Monday, December 8, 2014

Re: RG2014... Fw: Akibat Kebodohan Diri, Gadis Ini Tanggung Malu

 

kenapa mesti blank wajah teman lelaki gadis ini ..tunjuk aje wajahnya biar semual org kenal.
 


From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Monday, 8 December 2014, 23:54
Subject: RG2014... Fw: Akibat Kebodohan Diri, Gadis Ini Tanggung Malu

 


Akibat Kebodohan Diri, Gadis Ini Tanggung Malu Bila Gambar Bogel Disebarkan Teman Lelaki

bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM
Nor Fathiah Idris, 25, (kanan) dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar aibnya.

Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di laman sosial.

Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.

Mangsa, Nor Fathiah Idris, 25, memberitahu The Rakyat Post dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang berkemban memakai tuala ke laman Facebook pada 2 Disember lalu.

Sehari kemudian gambar bogelnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri. Kata Fathiah, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu.

"Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.
"Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertuala tetapi ia sudah cukup untuk memalukan," Fathiah mengadu kepada The Rakyat Post.

Walau laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang berpengaruh

Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.

Sementara itu, ibu Fathiah, Fatimah Ismail, 50, mendakwa beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh. Mereka berkata, seorang daripada abang lelaki itu adalah exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat.

"Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Fatimah berkata, dia tidak menyangka bekas teman lelaki anaknya itu sanggup melakukan perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah keluarganya.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.

- TheRakyatPost


__._,_.___

Posted by: lailiy bannu <lailiy_bannu@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment