Tuesday, December 16, 2014

RG2014... Fw: Kisah Sebenar PU Yeop Tertinggal Anak 8 Tahun Di Stesen Minyak R&R

 



Hangat!!! Kisah Sebenar PU Yeop Tertinggal Anak 8 Tahun Di Stesen Minyak R&R Gurun.. Jom Terjah!!!


IPOH - [DIKEMASKINI] "Ketika kami sampai di R&R itu, dia mengadu sakit perut dan nak berhenti buang air, maka saya pun berhenti. Selepas dia keluar dari kereta ke tandas, entah macam mana tidak lama selepas itu, saya terlupa hal dia yang belum masuk kereta dan teruskan perjalanan.

Mungkin kerana terlalu memikir selepas itu saya ada ceramah di Kuala Kangsar," kata pendakwah PU Yeop mengimbas insiden beliau tertinggal anaknya, Muhammad Iskandar Zulqarnain, 8,  di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara Selatan di Gurun, Kedah, Ahad lalu.


PU Yeop atau nama sebenarnya, Mohd Zainudin Mohamed Zaini berkata, hanya setelah sampai di rumahnya di Simpang, Taiping, baru dia tersedar seorang daripada enam anaknya yang bersama dalam perjalanan dari Perlis sebelum itu, tidak ada.

"Tiba-tiba saya teringat, saya turunkan dia di stesen minyak R&R Gurun kira-kira dua jam sebelum itu. Sampai di rumah, baru saya tersedar anak saya tak cukup seorang. Nak patah balik (ke Gurun)... dalam tempoh dua jam itu, macam-macam boleh jadi. Cemas memanglah cemas tapi saya tak boleh ikutkan perasaan. Mahu tak mahu saya kata kepada isteri, kita kena bertenang. Kita usaha elok-elok. Kalau kelam kabut, apa pun tak jadi.

"Sebagai bapa, siapa tidak sayangkan anak, darah daging sendiri? Tapi kalau saya sendiri buat kelam kabut, tidak bertenang, emaknya lebih lagi.

Tambahan pula, saya ada ceramah yang nak kena pergi di Kuala Kangsar. Saya tak boleh tak pergi, habis majlis orang yang sudah buat persiapan. Sebab itu, saya tak boleh nak berpatah balik ke Gurun walaupun anak sendiri hilang," katanya.

Dalam keadaan itu, bagi Yeop apa yang paling penting ialah betul-betul berserah kepada ALLAH untuk lindungi anaknya itu.

"Saya tidaklah berserah saja, saya telefon polis, saya juga telefon tanya Plus, minta tolong cari anak saya. Saya kira lepas selesai ceramah di Kuala Kangsar itu, baru saya akan putuskan apa yang saya sendiri akan buat," katanya.

Mengimbas perjalanan dalam tempoh selama dua jam dari Gurun ke Taiping, Yeop berkata, dia sendiri tidak habis fikir macam mana dia sendiri, isterinya dan anak-anaknya yang lain boleh terlupa Muhammad Iskandar Zulqarnain tidak masuk kereta ketika mereka meneruskan perjalanan.

"Ini ujian ALLAH untuk saya dan keluarga," katanya.

Sedar dirinya dalam ujian, bagi Yeop itulah peringatan untuk beliau dan keluarganya bersikap tenang hadapi keadaan itu," katanya.

Penyerahan dan doa Yeop ternyata dimakbulkan ALLAH. Habis ceramah, beliau pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, Muhammad Iskandar Zulqarnain sudah ada di depan pintu rumah.

"Rupa-rupanya ada orang yang baik hati jumpa dia di stesen minyak itu. Keluarga itu dari Changlun, Kedah dalam perjalanan ke Bagan Serai ke rumah kenduri saudara mereka," katanya.

Mengulas apa yang berlaku kepada anaknya, Yeop mengakui, punca kejadian itu kerana kecuaian beliau sendiri.

"Orang boleh kata apa saja kepada saya, dan bagi saya, ALLAH menguji saya. Ini jadi peringatan untuk diri saya sendiri. Kita masing-masing kena beringat selalu, tak boleh leka macam saya. Paling penting, macam mana kita kendalikan diri, keadaan sekeliling, anggota keluarga apabila berlaku kecemasan seperti itu supaya tidak bertambah cemas dan panik. Sebaiknya maklumkan segera dengan pihak berkuasa, dengan kemudahan teknologi seperti WhatsApp dan Facebook sedikit sebanyak membantu kita," katanya.
 
 
 

"Kami cuba kejar kereta PU Yeop"


ALOR SETAR - "Kami cuba mengejar kenderaan bapa dia, namun tidak berjaya," kata Siti Masmerah Arifin, 38, penyelamat Muhammad Iskandar Zulqarnain, anak kepada PU Yeop yang secara tidak sengaja ditinggalkan bapanya itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, Muhammad Iskandar Zulqarnain, 8, dilihat meraung memanggil bapanya yang sedang bergerak menaiki kenderaan dari stesen minyak hentian  R&R tersebut.

Siti Masmerah berkata, ketika kejadian, beliau dan keluarganya singgah sebentar ke R&R tersebut untuk mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan ke Bagan Serai.

"Semasa suami saya isi minyak, saya yang berada dalam kereta melihat seorang kanak-kanak dekat dengan tandas di situ menangis sambil memanggil bapanya.

"Saya dan suami nampak kanak-kanak tersebut juga cuba berlari untuk mendapatkan kenderaan yang dinaiki bapanya, namun kenderaan tersebut terus berlalu.


"Suami saya bertanya kenapa menangis, dan mengesyaki bapanya tidak menyedari dia ditinggalkan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, walaupun cuba mengejar kenderaan milik PU Yeop, namun tidak berjaya dan terpaksa membawa Muhammad Iskandar Zulqarnain bersama ke Bagan Serai untuk menghadiri satu majlis kenduri kahwin.

"Suami saya cuba kejar namun tak berjaya, dan dalam perjalanan itu saya cuba bertanya kepada dia, namun dia masih dalam keadaan trauma.

"Namun selepas makan tengah hari, dia menyebut bapanya adalah PU Yeop, dan saya minta dia memberitahu di mana lokasi rumahnya," katanya.

Katanya, dengan berpandukan arahan Muhammad Iskandar Zulqarnain mereka berjaya tiba di rumah PU Yeop kira-kira jam 3.30 petang.

Siti Masmerah berkata, pengalaman tersebut memberi pengajaran kepadanya sekeluarga supaya sentiasa berhati-hati dan memeriksa semula anak-anak di dalam kenderaan sebelum bergerak ke sesuatu tempat.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment