Tuesday, December 16, 2014

RG2014... Kerajaan N.Sembilan tak cukup wang atasi masalah tebing runtuh

 

Kerajaan N.Sembilan tak cukup wang atasi masalah tebing runtuh
Posted on Wednesday, December 17 @ 07:11:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Berita "16 Disember 2014 SEREMBAN – Kerajaan negeri  memohon peruntukkan kerajaan persekutuan bagi membantu masalah hakisan dan tebing runtuh di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peruntukkan bantuan bencana alam itu diperlukan berikutan kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan yang cukup bagi menampung masalah tebing runtuh akibat musim tengkujuh.

"Banyak tebing sungai runtuh, ada yang berhampiran rumah, dapur retak dan macam-macam lagi kesan daripada hujan lebat dan banjir yang berlaku.

"Kalau ikutkan kemampuan kewangan kerajaan negeri ibarat kain pelekat pendek, tarik ke atas nampak lutut, tarik ke bawah nampak pusat. Kosnya amat tinggi dan kita terpaksa buat permohonan kepada kerajaan pusat," katanya.


Menurutnya, kerajaan negeri akan memohon pertimbangan perdana menteri agar masalah melibatkan banyak tempat itu dapat dibantu segera.

"Kita sedang mengumpulkan semua kawasan terlibat bencana ini dan ia akan dibuat secara holistik dan bukan berkelompok.


"Kos untuk membaiki tebing runtuh ini menelan belanja besar dan kita tidak mampu. Kalau kita buat di Sikamat, orang di Kampung Panchor pula akan marah. Jadi, kita perlu buat secara menyeluruh," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tak-cukup-wang-1.342155

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment