituju, bukan alat yang dipergunakan. Malangnya dalam masyarakat hari ini, banyak keadaan menunjukkan Islam itu tidak lebih daripada alat yang dipergunakan. Islam dipergunakan untuk keuntungan peribadi, perniagaan, politik dan lain-lain. Islam diperlakukan oleh sesetengah pihak bagai pelaris jualan. Atau Islam dibuat bagaikan saluran media untuk mengiklan barang. Islam ditampal dalam aktiviti kehidupan sesetengah pihak bukan kerana kecintaan kepada Islam, tetapi kerana itu boleh mempengaruhi orang ramai.

Ini samalah dengan seorang tuan kedai yang menggantungkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya untuk menarik perhatian pelanggan semata. Padahal dia tidak pun berpegang kepada isi kandungan ayat yang digantung. Islam yang menuntut agar bersih dan jujur dalam perniagaan, tidak pun dilakukannya. Bahkan lebih teruk lagi, mungkin dia tidak bersolat, berpuasa dan perkara-perkara asas yang lain sebagai seorang muslim. Namun dinding kedainya dipenuhi ayat al-Quran. Maka ayat al-Quran itu bukan pegangan hidupnya, tetapi alat yang dipergunakan untuk kepentingan dirinya. Bukan sedikit orang yang seperti tuan kedai itu dalam masyarakat kita. Mungkin bidang kepentingan dan caranya berbeza-beza, tetapi perbuatan mengeksploitasikan agama itu adalah sama.

USTAZ PRODUK

Saya kurang bersetuju apabila ada syarikat produk tertentu yang melantik penceramah-penceramah agama sebagai duta produk mereka. Bimbang nanti para penceramah ini akan berceramah ke sana sini menggunakan nas-nas agama itu dan ini untuk dikaitkan dengan produk yang dia didutakan. Jadilah agama mainan 'golongan peniaga' dalam mempengaruhi orang awam. Hadis-hadis yang entah daripada mana asalnya, atau yang tidak sahih dikeluarkan untuk melariskan produk. Orang awam yang jahil akan terpengaruh. Kadang-kala nas yang digunakan itu benar, tetapi dieksploitasikan. Umpamanya al-Quran memang menyebut tentang kelebihan madu seperti firman Allah: 

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
 
(maksudnya) "Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah peraturan Tuhanmu yang dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah daripada perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah al-Nahl: ayat 68-69).

Ayat ini adalah umum, tidak dikaitkan dengan mana-mana produk tertentu. Maka janganlah digunakannya untuk dikhususkan kepada syarikat tertentu, padahal sudah ribuan tahun manusia meminum madu dan menikmati manfaatnya, sebelum syarikat-syarikat hari ini wujud. Namun, apabila lidah penceramah agama berkempen untuk produk tertentu, maka jelaslah bahawa dia telah mengeksploitasikan agama untuk memajukan poketnya, bukan mendaulatkan agamanya. Jika dia ingin berkempen orangramai meminum madu, silakan!. Ayat tadi pun berkempen untuk itu. Tetapi hendaklah secara umum, bukan berkepentingan sesuatu produk sahaja.

Daerah dakwah itu hendaklah menjadi daerah yang bersih dari kepentingan peribadi. Masalahnya, apabila masyarakat kita ada ramai penceramah yang bermodalkan agama, kurang pula yang menjadikan agama adalah matlamat dalam dakwah, maka beginilah jadinya. Sebab itu barangkali, Nabi s.a.w membersih masjid dari sebarang perniagaan, seperti sabda baginda s.a.w: 

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِى الْمَسْجِدِ فَقُولُوا : لاَ أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ
 
"Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: Allah tidak akan menguntungkan perniagaanmu." (Riwayat al-Tirmizi, sahih).

EKSPORT PAHALA

Seperti biasa, apabila datang bulan puasa, atau ada kematian, akan ada pihak membuat duit dengan mendakwa mereka boleh menghasilkan pahala berbayar yang akan eksport kepada si mati ke alam barzakh. Ini dengan cara membayar wang kepada mereka yang berzikir atau membaca al-Quran yang dipanggil 'tahlil' khas yang berbayar. Maka ramailah 'tekong' yang melimpah luah wang pada bulan puasa ini hasil daripada tempahan pahala orang ramai yang hendak dihantar kepada kaum keluarga mereka yang telah meninggal.

Pahala yang ditempah itu, kelihatannya lebih laris dari kueh dan baju raya. Seperti mana orang kaya pada hari raya akan lebih mewah dengan kueh dan baju yang tempah, barangkali hari ini ada yang menganggap mereka juga akan begitu mewah di akhirat dengan pahala-pahala yang dibayar dan dihantar ke akhirat untuk digunakan di sana bagi mendapatkan syurga. Maka, barangkali ramailah yang akan menganggap nanti bahawa mereka tidak perlu banyak amalan untuk masuk syurga, tetapi perlu banyak duit kerena pahala boleh dibeli di dunia dan dikirim ke sana. Sehingga yang terbaru pahala itu boleh ditempah secara online .

Malangnya, oleh kerana yang berniaga pahala ini terdiri daripada kalangan golongan agama, maka banyaklah pula nas-nas yang dieksploitasikan untuk memastikan perniagaan pahala itu berjalan lancar. Digunakan kenyataan ulama dahulu dan sekarang, sehingga orang ramai yang jahil tidak dapat membezakan antara maksud sebenar para ulama itu dan 'bisnes' mereka pada hari ini. Ya, memang terdapat perbezaan pendapat tentang sampai ataupun tidak bacaan pahala kepada si mati. Namun, pihak yang menyatakan sampai tidak pernah membenarkan 'menjual pahala' kepada si mati dengan bayaran seperti yang dibuat pada hari ini.

Di sini saya petik apa yang disebut dalam kitab akidah yang terkenal dan dianggap rujukan penting kesarjanaan Islam iaitu Syarh al-Tahawiyyah oleh Ibn Abi al-Izz al-Hanafi (meninggal 792H) yang merupakan salah seorang penyokong pendapat yang menyatakan bacaan al-Quran sampai kepada si mati, katanya: "Ulama berbeza pendapat (mengenai sampai atau tidak kepada si mati) ibadah badaniyyah; seperti puasa, solat, bacaan al-Quran dan zikir. Pendapat Abu Hanifah dan majoriti salaf ia sampai. Apa yang masyhur dalam Mazhab al-Syafi'i dan Malik tidak sampai" (m.s 458). 

Seterusnya beliau menyebut: "Adapun mengupah orang untuk membaca al-Quran dan dihadiahkan kepada si mati, ini tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun di kalangan ulama salaf. Tidak pernah disuruh atau diberi kelonggaran oleh mana-mana sarjana agung dalam agama ini. Tanpa sebarang perbezaan di kalangan ulama; mengupah untuk pahala bacaan adalah tidak dibolehkan. Apa yang mereka berbeza mengenai keharusan upah adalah dalam bab mengajar al-Quran dan yang sepertinya; di mana manfaatnya sampai kepada orang lain. Pahala tidak akan sampai kepada si mati melainkan amalan itu ikhlas kerana Allah. Perbuatan upah itu adalah tidak ikhlas. 

Maka tiada pahala untuk dihadiahkan kepada si mati. Maka jangan ada yang menyebut bahawa dia menyewa orang untuk berpuasa atau bersolat lalu dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Namun, jika dia memberi kepada sesiapa yang membaca al-Quran; mengajar dan belajar sebagai bantuan kepada ahli al-Quran, ini termasuk dalam sedekah, maka harus…jika dia berwasiat agar diberikan bahagian daripada hartanya kepada sesiapa yang membaca al-Quran di kuburnya, maka wasiat itu batil kerana termasuk dalam jenis upah…jika dia menentukan wakaf untuk sesiapa yang membaca al-Quran di kuburnya, maka penentuan itu batil. Namun jika dia membaca al-Quran dan menghadiahkannya secara suka rela tanpa upah, maka ia sampai kepada si mati seperti mana sampainya pahala solat dan haji (m.s. 463-464, tahqiq: Ahmad Syakir, Riyadh: Wizarah al-Syuun al-Islamiyyah).

Inilah pendapat mereka yang bersetuju menyatakan ia sampai, bukan seperti yang diekspoitasikan. Jika nak cari yang sokong ambil upah memang ada, seperti mana ustaz yang kaki hisap rokok tentu menyatakan rokok makruh, walaupun seluruh fatwa antarabangsa; ulama dan para pakar kesihatan menyatakan ia haram.

KERANA PULUS

Lebih penting daripada itu, apa yang ditegaskan oleh insan yang tidak boleh dipertikaikan ucapannya, iaitu Rasulullah s.a.w:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ وَسَلُوا اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى بِهِ فَإِنَّ مِنْ بَعْدِكُمْ قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ يَسْأَلُونَ النَّاسَ بِهِ
 
"Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia" (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan).

Di samping di sana terdapat ramai sarjana, termasuk al-Imam al-Syafi'i sendiri yang menganggap bacaan al-Quran tidak sampai pahalanya kepada si mati. Tokoh tafsir al-Quran yang agung, al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika menafsirkan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Najm, ayat 39: (maksudnya) "Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya", beliau menyebut: "Maksudnya, seperti mana seseorang tidak menanggung dosa orang lain, demikian dia tidak mendapat pahala melainkan apa yang diusahakannya sendiri. 

Dari ayat yang mulia ini al-Imam al-Syafi'i dan sesiapa yang mengikutnya membuat kesimpulan bahawa pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati kerana itu bukan amalan dan usaha mereka. Justeru itu, Rasulullah s.a.w tidak pernah menggalak, atau menyuruh atau menunjukkan umatnya kepada perkara tersebut samada secara nas yang jelas, atau isyarat. Tidak pernah diriwayatkan seorang pun dari kalangan sahabah r.ahum yang berbuat demikian. Jika itu sesuatu yang baik, tentu mereka telah pun mendahului kita melakukannya. Bab ibadah khusus hanya terbatas dalam lingkungan nas semata, tidak boleh diubah-ubah dengan berbagai kias dan pandangan. Adapun doa dan sedekah, maka itu disepakati sampai pahala keduanya kepada si mati kerana dinaskan oleh syarak". (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, 4/328, Beirut: Muassasah al-Rayyan).

Apa yang saya risaukan, perkara ini akan memberikan gambaran yang salah orang ramai termasuk bukan muslim kepada Islam. Mereka akan menganggap syurga itu boleh dijual beli berdasarkan kekayaan dan upah dari kroni-kroni yang masih hidup. Hilanglah kehebatan nilai perjuangan dan pengorbanan para pejuang Islam yang terkorban dan dikorbankan dalam memperolehi syurga, jika pahala ke syurga itu boleh dibayar atau ditempah.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Fw: Seorg polis wanita di Britain

Seorg polis wanita di Britain

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

tranungkite.net

Seorg polis wanita di Britain yg berpakaian lengkap sebagai seorg muslimah..insyaAllah cahaya Islam semakin menerangi di bumi Barat..Islam itu agama fitrah..sesiapa yg kembali kepada fitrahnya..sudah tentu Islam akan menjadi pilihan.

Ramai orang mendekati Islam, tapi di Malaysia DAP dan PKR menolak kebaikan Islam dan sangat malang ada orang Islam sendiri terikut-ikut atas dasar nak beli undi. Beli undi lebih diutamakan "keikhlasan' dan keyakinan untuk hukum Allah.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Fw: Fara Fauzana Hantar Mesej Mengejutkan Kepada Dr.Masyitah!

Fara Fauzana Hantar Mesej Mengejutkan Kepada Dr.Masyitah!

telokbakong.blogspot

Apabila seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yang sepatutnya dalam hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa dan kenapa perubahan itu berlaku. "Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya. "Saya berhijab kerana Allah SWT," jelas Fara atau dikenali juga sebagai 'Fafau' ketika ditemui The Rakyat Post. 

Fara yang juga pengacara rancangan televisyen NONA berkata, sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak. "Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar," katanya. Fara berkata, kalangan pendakwah tempatan sebenarnya telah berjaya menyampaikan dakwah di kalangan artis dan selebriti di negara ini dengan baik. 

Sambil menjelaskan perubahan beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan mengehadkan hubungan yang sudah lama terjalin dengan semua pihak yang membantu perkembangan kariernya. "Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu," ujarnya yang bimbang ada pihak tertentu mengaitkan selebriti dan artis sepertinya dengan pertubuhan tertentu. 

Ditanya mengenai penampilan selepas berhijab, beliau mengakui perlu lebih teliti memilih pakaian yang ditaja. "Saya bergabung dengan FF By Maganda buat pada masa ini untuk menyediakan fesyen yang bersesuaian dengan imej hijab yang akan digayakan dalam majlis. "Saya cuba elak berpakaian ketat menampakkan bentuk tubuh," kata Fara. -ekeleh

comments:

Anonymous said...

heh3

Mansor bin Junus said...

Saya setuju pandangan awak. Memang si Mashitah ini ada lalok sikit dalam hal yang macam ini. Banyak komen2nya terkeluar landasan akal. Terfikir juga macam mana dia ini bagitu dunggu. Ustaz Azhar Idrus pun pernah tegur.

Boley Jalan said...

Betul tu, yg tak pernah hijrah tu masyitah je......dok takok lama da!

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

Friday, December 19, 2014

RG2014... Anwar menang saman fitnah Nallakaruppan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang tadi.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.

Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.

Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.

Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2014... Fw: Pesakit Ditengking Nurse Kurang Ajar Di Hospital

Pesakit Ditengking Nurse Kurang Ajar Di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
 
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
Pesakit Ditengking Nurse Kurang Ajar Di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar -
 
Assalamualaikum, demikian di bawah merupakan sebuah pengalaman yang dialami seorang rakan di laman sosial ketika di Hospital Alor Setar.

Pagi tadi punya cerita...
Lokasi : hospital alor setar kedah.
Jam : 11.15am
Tarikh : 18.12.2014
Hari : khamis.

Kami dtg ke hospital hari kerana ada temujanji dgn doktor syakir. Bila kami smpai d hospital trsebut, Kami tnya staff yg brtugas harini d kaunter servis.. bila Kami tunjuk kad temujanji dgn doktor syakir tu.. tiba2 je, staff tu tggikan suara kat Kami.. 

katanya setiap hari rabu dan khamis tiada klinik rawatan berkaitan la.

Kami pun bgthu la kat staff tu. Kami bkn suka2 je nk datang kesini harini. Kami dtg ni bersebab. Doktor syakir yg suruh Kami dtg ni.

Lps Kami bgthu kat staff tu... dia terus masuk dalam bilik d blakang kaunter. Kami ingat dia nk kol kat doktor syakir n tnya tntang temujanji Kami ni. Rupa2nya dwg buat x tahu je.

Kami tahu sebab Kami nampak yg diorang x buat apa2 pn yg berkaitan dgn Kami, walaupn dwang kat dlm bilik.. Tp Kami nampak sbb pntu x tutp.. lbih kurang 20minit Kami mnunggu di kaunter servis trsebut.. Kami Cuba Panggil semula staff yg ambil kad temujanji Kami tu. Bila dia dtg ke kaunter semula. Dia boleh cakap..

kan saya dah bagithu tadi, hari rabu Dan khamis tiada rawatan klinik!

Kami pn bgthu lg, saya tahu.. masalah sekarang ni, doktor yg suruh Kami dtg hari ni kul 11.30 pagi. Kalau takde rawatan hari ni, knp suruh Kami dtg?

Pastu, dia trus sembang dgn org lain kat sebelah Kami tnpa hiraukan Kami selepas tu..

Kami ambil semula kad temujanji tu.. lepas tu Kami ambil gambar (di bawah). Terus dia tengking kat Kami..

kenapa awak pandai2 amik gambar kat sini? Awak ada kebenaran ke?

Kami jawab: saya amik gambar ni, sbb Kami nk bgthu kat umum yg servis Di hospital alor setar ni teruk.. Kami nk, semua org tahu yg staff dlm hospital alor setar ni layan kami mcm haiwan.. Kalau ye pun hari ni takde rawatan klinik.. knp tidak maklumkan kpd Kami trlbih dahulu sblm ni? Mcm hari ni pula.. sepatutnya puan bgthu kat kami tarikh temujanji Kami ni ditunda kepada tarikh lain.. Tp, puan marah pula kat kami.. mcm ni ke cara pekerja kerajaan layan org awam mcm Kami ni?
Lps Kami ckp mcm tu, Kami trus keluar n blik rumah..

SAYA BETUL2 TERASA HATI DENGAN SIKAP STAFF D HOSPITAL ALOR SETAR TADI TU. SAYA SANGGUP TAK PERGI MENIAGA DI PASAR SEMATA-MATA NAK BAWA MAK SAYA JUMPA DOKTOR HARI NI. TAPI LAIN PULA YANG BERLAKU. DAH LA MAK SAYA NI UZUR, NK JALAN PUN TAK LARAT. SAMPAI DI HOSPITAL ALOR SETAR. KENA MARAH PULA KAT STAFF. MCM NI KE LAYANAN DIORANG KAT WARGA EMAS??
 
patut ganyang tuh klimik
avatar
Anonymous

rocky the great brown unused dick says: bugima betul la kakitangan kerajaan tuh.. jenis mak bapak tak ajaq; jenih kemaluan berayaq pasei laki dia jemuih nak juloq; memang celaka; mai kita doa semoga duit gaji dia tak berkat 7 hidop pon tak berkat; semoga kemaluan dia teruih ada masalah kesihatan sampai bangla gila pon tak mau juloq dia...

Anonymous
masyaAllah...terkilannya...aku misi gak....aku tkilan sbb dia line biru sm aku...tkilan n malu aku rasa...knapa layan org mcm nie...hari nie hari org lain nnt hari lain...hari ko akak senior ...jgn layan org lain mcm nie...:(
 
Anonymous
aku tak suka g spital sbb ni la ..nurse yang ada "ijazah" lebih hebat dari doktor yang ada "spm"..(sendiri faham la) ..menyampah aku nurse mcm ni...sombong gila...tapi hakikatnya bukan semua nurse mcm tu....
 
Anonymous
dah report belum kat servis hosp tu..
sebab tu la mak ko susah..sbb ko pun memang suka aibka org..
 
die tak tanya doc, lg nak tengking2 org..tau laa sibuk macam mana pon jaga lah bahasa & sikap..lepasni, nurse ke kena belajar customer services la..bukan cuma blajar rawat orang..
 
Anonymous
Sy yg same profesion ni pon malu ngn sgelintir staf yg mcm ni... bkn xde kursus soft skill... semua da lgkap diajar... tp masih ade yg bersikap kurg ajar... bkn nk ckp ye.. tp kbykknnye yg berperangai mcm ni mereka yg sudah senior tp bkn semuala cmtu...
 
Anonymous
jika betul cerita perangai nurse macam itu punya. itu punya nurse banyak celaka. Merosak dan menjatuhkan imej organisasi. wajar diambil tindakan
 
Bukan sedikit pengalaman "ngeri" kat hospital kerajaan ni. Biasanya kena kat orang kampung atau kelas umur mak cik pak cik lah...tapi yang nyata, kalau pandai je cakap selit2 dua tiga patah perkataan omputih..boleh kata layanan pasti berbeza..tak kata semua nurse..ade lah segelintir yang memang dilahirkan sebagai kurang ajar dan tak boleh terima ajaran baik2 kot.
 
saya pernah kena dgn doktor. orang tanya baik2, dia jawab kasar. so, saya terus keraskan suara dan buat muka serius, baru la nak cakap elok2. memang lepas tu, tak adenyer nak cakap lemah lembut dah ngan doktor tu. tau pulak dia takut.
kita cakap sopan2, sebab faham kesusahan dia berhadapan dengan ramai pesakit. tp, yg pi cakap kasar2 plak, kenapa?
 
Institusi kejururawatan bagaikan tidak bermakna apabila pihak berkenaan gagal manangani secara menyeluruh isu berkaitan jururawat yang biadap dan kurang ajar. Barangkali jururawat jenis seperti ini tidak berhasrat untuk bekerja dengan ikhlas dan rela hati dan sepatutnya mereka ini berhenti saja jadi jururawat. Makan gaji seperti ini tak jadi darah daging dan samalah seperti menelan benda haram. Carilah kerja lain yang sesuai dengan perlakuan kurang ajar dan tak reti nak hurmat pesakit. Kerja sendiri baru tau langit tinggi rendah. Malangnya isu seperti ini banyak berlaku di hospital-hospital kerajaan. Barangkali sop dan ethika kejururawatan tidak ada dalam hayat jururawat-jururawat dan petugas hospital seperti ini. Apakah sikap negatif ini dibiarkan berleluasa !
 
Anonymous
ada sekor malaun kata- asyik-asyik ko aibkan org lain..sam dol kalu dah cam tu punya layanan jgn koje jadi nurse,,jadi gro layan bangla ka nepal ka? x blh ckp slow ka or berhemah ka? aib-aib nenek lu aib..dia cite psl kebiolan penjawat awam so tu aib ke? ada ko kenal sedara tiri laki mak ko yg diaibkan? klu semua benda aid nak ditutup x perlula ada court dan undang-undang serta hukuman psl x blh dedahkan ...aib..aib..aib,..aib nenek lu la???
 
 uncle fonz
rasa yang dah nak monopos2 macam tu. yang baru baru tak tak macam tu.....
 
Anonymous
Kalu nak layanan istimewa, nurse senyum 24 jam, staff nurse manja, doktor berbudi bahasa, sila dapatkan rawatan di hospital swasta. Aku dah insaf dah untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan. Sebab tu setiap kita mesti memiliki medical card....... Bukan mahal sangat pun medical card nih....

Tapi kalu rasa nak bayar medical card tu berat sangat walaupun sekadar RM60 hinggit sebulan, eloklah korang gi hospital kerajaan aje. Cumanya, telinga kena tebal sikit dan muka kena tebal. Biasalah kalu dah nama pun hospital kejaan.... hospital free... Barang free jangan nak komplen lebih2 macam barang berbayar.... ehemmmm...
 
Anonymous
Awat hang tak lempaq fail kat muka diaaa!!
Kalu kena kat aku, aku lempaq dahhhh!
 
avatarAnonymous
Tak elok hang cakap macam tu kat nurse tuh... Dia pun manusia jugak. hang kena bersangka baik. Mungkin dia tengah sakit perut sebab cirit-beret ker. Mungkin juboq dia terkucil ker. Mungkin tengah kena angin sengugut ker? Mungkin kote laki dia dah tak naik ker?........

Hang kena bersangka baik.